BAB 6

Horror & Thriller Completed 2410

Tiba-tiba kami dikejutkan oleh erangan Wan yang tido atas katil Man.

Argh......dia mengerang..kami memanjangkan leher melihat apa yang berlaku..Wan sedang mencekik lehernya sendiri!! Kami serba salah..nak tolong ke tak nak tolong..sindiran pedas dia tadi masih berbekas tapi...

Ah lupakanlah... Kawan kan... Kami memberanikan diri menuju ke katil tingkat atas Man iaitu katil Wan yang masih bergelut mencekik dirinya sendiri. Sebelah tangan cekik leher sebelah lagi tangannya macam menghalang.

Mat mengejutkan Wan.

“Wan bangun Wan!!” kejut Mat tapi tak berkesan.

Wan terus-terusan mencekik lehernya sendiri. Last-last aku teringat petua arwah atuk aku..Aku mengoncang ibu jari kaki Wan..Terus Wan bangun sambil beristighfar.

“Apasal ko ni Wan?” member aku sorang tanya.

“Astaghfirullah..aku mimpi dicekik perempuan cantik!!”

Kami berpandangan sesama sendiri. Wan turun dari katil terus join kitorang duduk kat katil aku yang sepelaung dari katil Man.

Huh...Aku teringat..nape aku tak usya si Man atas katil tadi takkan aku tak tengok dia dan aku teringat. Kenape aku tak nampak dengan jelas dia baring atas katil Man?

Aku tanya member-member lain. Dorang pun mengaku ada curi-curi pandang Man tapi tak berapa jelas. Senang kata macam ada sesuatu yang menyulubungi Man yang membuatkan kami tak berapa nampak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience