BAB 2

Horror & Thriller Completed 2410

Seminggu berlalu. Topik ni macam dah sejuk. Bila bukak balik sorang demi sorang tarik diri.

Sampai ada yang mengatakan aku dengan member yang tinggal buat benda tak berfaedah nak tengok perempuan tu.

Lantaklaah, bukan aku kacau orang pun. Ada yang mempersoalkan si Man ni sebab dia ni pendiam dan ada yang panggil dia psyco kerana sifat pendiam dia ni.

Bila dah minggu kedua tiba, dari 15 orang tu tinggal 5 orang je termasuk Man.

Hampeh betul dorang ni. Ada yang takut dan ada yang malas nak ambik tau.

Sampai la petang Selasa Man panggil aku dengan member aku yang nak tengok 'perempuan' tu. Kitorang bersembang tepi katil Man untuk mendengar brefing terakhir dari Man sebelum pertemuan Malam tu.

“Malam ni kita gerak. Pukul 12 tepat jumpa kat tepi pagar nak pergi padang.” Arah Man.

“OK.” Kitorang jawab.

“Sebelum kita pegi malam ni aku nak ingatkan kat korang satu perkara paling penting!” amaran dari Man.

Muka Man serius, lain macam je dalam fikiranku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience