Get the app for full experience
“Sayang" “Sayang" “Sayang, you dengar tak ni?! "Nadanya sedikit ditinggikan melihat Arif asyik dengan dunianya sendiri. “Sayang! " “Kau nak apa hah?! "Arif yang baru tersedar terus sahaja menghempas meja tanda marah. Marah kerana dikacau oleh seseorang yang paling dia benci. Siapa lagi kalau bukan Dayana, isterinya. “I... I... "Tepi bajunya diramas. Ayat yang sudah dia siapkan dalam kepala tiba-tiba saja hilang kerana jerkahan Arif Haziq. “Cakap atau berambus " tegas Arif. Matanya ditumpukan semula pada skrin komputer. Reaksi nya seperti sedang sibuk membuat kerja. “Se... Semalam m... Mama dan papa a... Ada tanya" kata Dayana tergagap-gagap. Dia gagap bukan kerana Arif, ...