BAB 1

Fantasy Series 901

Pada suatu masa dahulu, terdapat sebuah kisah cinta antara manusia dan syaitan di mana pengakhiran ceritanya penuh dengan tragis. Pasangan itu dikatakan menghembuskan nafas terakhir di sebuah kampung yang aman damai. Suasana kampung yang dahulunya indah terus berubah menjadi sangat sunyi. Seluruh hidupan di kawasan kampung itu telah mati dan tiada satupun tumbuhan yang dapat bertahan hidup di tanah itu.
Penduduk kampung semakin hari semakin berkurangan, hal ini disebabkan oleh kesuburan tanah yang bermasalah. Keadaan ini telah menimbulkan panik sehingga menyebabkan semua penduduk meninggalkan kampung tersebut. Sejak dari hari itu, kampung itu sudah menjadi kawasan larangan dan ramai mengatakannya sebagai tanah yang mati. Akhirnya, kampung itu menjadi sebuah penempatan yang tidak berpenghuni dengan lokasinya yang terpencil daripada orang ramai.

Namun suatu hari ada sepasang suami isteri yang datang dari luar negara telah membeli tanah itu. Kini tanah yang mati itu telah menjadi milik keluarga bangsawan iaitu milik keluarga Seo. Hampir 20 tahun mereka menetap di kampung yang telah lama ditinggalkan itu, mereka turut dikurniakan tiga orang putera yang kacak dan comel. Putera sulung diberi nama Seo Hyeon Jun dan putera kedua pula bernama Seo Jun Ha manakala putera bongsu mereka bernama Seo Woo Hyun.

Seo Sun Bin memandang langit yang biru dari dalam vila. " Huh..." satu keluhan panjang kedengaran daripada Sun Bin. Asyik melayan perasaan tanpa menyedari suaminya sedang berdiri di belakangnya sambil memegang gelas yang berisi wain merah kegemaran isterinya. "Sayang buat apa ni?" pertanyaan Kim Ha Won dibiarkan begitu sahaja. Wain merah ditangan suami dicapainya perlahan. Kini wain merah telah bertukar pemilik.
Sun Bin memandang suaminya kosong lalu tersenyum. Wain merah disisip perlahan dengan matanya yang tertutup. Kelihatanya seolah-olah sedang menikmati wain merah tersebut. "Abang rasa anak-anak kita boleh hidup ke di luar sana kelak. Sayang risau akan keselamatan mereka sebab mereka lain daripada manusia di luar sana." katanya dengan mata yang tertutup. Kini pandangannya menatap wajah suaminya.
Ha Won faham dengan kerisauan yang di hadapi oleh isterinya namun itu sudah menjadi tradisi keluarga mereka. Apabila anak-anak telah menjangkau usia matang. Mereka akan di biarkan bebas di luar sana. Oleh itu,dia tidak mampu berbuat apa-apa, lagipun itu sudah kehendak mereka sendiri. "Sayang, janganlah risau, percaya sahaja kepada mereka. Abang yakin mereka mampu harungi cabaran di luar, jadi sayang tak perlu risau okey."pujuknya dengan senyuman.

Sun Bin kini sudah mula bertenang. Dia meletakkan wain merah yang sudah tinggal separuh itu di atas meja yang berada di penjuru bilik tidur mereka. Tiba-tiba kedengaran suara tiga beradik di ruang utama memanggil-manggil nama orang tua mereka. Pasangan merpati sejoli yang tadinya asyik dengan panorama petang itu kembali ke alam nyata. Ha Won mengeluh perlahan. "Haih, kenapa lagi dengan budak-budak ni." keluhnya dengan persoalan.

"Biasalah tu, mereka nak menunjuk-nunjuk la tu, ye lakan dah besar panjang dan diberi kebebasan yang sudah hampir 20 tahun mereka tunggu. Sayang faham sangat perasaan gembira yang mereka alami sekarang ni." luahan yang sayu disambut dengan ciuman di dahi oleh suaminya yang tercinta. "Abang pun merasakan nikmat yang sama. Kebahagiaan yang tidak terhingga, kebebasan mu dulu pernah menjadi tali pertemuan cinta kita berdua."

Pasangan bahagia itu telah keluar dari bilik mereka beriringan menuju ke ruang utama. Apabila tiba di ruang utama kehadiran mereka disambut dengan senyuman dan diikuti oleh tepukan gemuruh daripada anak-anak kesayangan mereka. Namun, langkah mereka terhenti apabila melihat adiknya Seo Woona turut berada di situ. Sun Bin memandang adiknya itu dengan pandangan yang tidak senang. Ha Won yang berada di sisi isterinya itu dapat merasakan ketegangan di antara mereka.
Ha Won berbisik ke telinga Sun Bin. "Sayang jangan risau. Abang ada di sisi sayang."katanya sambil merangkul erat pinggang isterinya. Mereka turun ke ruang utama dengan senyuman mesra. Pada petang itu, anak-anak mereka telah bertolak ke sekolah tinggi Ouran yang menempatkan pelajar-pelajar elit daripada latar belakang istimewa. "Kak Sun Bin, masih nampak muda macam dulu lagi, tak hairanlah suami masih sayang." sindir Woona kepada Sun Bin.

Ha Won menjawab sindiran daripada adik iparnya. "Tidak mengapalah kalau dia masih kelihatan muda. Tak salahkan, kalau suaminya masih sayang sebab itukan bukti yang dia dihargai dan disayangi suami serta anak-anak." katanya sambil melemparkan satu jelingan kepada Woona. "Kamu ni Woona, bila lagi nak bersuami? Abang dengar ramai lelaki yang beratur panjang nak jadi calon suami kamu. Kamu tak nak ke?" soalnya bersahaja.

Woona memandang Ha Won dengan pandangan mata yang tajam. 'Eeee, orang tua ni kalau sehari tak naikkan darah aku memang tak boleh eah.' hujung rambutnya di gulung dengan hujung jarinya. Bibirnya terkumat-kamit seolah sedang membacakan satu mantera untuk menghapuskan kakaknya Sun Bin. Kini matanya beralih ke arah kereta yang dinaiki oleh anak-anak buahnya tadi berlalu pergi meninggalkan perkarangan vila itu.

"Ehem, akak dengan abang ni macam tak suka je bila saya datang melawat vila yang indah ni." katanya sambil memandang Sun Bin dan Ha Won dengan pandangan yang menjengkelkan. Ha Won membawa Sun Bin pergi dari situ tanpa menghiraukan Woona yang terpinga-pinga di situ. Keadaan itu telah menimbulkan rasa tidak senang dalam diri Woona lalu tanpa berfikir panjang dia telah menikam belakang Sun Bin dengan kukunya.

Darah memancut keluar daripada bahagian belakang Sun Bin. Ha Won berasa sangat marah sehingga menyebabkan dia hilang kawalan lalu berubah kepada raksasa berekor. Woona mula berasa cemas dan takut apabila melihat rupa asal abang iparnya itu. Raksasa setinggi empat kaki dengan kuku yang panjang dilengkapkan lagi taringnya yang tajam disertakan dengan ekornya yang melibas-libas dari kiri ke kanan.

Woona mengundur sedikit untuk mencari ruang supaya mudah melarikan diri. Namun, siapa sangka ternyata Ha Won bertindak lebih pantas daripada dirinya. Dengan hanya satu libasan sahaja Woona telah melambung ke udara lalu jatuh ke lantai. Ha Won masih tidak puas lalu dia ingin menyerang Woona sekali lagi namun langkahnya terhenti apabila terdengar suara Sun Bin menjerit memanggil namanya.

"Ha Won!" jerit Sun Bin. "Abang, jangan... sayang tak apa-apa. Tolong berhenti."kata Sun Bin kepada Ha Won. Sun Bin sangat menyayangi adiknya itu, walaupun sering berbalah namun kasih sayangnya terhadap adiknya, Woona tetap kuat. Adik-beradik pontianak yang 'pure blood' itu sering menjadi bualan dalam puak mereka namun yang mendapat perhatian iaitu Sun Bin. Perbezaan tahap kekuatan itu telah menimbulkan perbalahan antara mereka.

Woona berjaya melepaskan diri daripada Ha Won. Sun Bin berasa lega kerana suaminya bukanlah seorang pembunuh. "Abang, jangan risaukan sayang. Sayang tak apa-apa, hanya luka sedikit sahaja."kata Sun Bin sambil menahan kesakitan di bahagian belakangnya. Ha Won menghampiri Sun Bin dengan pantasnya. Luka di bahagian belakang Sun Bin dijilatnya dengan rakus sekali. Darah yang tadinya mengalir keluar kini telah berjaya dihentikan.
Ha Won mencempung tubuh Sun Bin yang lemah untuk di bawa ke bilik tidur mereka. Luka Sun Bin dirawat dengan cermat sekali, balutan yang kemas telah membaluti tubuh isterinya itu. 'Tergamaknya Woona memperlakukan kakaknya seperti ini. Selama ini aku ingat mereka hanya gaduh sebab mereka adik-beradik tapi luka ini sudah cukup untuk membuktikan yang Woona tidak pernah menganggap Sun Bin sebagai kakaknya.'fikir Ha Won sendirian.

Ha Won mengamati wajah isterinya yang kelihatan pucat itu.Tangan isterinya digenggam erat bagi memberikan semangat kepadanya untuk sedar dan hidup kembali. "Sun Bin, tolonglah sedar sayang. Jangan buat abang macam ni sayang."bisik Ha Won di telinga Sun Bin. Semalaman dia menemani isterinya, dengan harapan isterinya akan sedar. Dia juga berada di sisi Sun Bin bagi melindunginya daripada ancaman adik iparnya, Woona. "Abang akan lindungi sayang hingga akhirnya."janjinya kepada Sun Bin yang kini sedang lena dalam mimpinya.

hello guys, sye hrp anda berminat untuk membaca karya sye...sye tdk hebt tapi crita sye sngt sesuai utk pelbgai usia...hope you alls enjoy its...luv you guys...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience