Raylan Kawan Baik.

Drama Completed 172832

3.

Projek terbaru untuk feature program komputer kini sudah berada di peringkat awal pembinaan. Kerja-kerja coding dan data storing sudah mula dijalankan. Encik Ericson berasa lega. Setelah berjaya meyakinkan pihak pelabur tentang kepentingan sistem terbaru dalam engineering untuk ekonomi akan datang, Encik Ericson terus mengusulkan kepada Khalida untuk memulakan kerja. Khalida juga tidak kisah kerana jika kerja-kerjanya bertanggung, maka akan meningkatkan kos dan perbelanjaan.

Bekerja dengan Khalida sangat mudah. Wanita itu senang sekali memberikan komitmen dan Kerjasama walaupun ada masanya agak teliti dan cerewet dalam sesetengah perkara. Kini mereka baru sahaja selesai membincang soal isu penambahan pekerjan bagi projek terbaru mereka ini. Iaitu ketua pasukan buat kumpulan projek ini. Memandangkan bekas ketua yang sebelum ini cuti bersalin selama empat bulan, mahu tak mahu mereka perlu mencari pengganti seterusnya.


"Terima kasih Khalida. Saya tak tahu la kalau tiada kamu, entah bila kami akan buat keputusan nanti."Beritahu Encik Ericson.


Fail berisi butiran tugas dan prospek pekerja hijau itu di letakkan Khalida atas meja bulat depannya. "You're welcome and no problems at all....."ujarnya.

Encik Hyungmin di sebelah tersenyum. Suka dia melihat bos besar cantik depannya ini. Bukan saja elegan, peramah dan efisyen pula tu. Gemar sungguh dia bekerja di bawah Khalida!Tak tahu la kenapa ramai yang tidak menyukai Puan Khalida di sini.


"Kalau begitu saya minta diri dahulu."beritahu Khalida saat mengerling jam di tangan. "Saya ada meeting yang perlu dihadiri."


"Ya..sudah tentu. Kita jumpa lagi nanti."angguk Encik Ericson.

Bersama binder dan telefonnya, Khalida bangun dari sofa ke arah pintu pejabat. Sambil dia membelek telefon, dia membelok ke kanan. Dia hantar pesanan kepada Grey untuk memberitahu soal pertemuan mereka dengan keluarga suaminya itu. Harap-harap di balaslah. Kalau tidak dia kena pergi sendirian ke sana nanti yang mana dia tidak mahu!


"Khalida..."teguran itu membuatkan Khalida menoleh. Raylan sedang tersenyum menghampirinya diekori setiausaha dan pembantu peribadi yang membawa fail dan ipad di tangan.


"Morning Ray.."sapa Khalida kepada rakan baik dan juga CEO besar syarikat tempat dia bekerja. "Kau dari mana?"liriknya akan penampilan segak lelaki lampai di hadapannya. Bukan main lagi gaya hari ni?Ada apa-apa ke!? "Kau pakai necktie ni ada meeting dengan bos besar ke?"duganya kerana hafal dengan penampilan Raylan. Kalau lelaki ini berpakaian ala kadar itu bermakna tidak balik rumah. Kalau berpakaian lengkap dengan blazer dan necktie itu bermakna Raylan bertemu dengan ayah lelaki itu. .


Raylan menarik sengih meleret sambil angkat kedua belah tangan sedikit untuk tunjuk penampilannya. "Kenapa?Segak ke aku hari ni?"


"Pantang ditegur" Khalida buat muka menyampah sebelum tersenyum kepada Amelia pembantu peribadi Raylan dan Aaron, setiausaha Raylan. "Saya harap bos besar awak berdua tak kenakan awak berdua dengan kerja dia..."selorohnya.


"Tiada puan."senyum Amelia dan Aaron.


"Hey...you hurt me!Kau ingat aku ni pemalas sangat ke?"Raylan memberi reaksi dramatiknya. Tangan berada di depan dada seakan dia begitu terasa dengan ujaran Khalida itu.


"Kau beritahu aku...masa dekat kolej setiap assignment kita siapa yang siapkan?Kalau kerja kau setiap masa ngelat dari hadiri meeting group?"

Terketap bibir Amelia bila dengar. Sementara Aaron sudah ketawa di situ. Mereka gemar sungguh bila lihat Puan Khalida mereka mengenakan Tuan Raylan mereka ini. Kalau bukan mengungkit kisah lama pasti membahan.


"Kau ni...cerita lama pun nak diungkit ke?"Raylan buat muka tak percayanya.


Khalida ikut sama ketawa. "Dah la...aku ada hal ni. Kita borak lagi nanti."


"Eh...sekejap!Makan tengah hari sama-sama nak tak?"cepat-cepat Raylan mengajak. Lelaki itu turut menyelak lengan baju untuk intai jam di tangan. "Kau habis meeting nanti pukul berapa?"


"Aku ada meeting dekat luar sekali dan makan tengah hari sama dengan klien." beritahu Khalida. "Maybe next time..."


"Kenapa ya, kau lebih sibuk dari aku CEO syarikat ni?Siapa yang buat jadual kau hah?Kau baru aje balik dari outstation...dah kena menghadap kerja luar lagi...kalau macam tu kita nak lepak lagi bila?"keluh Raylan membuat muka tidak percaya.

Khalida memandang ke muka Raylan. Dia teringatkan masa dulu-dulu mereka di universiti. Lelaki ini memang suka ajak dia keluar untuk lepak. Samaada di kelab kegemaran Raylan atau di café siber untuk bermain game. Tapi dia tak dapat nak luangkan masa kerana kerap meluangkan masa bersama Grey.


"Tengok la nanti...sebab itu aku suruh kau cari girlfriend cepat-cepat. Lepas tu kahwin. Tak adalah kau nak berkepit cari aku memanjang...macam anak hilang mak."


"Kau cakap senangkan.."Raylan buat muka. "Aku dah try okay...bukan seorang..bukan dua orang...hampir sepuluh orang dalam sebulan ni aku try date...tapi tak ada siapa yang boleh tahan dengan aku."


"Sebab kau punya cerewet tu boleh jadi gaduh. Cuba jadi lelaki tu jangan memilih sangat?Tak boleh?"

"Mesti la tak boleh. Aku nak cari pasangan sehidup semati. Kau ingat cari pasangan tu macam cari makanan?Asal suka ngap...asal nampak cantik order?Macam tu?Orang beli baju..kasut pun memilih tau tak... ini lagikan cari isteri."bidas Raylan dengan beria.

Semakin erat Amelia mengetap bibir dia sementara Aaron sudah ketawa tanpa suara dan tertunduk-tunduk dekat situ.

Itulah...itu...perangai tak boleh bawak bincang Raylan. Ada aje jawapannya!Siapa aje tahan!?


"Haih..apa la nak jadi dengan kau ni?"geleng Khalida tidak percaya. "Tengok la sendiri. Siapa aje la yang dapat tahan dengan perangai bratty kau ni?"


Raylan menarik sengih handsome dia kepada Khalida. "Engkau la. Siapa lagi?"

Khalida menyepi seketika.


"Kita dah berkawan lama dah Khalida. Macam la kau tahu perangai aku macam mana?"beritahu Raylan.

Nampak aje perangai Raylan carefree dan bersahaja. Tapi sebenarnya Raylan ni seorang yang sangat cerewet juga orangnya. Terutama sekali soal pasangan. Dari dulu lagi susah sungguh nak bercinta dengan sesiapa!Itu tak suka la. Ini tak suka la. Semasa awal perkenalan, Khalida jugak yang engage perbualan dengan Raylan dulu. Sebab lelaki ni suka buat hal sendiri dan kurang bergaul dengan orang walaupun Raylan sangat popular di kampus mereka.

Punyalah yakin Khalida masa berkenalan dulu yang hidup dia akan mudah jika dapatkan Raylan sebagai ahli kumpulannya. Yalah..sebab dari luaran Raylan Nampak seakan lelaki yang boleh diharapkan dan pandai. Tapi itulah...indah khabar dari rupa!

Sudahnya...perangai tak semengah yang Khalida hadap. Selalu masuk lambat ke kelas, hantar assignment persendirian lewat, selalu kena isikan kedatangan Raylan kalau lelaki tu ponteng ke apa. Tak cukup dengan tu, Khalida kena cover kerja Raylan dalam tugasan berkumpulan.

Tapi banyak-banyak perangai annoying lelaki ni, Raylan seorang lelaki yang baik pada semua orang. Pemurah dari segi kewangan lah...apa-apa kos perbelanjaan seperti makan ke, untuk assignment ke, lawatan kelab ke semua akan di sponsor penuh dengan Raylan. Kebajikan rakan-rakan juga di titik beratkan.

Sebab itulah Khalida dapat intern di syarikat keluarga Raylan dan bekerja di sini sehingga sekarang. Semuanya kerana jasa baik Raylan sendiri.


"Aku pun tak tahan la!Dah la kau ni!Aku nak cepat kau sambung-sambung pulak boraknya.."Khalida menolak Raylan supaya ke tepi kerana lelaki itu menghadang laluannya.


"Call aku bila free!"panggil Raylan semasa Khalida sudah jauh di depan.

Khalida hanya tunduk membaca balasan mesej dari Grey sewaktu dengar laungan Raylan itu. Senyumannya terus memudar selepas lihat balasan suaminya.

'Sorry sayang. Saya tak boleh nak ikut teman. Ada urusan yang saya perlu selesaikan. Kita jumpa dekat rumah aje ya'

Serius la!

Apa yang penting sangat dari isteri sendiri ni?

Cepat-cepat Khalida membalas pesanan itu sebelum dia melepaskan hela nafas panjang. Susah betul la!Kenapa setiap kali ibu mentuanya hendak temui dia, Raylan tiada di samping?Kalau suaminya bersama dengan dia waktu itu, at least tak adalah ibu mentuanya tu berkata kasar dekat dia. Ni kalau Raylan tak ada...bukan setakat confirm aje...guarantee punya akan di ragging cukup-cukup dengan Wanita separuh abad tu!

Berfikir tentang dia akan menemui ibu mentuanya itupun dah cukup buatkan semangat dia draining serta merta! Ini belum jumpa depan-depan lagi...kalau dah jumpa depan-depan dia jadi tayar basikal tak cukup angin agaknya!

Ughh!

Tak suka betul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience