Rate

BAB 3

Humor Completed 992

Sejurus selepas aku meluahkan apa yang terbuku disanubariku, Hadid hilang menyepi entah ke mana?? Yang pasti dia bukan bunuh diri atau yang sewaktu dengannya. Tapi yang pasti dan sahih dia tak lagi mengganggu duniaku..Hurmm tapi rasa ini semacam. Seharusnya aku berasa gembira tetapi aku rasa ada sesuatu yan hilang dan tak lengkap.. dan aku tak pasti apakah ia?? cuba bagi tau sikit kat aku...

"hah adik kenapa termenung ni?? ada apa-apa masalah ke?" wah, prihatin sungguh angahku kali ini.

"tak de apa-apalah.." balasku acuh tak acuh.

"iyeke? ke rindu kat orang jauh tu?" pap! aku terasa hentakan yang kuat di atas kepalaku.

angahni ahli nujum ke apa? mana dia tau. hisy, malulah kalau gini. cover cik oi. nanti tak pasal-pasal 7 hari 7 malam angah ketawakan aku. kui kui.

"tak de.. orang jauh mana yang adik nak ingat ni, angah?" balasku buat selamba. padahal, muka dah macam udang kena salai. perghh, cuba korang bayang kan betapa merahnya.. melampau gila hiperbola aku ni.. apa-apa je lah...

"iyeke? habistu, kenapa muka adik merah??? ah, angah tau, adik rindu kat Hadid kan??" masa tu jugak aku rasa nak smack down abang kesayanganku ni. kesayanganke?? kesayangan la kot...

"ok fine. adik mengaku adik rindu kat Hadid . tapi adik tak tau kenapa adik rindu dia padahal dulu adik benci sangat dia. dia suka usik adik.." tanpa ku sedari, aku meluahkan perasaanku pada abang ku yang celoparnya tahap berganda-ganda ni..

"hah, mengaku pun. angah rasa adik suka kat dia. tapi adik ni ego tinggi sangat. adik cuba nafikan rasa yang ada dalam diri adik. cuba adik selami hati adik tu. adik suka dia ke tak? tapi dari mata angah di plus lagi dengan jumlah garam yang angah dah telan, adik comfirm 100% suka kat si Hadid tu." perghh, panjang sungguh kata-kata abangku. book of record in the family lah..

"maybe. tapi kan angah, adik coriouslah, apa kena mengan hal ni dengan kuantiti garam yang angah makan? musykil sungguh diriku wahai kekandaku tercinta."

"errr, saja nak menambahkan sedap rasa ayat angah... haha" waktu tu aku rasa nak bunuh jek angah aku nih...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience