Di hadapan pintu bilik Neko
" Le Dambi!" jerit Kaze dari luar sambil jarinya menekan loceng beberapa kali. Sekali lagi dia memanggil rakan sebilik adiknya namun masih tiada jawapan. Tanpa menghiraukan jiran-jiran di situ, dia terus menggunakan teleportasi untuk menyusup masuk ke bilik adiknya. Kaze menempatkan adiknya di atas katil secara berhati-hati. Le Dambi yang sedang mandi tidak menyedari akan kehadiran Kaze dalam bilik tersebut. "Sapa lah pulak yang rajin bell bilik kami ni, da nak malam kot." bebel Dambi seorang diri yang baru sahaja siap mandi.
"Hurhuhuh...apa yang jadi kat kau ni?" soal Dambi kepada Neko yang kelihatan sedang tidur itu. 'Biar betul minah ni, belum jam tidur die lagi kot. Asal awal dia lelap arini.' fikir Dambi sejenak. Dambi menghampiri Neko lalu cuba mengejutkannya namun tiada riaksi. Dambi merapatkan telinganya ke dada temannya itu.
'Masih bernafas.' katanya dalam hati. Tiba-tiba dia melihat hujung rambut Neko yang kelihatan putih. "Ya tuhan!" katanya lalu menutup mulutnya dengan tapak tangan. Tanpa berlengah dia mewarnakan semula hitam rambut rakannya itu. Namun masih berubah menjadi putih, dia buntu lalu memotong rambut Neko, tapi tetap sahaja gagal. Rambut yang dipotong akan panjang semula.
"Macam mana ni, hurm." jelas kelihatan betapa cemasnya Dambi apabila mendapati Neko mula alami perubahan. Telefon bimbit yang terletak di atas meja dicapainya lalu mendail nombor yang tertera nama Yuri. "bib bib bib..." Tidak lama kemudian terdengar suara merdu di hujung panggilan. " woi! Kau apa hal call aku ni?" soal Yuri dengan nada geram. "Hamboi kau, aku tahu la kau sibuk dengan haiwan-haiwan kesayangan kau tu." jawab Dambi lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal itu dengan jemari runcingnya. "Da tahu aku sibuk kenapa kau call. Kau tu asik..." belum sempat dia menghabiskan ayatnya. Dambi terus memberi arahan kepadanya. " Aku nak kau balik hostel sekarang. Neko perlukan kau." Yuri terdiam seketika apabila nama Neko kedengaran. Pantas dia mencapai kunci keretanya atas meja lalu bergegas ke Sekolah Tinggi Ouran.
Kaze yang sedang memerhati gelagat Lee Dambi yang cemas itu hanya terdiam di balik langsir. 'Lee Dambi." tuturnya perlahan lalu dia memutuskan untuk teleportasi ke biliknya. Namun, akibat tenaganya berkurang dia hanya mampu teleportasi keluar dari bilik adiknya sahaja. Hadapan pintu bilik Neko, dia berpaling sekali lagi buat seketika dia kaku di situ. Perasaannya kini tidak keruan memikirkan keadaan Neko yang makin hari makin memburuk. Dia dapat merasakan sekatan pada dahi Neko akan terbubar. 'Mama, papa, maafkan Kaze sebab dah gagal lindungi Neko. Tolong lindungi dia daripada bahaya.' katanya dalam hati. Kaze ingin memulakan langkahnya untuk pulang ke hostel lelaki. Tiba-tiba dia berselisih dengan rakan adiknya, Min Yuri. Dia hanya memerhatikannya lalu pergi dari situ tanpa menoleh.
Yuri merasakan dirinya diperhatikan dari jauh lalu menoleh. Namun, tidak ada satupun bayangan manusia yang mengekorinya. 'Perasaan aku je kot.' fikirnya lalu menekan bell beberapa kali. Tidak lama kemudian Dambi membuka pintu untuknya, tanpa berlengah dia meluru masuk ke dalam bilik. Dia melihat Neko sahabatnya sedang lelap di atas katil, namun dia sedar ada sesuatu yang lain tentang sahabatnya itu. Dia menyentuh dahi dan tapak tangan Neko lalu matanya membulat. "Dambi, kau tolong tengokkan dia kejap, aku nak ke dapur."katanya ringkas. Dambi hanya menurut perintah, pipi Neko yang kemerahan itu dielusnya lembut. "Hurm,Neko bangun lah. Aku akan belikan kau kek lava yang kau suka tiap-tiap minggu."sebak kedengaran suaranya.
Tidak lama kemudian Yuri tiba dengan membawa kain basah dengan sebesen kecil air panas. Dambi menyambut kedatangannya dengan senyuman. "Kau duduk sebelah dia. Aku nak call abang dia dulu." Dambi keluar dari bilik tidur menuju ke ruang tamu. Nombor telefon senior Kaze didail beberapa kali namun tiada balasan daripadanya. Dambi cuba benerapa kali namun masih tiada balasan daripada senior Kaze. Dia masuk semula ke dalam bilik untuk melihat keadaan teman baiknya. Yuri sedang mengelap tubuh Neko dengan kain basah yang direndam dengan air panas. Dambi melihat tubuh Neko, jika tadi kelihatan sangat pucat. Kini sudah mula kembali seperti sediakala, kulitnya sudah menjadi cerah kemerahan semula.
hello guys hope you alls like reading my novel... sila komen dan share pendapat anda dengan sya sya hargai sokongan anda smua...
Share this novel