Ke semua wanita-wanita itu sudah pun tiba di Roma, ibu kota Italy. Puan Laura bersama Issac membawa sepuluh wanita yang masih muda, berusia 25 tahun hingga 18 tahun, untuk diserahkan kepada Tuan baru mereka.
dua orang wanita yang berada didalam berisan pelacur itu adalah Maya dan Julie. mereka dulunya memiliki seorang teman baik sejak kecil, bernama Isma. tetapi malangnya wanita itu hampir dibunuh secara tragis saat dia sedang mengandungkan anak dari kekasihnya yang tidak mahu bertanggung jawab atas perbuatannya itu.
Dan yang lebih malangnya lagi, lelaki itu menghilang tanpa jejak, sehingga polis tidak dapat memberikan hukuman dan juga keluarga Isma tidak dapat menuntutnya.
Wanita bernama Isma itu disiram dengan air keras atau yang dikenali sebagai asam sulfat. seluruh tubuhnya melepuh sehingga meyebabkan luka bakar yang teramat mengerikan. bayi didalam kandungan yang baru berusia 4 bulan itu tidak dapat diselamatkan setelah beberapa hari dia mendapatkan pertolongan didalam inkubaktor. manakala Isma dirawat disebuah hospital. kini Maya dan Julie harus menanggung semua biaya hospital Isma. dan itulah alasannya mengapa, mereka bisa berada dibarisan pelacur ini. mereka juga adalah pelajar university dengan nilai kelulusan terbaik pada tahun ini.
Wajah pelacur-pelacur itu ditutupi dengan mask hitam. Pakaian yang mereka gunakan begitu seksi sehinggakan semua auratnya terdedah dan terlihat begitu sahaja.
"Semuanya cantik-cantik." ucap lelaki berhidung belang yang sudah memiliki isteri dan anak itu, seraya tersengih saat semua wanita pelacur telah berdiri dihadapannya.
"Kau tengoklah siapa aku dan Tuan Matthew." ucap puan Laura seraya menghembuskan asap rokoknya ke udara.
"Aku ada sediakan wanita dari harga yang paling mahal, standard dan murah. Kualitas sentiasa bergantung pada harga." ucap puan Laura lagi.
"Aku nak yang paling mahal!" ucap lelaki bertubuh gemuk pendek dan boncet itu, sangat buruk rupa. tetapi begitu menggatal ...!
Puan Laura menghisap rokok lagi kemudian menghebuskan asapnya dan menoleh ke arah belakang.
"Lady's. Come here!" panggil puan Laura, tangan nya seperti memberikan isyarat agar wanita itu datang kesini.
Wanita bernama Julie datang dengan berlenggak lenggok dihadapan lelaki tua itu, seraya menunjukkan pesona nya.
"Cantik! Sini!" puji lelaki tua itu, dan mempersilahkan Julie untuk duduk di atas sofa bersamanya.
Spontan Puan Laura menarik tangan Julie agar tunak disitu.
"Kau jangan ingat boleh sentuh lady aku tanpa membayar!" ucap Puan Laura tersengih sinis.
Lelaki tua itu menjungkitkan kedua belah keningnya "okey."
Dia bangkit dari duduknya, kemudian memanggil salah seorang lelaki yang mungkin pekerja nya.
"Tolong sediakan wang sebanyak 50 ribu Euro." pinta lelaki itu kepada pekerja nya.
"Baik Tuan."
Puan Laura terus menghisap rokoknya sehingga habis, wanita itu meneguk segelas anggur yang telah disediakan di hadapannya sebelum dia pulang dari pusat hiburan itu.
Setumpuk wang kini berada di hadapan Puan Laura. Wanita itu tersenyum lebar, sangat mudah mendapatkan wang dizaman seperti ini.
"Dah boleh sentuh ke?" soal lelaki tua itu, dengan riak wajah menggatal.
"Of course! Tapi sebelum itu, sila sign disini. Sebagai tanda kerjasama kita." ucap puan Laura, menghulurkan selembar kertas.
Ke semua wang tadi telah berada ditangan Issac. Manakala Puan Laura sedang bersama Julie sebelum wanita itu dilepaskan kepada lelaki tua tadi.
"Buat kerja baik-baik, jangan malukan saya!" ucap puan Laura memberikan peringatan pada wanita itu.
Wanita itu mengangguk seraya tersenyum lebar. Puan Laura mengeluarkan sejumlah wang dari dalam hand bag Channel edisi terhad miliknya. Wang itu dia serahkan kepada Julie sebagai upah atas kerjasama mereka.
Selepas itu Puan Laura menghantarkan Julie pada lelaki tua tadi.
"Senang bekerjasama dengan anda!" ucap lelaki itu berjabat tangan dengan puan Laura.
Puan Laura hanya tersenyum dan mengangguk, bibir merah merona itu tidak berhenti tersenyum. Walaupun wajahnya ditutupi dengan topeng hitam.
Selepas dari ruangan yang pertama, Puan Laura masuk ke dalam ruangan vvip lain yang berada disana untuk menghantarkan wanita-wanita itu bertemu Tuan baru mereka.
Selepas semua wanita itu telah habis terjual, kini Issac dan Puan Laura membawa 10 briefcase di dalam kereta pribadi mereka. masing-masing jumlah wang didalam briefcase itu berbeza-beza. rasanya tidak sabar puan Laura mahu menghitung ke semua wang itu.
Saat didalam perjalanan yang hampir tiba dirumah mereka, mata puan Laura tertuju pada skrin talifon milik Issac, terpapar nama seorang wanita yang sangat asing. tetapi nama itu pernah didengari oleh puan Laura.
"Siapa Izara?" soal puan Laura.
Issac menoleh ke arah puan Laura.
"E-eh anu ... itu ... kawan saya, mama." ucap Issac serba salah.
"Mama didik kamu jadi anak yang jujur, siapa Izara?" semakin tinggi dan menekan nada suara puan Laura.
"Dia hanya kawan, Izara dan Issac tiada apa-apa hubungan Ma." ucap Issac, tak kalah melengking dari suara puan Laura.
"Ooh kawan. habis tu jatuh cinta macam tu? kamu tu beringat sikit ya, kamu siapa dan dia siapa. tak sepadan!" bidas Puan Laura, menjelingkan matanya memandang Issac sebelum tangannya membuka pintu kereta.
Puan Laura menghempas pintu kereta dengan kuat, bagaikan nak rak. Issac hanya diam, dua belah tangan mengusap wajahnya yang terlihat begitu letih.
Lelaki itu turun dari kereta, dan membawa briefcase yang dia letakkan di kerusi bagian belakang. langkah kakinya mula memasuki rumah Tuan Matthew.
* * *
Setibanya di rumah. Izara merancang cuti akhir tahun ini dia akan pulang ke tanah air, tapi disatu sisi dia ingin merasakan musim salji di negara ini.
"Nak balik ke tak? tapi ini musim salji pertama yang aku rasa disini." batinnya. tangan terus membancuh milo yang berada didalam mug hello kitty.
Talifon nya berdering, satu notifikasi masuk dari nombor Issac.
*Boleh saya call?* soal Issac pada pesan di dalam whatsapp.
*Boleh-boleh.* jawab Izara dengan bahagia, talifon itu di kecupnya kemudian dia peluk dengan kuat.
Panggilan suara itu sudah bermula, Issac dan Izara mula berbual sedikit banyak tentang diri mereka.
"Nanti malam awak busy tak?" soal Issac.
"Ermm tak ... kenapa tu?"
"Jom keluar, kita makan." ucap lelaki itu, terdengar suara nya sedang tersengih-sengih.
"Alaa saya malu lah ... tapi, boleh lah. lagipun minggu depan saya dah nak balik Malaysia."
Tiba-tiba panggilan suara itu hening. Izara tidak mendengar suara nafas Issac.
"Hello ...!" panggil Izara, bulu tengkuknya mula meremang.
"Issac ... awak okey ke?" ucap Izara lagi.
Tiba-tiba panggilan itu terputus begitu saja, Izara melihat skrin talifonnya memaparkan bahawa talifon itu perlu di carge.
Izara melepaskan keluhan panjang, peluh sebesar biji jagung yang membasahkan keningnya dia usap dengan punggung tangan.
"Buat orang takut je." batin Izara kemudian meletakkan talifon yang sedang dicarge itu ke atas meja.
Wanita itu melangkahkan kakinya ke arah bilik air seraya membawa tuala ditangannya. keluar saja dia dari bilik air, Izara langsung mengeringkan rambutnya dengan tuala kecil.
Wanita itu menuju ke arah wardrobe nya, mula memilah dan memilih baju yang akan dia gunakan nanti malam.
"Yang ni pun cantik." ucapnya seraya menarik keluar dres panjang berwarna hitam berbahan rajut.
Tangannya membelek-belek baju didalam wardrobe itu lagi.
"Eh tapi yang ini pun cantik." ucapnya lagi menarik keluar cardigan berwarna putih.
Selepas mencuba hampir sepuluh helai baju, akhrinya cardigan putih berjenama ZARA yang dipadankan dengan dres panjang berwarna hitam itu menjadi pilihannya.
Bibirnya yang mungil diolesinya dengan lipcream dari maybelline. selesai sahaja memolesi wajahnya dengan make up, Izara kembali menghantarkan mesej kepada Issac.
"Saya dah siap. awak boleh jemput saya sekarang." tulis Izara dengam emoji malu menutup mulut.
"Buka pintu sekarang dan lihat siapa disana ... see you cute bear!" balas Issac dengan emoji love.
Izara tersengih-sengih. rasanya dia ingin pingsan selepas membaca mesej dari Isaac. tanpa berlengah-lengah Izara langsung melangkahkan kakinya ke arah ruang tamu.
Heels booth berwarna hitam disarungkannya sebelum tangannya membuka pintu.
Saat dia membuka pintu, bertapa tergamamnya wanita itu saat melihat sesuatu yang mengagumkan didepan pintu rumahnya. Patung teddy bear berwarna cream dengan ukuran yang cukup besar seraya memeluk seikat bunga tulip merah.
"Hello Puan Izara ... awak begitu cantik malam ini." ucap suara garau seorang lelaki yang bersembunyi dibelakang patung teddy bear tersebut.
"Hello!! wahhh terima kasih. siapa awak dibelakang sana?" soal Izara.
"Saya adalah teddy bear! peluk lah saya." ucap suara garau itu lagi.
"Saya usap kepala awak boleh kan, saya malu lah nak peluk awak." ucap Izara, tangannya mengusap lembut kepala teddy bear yang lebih tinggi darinya.
Selepas itu sosok lelaki dengan aura kejantanannya muncul seraya menghulurkan seikat bunga tulip berwarna merah tersebut.
"Ya Allah Issac!" pekik Izara kerana tidak percaya, bagaimana lelaki itu boleh tahu rumahnya. walhal dia belum mengirimkan maps.
"Hai." sapa Issac dengan suara garaunya.
"Hai ... dah lama ke awak tunggu?" soal Izara seraya menoleh ke arah kiri dan kanan Issac.
"Awak tengok apa tu?" soal Issac, sebelah kening terjungkit.
"Tak ada apa-apa, saya hairan je. cepat sangat awak sampai." ucap Izara seraya menggaru kepala yang tidak gatal.
Issac hanya tersenyum.
"By the way ... terima kasih banyak tau, saya memang suka sangat dengan bunga." ucap Izara, senyum manis terukir diwajahnya.
"Oh really? saya boleh bawa awak pergi ke taman bunga yang paling cantik di Itlay!"
"Betul ke? terima kasih banyak!!"
Akhirnya mereka masuk ke dalam satu kereta dan akan menuju ke sebuah restoran yang cukup tersohor dinegara itu.
Izara masih bingung dengan kehadiran Issac tadi, bagaimana lelaki itu boleh tahu rumahnya? sedangkan Izara tidak pernah memberitahunya.
"Kenapa awak termenung?" soal Issac memecahkan lamunan Izara yang tertumpu pada jalan raya.
Wanita itu masih terdiam.
"Izara Falisha!" tegur Issac lagi dengan suara garau nya.
"E-eh, astgahfirullah ... maafkan saya, saya tak dengar. awak cakap apa ya tadi?" soal wanita itu dengan ekspresi wajah yang sedang menahan malu.
"Saya tanya kenapa awak termenung, tak suka ke keluar dengan saya?" soal Issac tanpa menoleh.
"Saya suka ... kenapa pula tak suka, saya hanya hairan je, macam mana awak boleh tahu rumah sewa saya, dan satu lagi. kenapa awak boleh tahu nama panjang saya?" Soalan yang sama terus Izara tujukan padanya.
Issac hanya tersenyum, tanpa menjawab sepatah kata pun. kereta itu terus melaju menuju destinasi.
Share this novel