BAB 7

Horror & Thriller Completed 2410

Kami lepak dalam ketakutan kat katil aku...menunggu penuh debar....

Dalam pukul 3 lebih camtu kipas baru berfungsi seperti biasa.

Lega. Nak jumpa Man? Baik kitorang tido. Besok boleh tanya dia. Tapi oleh kerana terlalu takut kitorang gabungkan dua katil. tidor lima orang!!

bayangkanlah bila sesak-sesak camtu..sorang pun tak berani tido jauh-jauh.

Yang paling hampeh Wan dengan member aku sorang yang kene tido tepi..dorang menghimpit ke tengah. Hampeh..Penakut jugak korang nih...Last2 kitorang tertido...

Besoknya kitorang bangun awal... tido-tido ayam je...Azan subuh semua cepat-cepat bangun. Kalau bilik sebelah nampak malu lah pulak, 5 orang tido sekali.

Man bangun..terus ke bilik air..Diam je..muka dia nampak letih...lepas sembahyang subuh..terus kitorang mendapatkan Man kat dewan makan.

Kitorang cerita apa yang terjadi malam tadi..Mamat ni senyum (senyum lagi..! macam kerang busuk je pulak aku tengok mamat ni..huhuhu)

Man membuka mulut..

“Memang dia datang malam tadi kat bilik jemput aku. Man cakap..Aku dah agak dah..aku suara dalam hati..Dia bawak aku keluar jalan”

“uiks..pegi mana Man?”

“Dia bawak aku tengok kelas lama dia...tempat dia duduk...sekarang aku tau dia duduk mana...dan aku dah berkawan dengan dia”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience