Hadapan pagar Asrama Sekolah Tinggi Ouran
"Wah...ni ke sekolah tinggi yang menempatkan golongan istimewa ."jerit Woo Hyun kagum. Hyeon Jun dan Jun Ha hanya memerhati sahaja. Pasangan kembar itu kelihatannya tidak berminat dengan suasana yang meriah seperti itu. Woo Hyun memandang abang-abangnya dengan pandangan tidak puas hati. "Urm...abang Hyeon Jun dan abang Jun Ha sepatutnya gembira sebab kita dah bebas daripada perhatian mama dengan papa."rengus Woo Hyun.
Pandangannya kini beralih ke sekolah yang bakal menjadi tempat tinggal mereka mulai hari ini. Sekolah Tinggi Ouran sangat terkenal di seluruh dunia malah ia merupakan sebuah sekolah yang menempatkan pelajar-pelajar yang istimewa. Mereka bukan sekadar istimewa malah memiliki latar belakang yang penuh misteri. Namun, sekolah ini turut menerima kemasukan pelajar-pelajar yang terdiri daripada golongan manusia. Hal ini kerana manusia adalah hamba kepada golongan pelajar istimewa tersebut. Di sini mereka bebas memilih siapa yang mereka inginkan dengan menanda hak mereka.
Hyeon Jun dan Jun Ha hanya mendiamkan diri tanpa sebarang kata. Keadaan itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam diri Woo Hyun. "Ish! Abang Hyeon Jun tak happy ke dengan perubahan baharu ini, hah?" soal Woo Hyun kepada Hyeon Jun. Sekali lagi Hyeon Jun memberikan pandangan yang kosong kepada Woo Hyun. "Abang Jun Ha?" soal Woo Hyun kepada Jun Ha pula. Namun, riaksi yang sama diberikan oleh Jun Ha.
Kehadiran mereka disambut baik oleh pelajar-pelajar di situ. Apabila mereka bertiga ingin mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran, tiba-tiba muncul seorang perempuan yang berpakaian pelik. "Ketepi!"jerit perempuan pelik itu. Namun mereka hanya memandangnya dengan tatapan yang pelik. 'Anak sapa ni?' soal Hyeon Jun kepada Jun Ha dan Woo Hyun melalui telepati. 'Entahlah, tiba-tiba je muncul. Pelik pulak tu cara dia berpakaian.' balas Woo Hyun melalui telepati. Kini giliran Jun Ha pula membalas pertanyaan Hyeon Jun. 'Mana ada peliknya cara dia berpakaian, dia just pakai skirt pendek dengan kemeja putih yang comot je kamu da kata dia pelik.' katanya menggunakan telepati sambil tersengih.
Perempuan itu terus meluru ke arah mereka dengan senyuman yang sangat manis. Akhirnya, perempuan itu berhenti betul-betul di hadapan mereka bertiga. "Maaf, saya nak pinjam blazer awak dulu." mintanya kepada budak lelaki yang tidak dikenalinya itu dan tanpa membuang masa dia berlalu pergi. Hyeon Jun, Jun Ha dan Woo Hyun terdiam kaku di lokasi, melihat tubuh genit itu pantas menyelinap menuju ke arah pagar sekolah.
Neko menoleh ke belakang, timbul perasaan hairan dalam dirinya apabila melihat riaksi tiga orang lelaki itu yang masih kaku. "Hurm...budak baru kot."kata Neko. Blazer yang dirampasnya tadi kini disarung ke tubuhnya yang genit itu. "Uuu, besarnya blazer ni. Hurm, tak apalah esok pagi aku pulangkan semula." kata Neko sambil tersenyum sendirian. Tanpa menghiraukan pandangan orang ramai terhadapnya, dia terus melarikan diri dengan melompat pagar sekolah. Guard yang bertugas di situ cuba untuk menahannya namun tidak berjaya. Kelincahannya itu menyebabkan dia terlepas. Keadaan itu telah menarik perhatian tiga beradik Seo.
"Abang Hyeon Jun." panggil Woo Hyun. Namun, tiada riaksi daripada Hyeon Jun yang kelihatan seolah-olah jiwanya turut hilang bersama blazer yang telah dirampas oleh perempuan tadi. Sekali lagi Woo Hyun memanggil nama Hyeon Jun dan kali ini ada sedikit riaksi daripada Hyeon Jun. "Abang Hyeon Jun."panggil Woo Hyun lembut sambil menyentuh bahu Hyeon Jun. Hal ini menyebabkan Hyeon Jun terkejut lalu menatap Woo Hyun sebelum dia menjawsb pertanyaan adiknya itu. "Ouh, Woo Hyun. Kenapa panggil abang?"soal Hyeon Jun kepada Woo Hyun.
Woo Hyun yang tadi berniat ingin menyoal Hyeon Jun sebaliknya dia pulak yang disoal oleh Hyeon Jun. "Ouh, hahaha..." tawa Woo Hyun. "Tak ada apa, saya cuma berasa hairan apabila abang kelihatan lost mind tiba-tiba." kata Woo Hyun jujur kepada Hyeon Jun. ' Pelik betul dengan abang aku yang sorang nih, baru masuk sekolah boleh pulak kena ragut, dengan perempuan pulak tu.' fikir Woo Hyun sendirian. Kini pandangannya beralih kepada Jun Ha. Jun Ha kelihatan seperti masih kaku tanpa riaksi di sebelah Hyeon Jun.
'Aik, macam tak betul je abang-abang aku ni. Sorang tenang dan sorang lagi...'fikir Woo Hyun lalu menatap kedua-dua abangnya silih berganti dengan penuh tanda tanya. Hyeon Jun perasan adiknya itu ingin mempersoalkan tindakannya itu, lalu dia menjawab. "Huh, kamu jangan risaulah. Abang ada bawak blazer lebih kat dalam beg, tadi tu kecuaian abang sendiri sebab gantung kat lengan." keluh Hyeon Jun lalu mengeluarkan blazernya dari dalam beg.
Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kehadiran seorang pelajar lelaki dengan memberikan senyuman yang manis kepada mereka bertiga. "Hello, saya Shoushiro Kaze, timbalan ketua pelajar di Sekolah Tinggi Ouran. Kamu bertiga ni pelajar baru ke?" soal Kaze sopan. Jun Ha, Hyeon Jun dan Woo Hyun saling berpandangan sesama mereka lalu mengangguk. Kaze yang melihat situasi itu mula berasa serba salah lalu dia mengubah topik perbualan.
"Ouh ye, korang ada nampak ketua pelajar lalu kat sini tak?" soal Kaze kepada mereka bertiga. "Boleh kami tahu ciri-ciri ketua tu macam mana?" soal Jun Ha kepada Kaze. "Erm...Dia gadis kecil dan sangat lincah hingga sukar untuk dikawal. Ouh, dia juga sangat menonjol sehingga mampu menarik perhatian semua orang di sekelilingnya." jelas Kaze dengan terperinci. Woo Hyun mula teringatkan gadis yang merampas blazer milik Hyeon Jun tadi. "Hah! Saya tahu. Budak kecik tadi."kata Woo Hyun lalu mereka saling berpandangan. "Pencuri blazer abang tadi, abang ingat lagikan."kata Woo Hyun kepada Hyeon Jun dan Jun Ha yang kelihatan tenang.
"Pencuri?" soal Kaze. Kaze memandang Woo Hyun dengan pandangan kosong kerana tidak dapat memahami apa yang dikatakan oleh Woo Hyun sebentar tadi. "Aah, budak kecik si pencuri blazer yang lincah itu tadi. Jap, budak tu ke ketua pelajar di sekolah ni?" soal Woo Hyun kepada Kaze. Kaze hanya mengangguk sebangai tanda mengiakannya. 'Alang-alang budak-budak ni dah terserempak dengan Neko, tak salahkan kalau aku manfaatkan mereka?' fikir Kaze.
"Hah! Tak mungkin. Dia budak kot, macam mana dia nak uruskan sekolah yang penuh dengan pelajar pelbagai latar belakang ni dengan baik." kata Woo Hyun seolah-olah tidak percaya dengan hakikat yang baharu sahaja didengarinya tadi. Siapa sangka budak kecik yang disangkakan pencuri itu ialah ketua pelajar di sekolah tinggi terbabit. Kaze yang mendengar kata-kata daripada pelajar baharu itu hanya tersenyum. 'Tak sangka ada yang berani kata adik aku seorang pencuri blazer malah budak ni juga tidak mengakui bahawa adik aku layak jadi ketua pelajar.' fikir Kaze sambil matanya meneliti Woo Hyun dari hujung rambut hingga ke kaki. 'Sangat menarik.' fikir Kaze lagi lalu menunjukkan senyuman tersiratnya kepada mereka.
Woo Hyun terdiam apabila melihat senyuman itu. "Hurm, kamu ni agak menyeronokkan. Tapi saya nak ingatkan kamu satu perkara, jangan sampai tertangkap dengan ketua sebab saya tak tahu apa akan dia buat terhadap kamu nanti. Dia sangat terkenal di sekolah ni, semua pelajar serta tenaga pelajar hormat kepadanya. Jadi korang semua kena hati-hati ye." kata Kaze. Selesai sudah memberi amaran Kaze berlalu pergi dengan senyuman sinis, meninggalkan tiga beradik yang masih terpinga-pinga akan kata-katanya tadi. 'Mungkinkah ketua pelajar tu sangat menakutkan, tapi macam gadis biasa je.' fikiran Woo Hyun menjadi buntu.
Akhirnya Jun Ha mencelah. "Okeylah, jom kita pergi daftar dulu nanti ramai susah pulak." kata Jun Ha selamba lalu menuju ke kaunter pendaftaran. Selesai mendaftar nama dan mengambil kunci bilik, mereka bertiga terus naik ke tingkat tiga di mana bilik tidur untuk pelajar di tempatkan. Nombor bilik mereka ialah 307, kini mereka mula mencari nombor bilik tersebut. Perlahan-lahan mereka mencarinya bersama, keadaan menjadi sukar apabila nombor bilik di sini di susun secara zig zag. Hal ini menyebabkan mereka bertiga keliru malah suasana di asrama itu rasa seperti di selaputi dengan magis.
"Hah! Dah jumpa pun." jerit Woo Hyun riang. Kunci dimasukkan ke dalam lubang kunci.
" Klick!" bunyi kunci telah terbuka terhasil. Tanpa berlengah Woo Hyun membuka pintu lalu meluru masuk ke dalam bilik diekori oleh Hyeon Jun dan Jun Ha. Kedaan dalam bilik itu sangatlah kemas dan teratur, tiada satupun sampah dijumpai mereka. Dua pasang katil tingkat disediakan dengan empat meja di penjuru bilik lengkap dengan buku-buku serta jadual kelas.
Asyik menikmati keadaan persekitaran dalam bilik, mereka dikejutkan dengan kelibat beg pakaian di atas katil tingkat bawah. "Eh, bukan kita je ke dalam satu bilik ni?" soal Woo Hyun pelik. Hyeon Jun tidak menghiraukan pertanyaan adiknya itu sebaliknya dia terus mengambil katil di tingkat bawah manakala Jun Ha dan Woo Hyun duduk di atas kerana hanya tingkat atas sahaja yang masih kosong. Woo Hyun mula berasa curiga dengan beg yang berada di katil bawahnya. 'Siapa yang kongsi bilik dengan kami agaknya.' Lama Woo Hyun berfikir sehingga dikejutkan oleh bunyi ketukan pada pintu bilik mereka. Tanpa berlengah Woo Hyun turun dari katilnya lalu membuka pintu.
Apabila pintu dibuka kelihatan seorang gadis kecik molek sedang berdiri dengan blazer di tangan kanannya. "Abang! Neko nak mintak tolong abang...pulangkan...blazer...ni..."kata-kata Neko jadi berubah-ubah nada akibat terkejut melihat gerangan yang membukakan pintu untuknya. "Ouh, hai! Boleh saya berjumpa dengan Kaze?" soal Neko kepada Woo Hyun. "Hah! Awak lah yang mencuri blazer abang saya tadikan!" kata Woo Hyun kepada Neko sambil menunding jarinya ke arah Neko. Neko hanya memberi riaksi yang bersahaja kepada Woo Hyun, keadaan ini menyebabkan Woo Hyun tidak puas hati lalu melenting.
"Hei! Kau tau tak disebabkan kau, abang aku kena tindakan disiplin. Hanya disebabkan kau rampas blazer abang aku je, nama dia tercemar dalam masa satu saat je."marah Woo Hyun kepada Neko. Neko mengeluh lalu menjawab dengan bersahaja. "Maaf ye, saya rasa korang ni budak baru masukkan. Macam mana boleh dikenakan tindakan disiplin sedangkan korang baru je mendaftar hari ni?"soal Neko kepada Woo Hyun. Woo Hyun masih tidak puas hati lalu cuba untuk merampas blazer milik abangnya dengan kasar hingga mengakibatkan Neko hilang imbangan badannya lalu terjatuh atas lantai.
Keadaan ini menyebabkan Woo Hyun panik kerana tanpa sengaja dia telah mencederakan Neko. Woo Hyun cuba sekali lagi untuk merampas blazer milik abangnya, namun gagal akibat pegangan yang kemas daripada Neko. Neko yang terduduk melihat lututnya berdarah akibat tergiris permukaan lantai yang kasar itu. Neko menatap Woo Hyun dengan pandangan menyampah. "Hurh!" keluh Neko lalu berdiri di hadapan Woo Hyun dengan mata membulat. Merah wajah Neko menahan amarah kepada lekaki di hadapannya itu. Neko hanya bertindak selamba seolah-olah dia baru bangun daripada amnesia yang panjang.
Tanpa hiraukan Woo Hyun yang sedang memandanganya tajam, Neko terus memboloskan dirinya ke dalam bilik itu, lalu dia meluru ke katil Hyeon Jun yang bersebelahan dengan katil abangnya, Kaze. Blazer di tangannya itu dihulurkan kepada Hyeon Jun, di sebabkan rasa terkejut, tanpa sengaja Hyeon Jun menyerang Neko dengan menangkap lengannya. Pergelangan tangan Neko digenggamnya erat dan tubuh genit itu ditindihnya dengan tubuh badannya yang sasa itu. Neko sedikit terkejut dengan tindakan reflek Hyeon Jun itu.
Jun Ha dan Woo Hyun yang melihatnya turut terkejut kerana tindakan reflek yang ditunjukkan oleh Hyeon Jun itu adalah sangat bertenaga. Mereka sedar akan tahap kekuatan yang dimiliki Hyeon Jun dari azali lagi memang bukan lawan mereka. Kedaan ini menimbulkan kerisauan dalam diri mereka kerana kekutan Hyeon Jun telah bangkit. Semakin merisaukan apabila Hyeon Jun membenamkan wajahnya di dada Neko. Pada ketika itu, Neko merasakan dirinya akan dimakan oleh Hyeon Jun. Woo Hyun dan Jun Ha menghampiri Hyeon Jun bagi memisahkannya daripada Neko namun gagal apabila Hyeon Jun menolak mereka ke pintu. Neko meronta-ronta untuk melepaskan diri namun gagal kerana kekutan Hyeon Jun sangat menakjubkan. Neko merasakan dia akan mati, namun nasibnya baik apabila kebetulan Kaze pulang ke bilik lebih awal.
Kaze yang baru pulang dari mesyuarat kelab pelajar berasa terkejut apabila melihat adik perempuannya sedang ditindih oleh lelaki asing baginya. Tanpa menghiraukan rahsianya terbongkar, Kaze terus menggunakan kebolehannya dalam penguasaan unsur alam. Dalam sekelip mata tapak tangannya menghasilkan haba yang sangat panas. Hanya dengan satu sentuhan sahaja, kemeja Hyeon Jun terbakar. Keadaan ini menyebabkan rangkulannya pada Neko menjadi longgar.
Jun Ha dan Woo Hyun yang baru merasakan tenaga mereka kembali terus berdiri lalu menghampiri Hyeon Jun yang kelihatan lemah akibat sentuhan daripada Kaze, mereka pantas menghampiri Hyeon Jun dan Kaze. Jun Ha dan Woo Hyun yang melihat haba pada tapak tangan Kaze itu mula merasa sangsi. Jun Ha mula bertanya kepada Kaze. "Siapa kamu sebenarnya?" soal Jun Ha kepada Kaze. Woo Hyun masih tidak berganjak dari melihat abangnya yang sudah lemah dalam genggaman Kaze.
Kaze mengeluh. "Siapa saya itu tak penting, yang pastinya saya dengan korang sama je." kata Kaze lalu melepaskan Hyeon Jun dengan perlahan. Woo Hyun melihat abangnya sudah terkulai di atas lantai, dia cuba untuk menyerang Kaze namun dihalang oleh Jun Ha. Jun Ha menggelengkan kepalanya kepada Woo Hyun sebagai tanda amaran. "Tapi dia da cederakan abang Hyeon Jun. Kenapa saya tak boleh serang dia?" soal Woo Hyun kepada Jun Ha. "Hyeon Jun tak apa-apa, kamu jangan risau sebab abang dapat rasakan yang dia tidak cedera cuma magis dia sudah berkurang." kata Jun Ha kepada Woo Hyun yang kelihatan seperti ingin menerkam Kaze. Jun Ha memerhati Kaze mendekati perempuan yang bernama Neko tadi. Dia turut melihat Kaze menyentuh pipi Neko lalu kulitnya berubah menjadi pucat dan sejuk seperti ice.
Kaze mengelus pipi adiknya dengan lembut. Dia dapat merasakan suhu badan adiknya yang sejuk, namun kali ini kesejukannya adalah berlainan kerana hujung rambutnya kelihatan sudah berubah warna putih. Woo Hyun turut perasan perubahan pada hujung rambut gadis itu tadi. "Maaf sebab dah kejutkan korang. Pasal saudara kamu..."kata-kata Kaze terhenti seketika lalu dia menyentuh dahi Hyeon Jun dengan hujung jarinya. Dalam masa satu saat sahaja tenaga magis Hyeon Jun pulih semula. "Saya mintak maaf, saya dah pulihkan saudara kamu jadi dia akan baik-baik sahaja." kata Kaze lalu berlalu pergi dengan mencempung tubuh adiknya untuk dibawa ke asrama perempuan.
Woo Hyun hilang kata-kata lalu membantu abangnya Hyeon Jun untuk berdiri dan menempatkannya di atas katil. Hyeon Jun memandang Woo Hyun lalu bertanya."Apa yang sudah berlaku?" soal Hyeon Jun kepada Woo Hyun. Namun tiada jawapan daripada Woo Hyun, kini Hyeon Jun menyoal Jun Ha pula. "Jun Ha, apa yang dah berlaku sebenarnya, mana budak pompuan tu tadi?" soal Hyeon Jun kepada Jun Ha namun masih tiada jawapan daripada mereka berdua. Blazer yang terdampar di lantai itu menarik perhatiannya. Perlahan-lahan Hyeon Jun mencapainya lalu di genggamnya erat, blazer yang sudah kusut itu dicampaknya ke atas katil. Kini masing-masing berdiam diri memikirkan apa yang berlaku sebentar tadi.
hello guys...hope you alls will enjoy reading it... here all the main character was meeting hope you alls remember them....
Share this novel