Rate

BAB 1

Humor Completed 949

"saya sayang awak. sudikah awak jadi girlfriend saya?" spontan sungguh lelaki ini meluahkan perasaannya.

"eh, awak cakap dengan siapa? jap, awak cakap dengan kawan saya ni ya? wani, ko cakap la dengan dia. dia nak cakap ngan ko tuh. aku blah dulu ye." ujarku lantas melarikan diri. tak nak ganggu sesi luahan perasaan gitu.lelaki itu tercengang melihat perlakuan ku yang sangat drastik. dia buat muka blurr. aku peduli apa.

"err, maaf la ye. kawan saya memang macam tuh. awak try la propose dia sekali lagi!" ujar wani aka kawan aku tersayang ni.

"tak pe. saya faham." ujar lelaki yang tidak diketahui namanya itu.

"hai awak." tegurnya lelaki itu ketika aku sedang enak menjamu selera. aish, mati selera aku tengok mamat nih. dia tak de kerja lain ke selain mengganggu kehidupan aku yang tenteram nih? jelous kot. sebab tulah dia kacau. kan kan kan?

"saya kenal awak ke? tak kan? kenapa awak kat sini? menyemak je. pergilah awak jauh-jauh." tension aku dengan karenah mamat nih. tempeleng laju-laju nanti baru tau. kejam sungguh engkau wahai Hagia Atelia .

"kenapa pulak? tempat ni ada cap mohor awak ke? tak de kan? suka hati saya la nak duduk tang nama. anyway, nama saya Hadid Hazwan . awak Hagia Atelia . sedap kan gabungan nama kita dua. HH.. pandai ibu bapa kita pilih nama." tersengih-sengih dia menuturkan kata-kata.

"tolong sikit ye......" belum sempat aku menghabiskan kata-kata dia menyampuk.

"tolong apa? nak saya kiss awak ke? ke awak nak kahwin dengan saya? saya terima dengan hati yang terbuka." tersengih lagi dia.

tahulah gigi dia tu putih sampai silau mata den. tapi tok sah tunjuk. gigi aku pun putih la. plus, kenapa lah dia ni perasan sesangat. bajet hensem. perghh, tinggi darah aku kalau lama duduk dengan dia nih. tanpa mempedulikan mamat sewel aka apa nama dia tadi? oh, Hadid Hazwan , aku pun melangkah keluar dari cafeteria. penuh nanti tahi telinga aku mendengar dia bercoloteh.

tengah aku best-best cuci mata tengok senior-senior yang hensem, dia berdiri di hadapan ku. spoil terus mood aku. apa ni? ganggu pemandangan + laluan orang jek.

"awak tak de kerja ke?" tanyaku rimas.

"ada." balasnya.

"kalau ada pergilah buat kerja awak!"ujarku bagai menghalau. memang aku nak halau dia pun. menyemak je.

"tengah buat kerja saya la ni." balasnya lagi. senyum lagi. dia ni memang kaya ngan senyuman. tapi sorrylah, senyuman anda tak laku kat saya. tak effect pun.kerutan muka terpancar di muka ku yang mulus ni. perasan sungguh cik Hagia ni. kalau bukan kita yang nak puji diri sendiri, siapa lagi yang nak puji diri kita kan? sokong? 100 markah untuk anda.

"kerja? mana kerja awak? saya tak nampak pun" balasku bersama kerutan. tua la aku kalau gini.

"kerja saya ialah nak mengorat awak. jadilah girlfriend saya." dia mencuba meraih simpati daripadaku dengan membuat muka ala-ala cute tu. tak tergoda ye. cute lagi anak along aku tau.

"eeeii,, susahnya nak cakap dengan orang sewel ni. saya dah ada boyfriend. awak tau B.O.Y.F.R.I.E.N.D." ambik kau. aku siap tolong eja lagi tau. susah nak jumpa perempuan yang bagi hati macam aku ni.

dia bagai terpempan mendengar kata-kata ku. kalau korang tengok muka dia. memang ketawa guling-gulinglah. tahan ketawa Hagia ! tahan ketawa! nanti dia perasan.

"kalau gitu saya nak jumpa boyfriend awak. buktikan kat saya yang awak ada boyfriend." balasnya.
aik, aku silap dengar ke? dia nak bukti? mati aku kalau gini. aku mana ada boyfriend.

"kenapa pulak saya kena buktikan kat awak?" tanya ku.

"iyelah. mana tau awak tipu saya." ujarnya selamba badak. badak pun tak selamba macam tu tau.

"kenapa pulak saya nak tipu awak?" tanyaku lagi.

"sebab awak rimas dengan saya. plus, awak tak nak couple dengan saya." balasnya bersahaja. thumbs uplah untuk mamat ni. dia tau apa yang ada dalam kepala otak aku.

"mana awak tau?" tanyaku tidak mahu mengalah.

"dari muka awak." balasnya lagi. aku lantas meraba-raba mukaku. iye ke? bohonglah dia ni.

"errrr.. boyfriend saya.. errrrr.. belajar kat luar negara. aaaa, dia belajar kat luar negara." ujarku.

"tipu lagi. kalau tak reti menipu jangan menipu. kita jumpa kat restoran al-hafiz malam ni. saya nak tengok boyfriend awak tu. oklah, bye bye sayang" ujarnya lantas meninggalkan aku terpinga-pinga.

"angah, tolonglah adik.jadi boyfriend adik. pura-pura je. malam ni je. bolehlah." keluar sudah aura kemanjaan ku.

"tak de tak de. malam ni angah ada dinner ngan kak ngah engkau. pergi je lah cakap hal yang sebenarnya. buat apa adik tipu dia?" ujar angahku tersayang iaitu Syuhaib naquib.

"kalau angah tak nak tolong adik, adik report kak ngah yang angah pi mengorat anak Mak Jah sebelah rumah tu." aku sudah mula mengugut dia.

"ala adik ni.. main ugut-ugut pulak.. okey, angah tolong. tapi kali ni je tau. nanti tak de lagi. are you understand Hagia ?" ujar angah.

"of course, my beloved brother. i love you lah.. sayang tongkat-tongkat ni." aku dah start memainkan peranan kegedikan seduniaku.

"eeiii, gelilah angah. jangan buat macam tu lah" ujar angah sambil membuat gaya pondan dan cacing kepanasan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience