Rate

BAB 4

Humor Completed 992

sejak dari hari tu, aku jadi macam pungguk rindukan bulan. mak aih, macam dah terbalik jek.. bukan pungguk tu sering dikaitkan dengan insan yang bernama lelaki ke?? peduli apa aku. janji aku rindu ketat-ketat kat dia..
sedar tak sedar, dah 5 tahun berlalu. selama itu jugaklah aku sentiasa merindu dirinya. itulah hang, waktu dia ada dekat hang, benci konon, bila dah jauh rindu pulak.. apakeee????

"bulan depan ayah nak kamu kawin dengan lelaki pilihan ayah ngan ibu?" bum!!! aku rasa macam bom meletup di sebelah aku. kalau inilah sebabnya aku disuruh balik ke kediaman keluargaku, sumpah aku tak balik. mana mungkin aku bisa menikahi lelaki yang aku tak cintai.

"hah? ayah bergurau ye? janganlah main-mainkan adik. adik tak suka lah." aku cuba menyedapkan hatiku.

"adik ada nampak muka ayah ni bergurau ke?" soalan ayah ku balas dengan gelengan.

"tapi adik tak nak. adik dah ada orang yang adik suka. tolonglah jangan paksa adik, ayah." rayuku kepada ayah. andai aku disuruh melutut sekalipun aku rela andai itu bisa merubah keputusan kedua orang tua ku.

"adik tu bukan muda lagi. dah 25 tahun. dah patut kahwin tau. kawan-kawan adik banyak dah kahwin. adik je lagi yang masih berumbang ambing." ibu pulak memainkan peranannya.

"tapi ibu, adik tak kenal dia. dan yang penting adik tak cintakan dia. macammnana adik nak hidup dengan orang yang adik tak cinta?" air mataku sungguh murah kali ini. ianya menitis bagaikan hujan lebat. perghh, smart tak ayat aku?? kui kui. perasanlah kau sana.

"keputusan ayah muktamad. adik kena kahwin jugak dengan dia. kalau tak , adik bukan anak ayah lagi." sejurus selepas berkata, ayah meninggalkanku teresak-esak di ruang tamu keluarga..

"sampai hati ayah buat adik macam ni." esakkanku kian menjadi-jadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience