BAB. 01.

Action Series 25992

LELAKI bertubuh sasa yang baru saja menginjak usia 25 tahun itu sedang menikmati secangkir air putih dan semangkuk oat meal, seraya dia duduk diatas sun lounger yang berada ditepi kolam villanya.

Malam ini seluruh ahli keluarga Denaro's akan hadir pada jemputan perkahwinan anak dari rakan bisnis kerjasama papa nya itu.

Memandangkan Issac dan keluarganya tinggal di rumah yang berbeza, terpaksa lelaki itu harus datang dan tiba lebih awal disana. sebelum waktu yang telah di tetapkan oleh papa nya, Tuan Matthew.

Berbicara tentang Tuan Matthew, seseorang yang memiliki banyak bisnis itu adalah sosok yang tegas dan kasar kepada siapa sahaja, terutamanya pada isteri dan anak-anaknya.

Tuan Matthew sendiri memiliki beberapa bisnis besar di negaranya, salah satu bisnis yang paling berkembang selepas narkoba dan pelacuran adalah restoran yang menyediakan minuman setan "Birra Amarcord".

Untuk saat ini Issac belum mengambil alih satu pun perusahaan milik keluarganya. kerana, Tuan Matthew dan Puan Laura hanya mahu anaknya itu fokus pada misi-misi dalam keluarga mereka.

Sesendok oat meal dia suapkan masuk ke dalam mulut seraya termenung jauh memandangi kolam renang yang menyatu dengan alam itu, telefon pintar yang berada di sebelah kanan nya berdering beberapa kali. menampilkan sebuah notifikasi yang masuk dari group keluarga mereka.

*Malam nanti papa mahu kita berkumpul disini semuanya, sebelum kita bergerak ke 'Hotel La Favorita!* pesan Tuan Matthew dalam group Whatsapp.

Issac memicit pelipis keningnya dengan dua jari tangan kanan.

*Okey pa.* jawab nya, begitu juga dengan jawaban dari yang lainnya.

* * *

Tubuh yang hanya di tutup dengan tuala separas pusat itu berdiri di depan cermin wastafel, seraya mengusap-usap jambangnya yang sudah tumbuh sedikit panjang. laci kecil di sebelah cermin dibuka nya untuk mengambil clipper kemudian dia mula merapikan jambang dan juga kumisnya.

Selepas melihat semuanya telah sempurna, Isaac mula menyarungkan satu persatu pakaian ditubuhnya. butang pada baju kemaja berwarna putih itu dikaitkan nya antara satu sama lain, mana kala Tuxedo berwarna hitam menjadi luaran dari kemeja, penampilan nya telihat bergitu perfect.

Pakaian seperti ini sudah menjadi hal yang rasmi untuk kalangan keluarga Tuan Matthew, bukan hanya ketika acara besar, tetapi setiap keluar dari pintu rumah. mereka wajib menggunakan jas atau semacamnya.

Tangan nya mengambil botol parfume berjenama JAR Bolt of lightning, kemudian disemburkan nya pada bahagian leher dan pergelangan tangan.

Kaki melangkah meluru ke arah pintu utama di villa itu, dan menuju ke tempat kereta mewah nya diparkingkan.

* * *

Kenderaan berjenis Maserati Ghibli di pandu nya dengan perlahan saat memasuki kawasan rumah Tuan Matthew, rumah agam berwarna putih itu dikelilingi dengan bodyguard dan anjing pitbull.

Sempat disentuh sisi kanan kereta yang baru dibelinya lima bulan lepas, sebelum dia benar-benar melangkahkan kakinya meniti satu persatu anak tangga untuk sampai di depan pintu rumah Tuan Matthew.

Pintu yang terbuat dari kaca itu dibukanya dengan kod keselamatan, kemudian tubuhnya yang lampai mula menyusuri setiap ruangan dirumah itu.

The family Denaro's telah menunggu di ruang makan rumah mereka, Puan Laura tampak cantik dengan balutan dress panjang berwarna hitam yang terbelah dibahagian paha hingga mata kaki nya, dipadankan pula dengan high heels putih brand ZARA. penampilan Puan Laura malam itu benar-benar sempurna, dia terlihat seperti masih berusia 20-an. manakala Tuan Matthew dan ke empat anak mereka berpakaian yang sama seperti Issac.

"Kenapa lambat satu minit?" soal Tuan Matthew, kepalanya menoleh ke belakang saat mendengar suara tapak kasut Issac.

"Maaf papa, tadi Issac kehilangan kunci kereta." ucap Issac, bibir bawah digigitnya kerana takut.

"Cuai ...!" bentak Tuan Matthew, mendadak terhenjut semua bahu mereka yang ada disana. lelaki berusia 50-an itu bangkit dari duduknya, kemudian meluru ke arah Issac. satu tamparan keras melayang untuk anak lelaki itu.

"Kamu dah tahu aturan dalam family Denaro's bukan? kenapa masih kamu langgar?" bentak Tuan Matthew lagi, dari semua anak-anak Tuan Matthew. hanya Issac yang sering melanggar kode etik dalam keluarga mereka.

Issac hanya menganggukkan kepalanya. saat puan Laura menoleh ke arah jam dinding, jarumnya sudah menunjukkan pukul tujuh malam, tentu mereka harus bergerak sekarang seperti yang dijanjikan tadi.

Wanita berusia 40 tahun itu bangkit dari duduknya, dia mengambil clutch beg berwarna gold. kemudian melangkah dengan anggun ke arah Tuan Matthew.

"Suamiku, maaf kan saya. sekarang sudah pun pukul tujuh, boleh kita bergerak sekarang?" ucap Puan Laura seraya mengusap lengan suaminya.

Tuan Matthew menoleh ke arah jam dinding.

"Kita akan pergi dengan kereta yang bereza, dan papa nak semuanya memperkenalkan nama masing-masing tanpa menyebutkan nama belakang kamu, faham!" Tegas Tuan Matthew lagi memberikan peringatan.

"Baik papa." jawab mereka serentak, kemudian puan Laura pun menganggukan kepalanya.

Dua kereta mewah dengan jenama yang berbeza itu melaju meninggalkan rumah agam bak istana yang dijaga ketat oleh para bodyguard.

Sesampainya mereka di destinasi, Tuan Matthew kembali memanggil anak-anak mereka untuk tetap menjaga identiti diri masing-masing.

Karpet merah telah pun di bentangkan sepanjang jalan menuju wedding venue. keluarga itu tampak harmonis saat berjalan diatas nya, Puan Laura memimpin tangan Tuan Matthew. manakala anak-anak mereka mengekori dari belakang.

Salah seorang penerima tamu dari wedding planer itu memanggil untuk mentandatangani salah satu kertas yang telah dituliskan nama-nama tetamu jemputan yang hadir.

selepas itu mereka sekeluarga diarahkan untuk duduk di head table VVIP yang telah dihias secantik mungkin.

Saat acara ketubah perkahwinan akan dimulai, bakal pengantin wanita dihantar oleh ayahnya, Tuan Brandon. mereka berjalan beriringan. terlihat wajah pengantin wanita itu telah di solek cantik dengan balutan gaun berwarna putih dan dipadankan dengan veil mewah yang menutupi bahagian kepalanya serta membawa bunga berwarna putih kebiruan ditangannya. ditambah pula dengan iringan dari para braidesmaid yang sama menggunakan dress berwarna putih dengan perlbagai model dan turut menggenggam nosegay dimasing-masing tangan mereka.

Seluruh mata tetamu yang hadir disana tertuju kepada pengantin dan para dayang-dayangnya. mereka berjalan begitu anggun di iringi dengan instrumental dari lagu beautiful in white membuatkan suasana disana semakin hidup.

Hampir semua yang berada disana menitiskan air mata bahagia, begitu juga dengan Tuan Matthew dan Puan Laura. Issac yang saat itu tengah memerhatikan ragam wanita disana tersentak saat melihat sosok wanita yang menggunakan tudung berada di barisan bridesmaid. mata dijegilkan memandang sosok wanita yang terlihat sangat asing.

"Kenapa dia berpakaian macam tu?" batin Issac, mata terus memandangi wanita itu tanpa berkedip.

* * *

Selepas acara sakral dalam perkahwinan telah pun selesai, ini adalah saat nya untuk mereka berdansa sebelum masuk ke acara lainnya. setiap yang hadir akan menari bersama pasangan mereka masing-masing, manakala yang tidak memiliki pasangan pula akan dipilihkan secara random oleh MC.

"Baiklah ... pasangan untuk Tuan Issac pula." ucapnya saat membuka kertas berwarna gold.

"Tuan Issac Zappacosta, seorang wanita cantik telah dipilihkan untuk menemani anda berdansa pada malam ini, Puan Izara Falisha." ucap MC itu dengan lantang saat menyebut nama Izara, sontak membuatkan semua tetamu bertepuk tangan. manakala Issac hanya diam, bibir terukir senyuman pelik. agaknya wanita seperti apa yang akan menemaninya, seksi? cantik? atau mungkin yang bergairah?

Wanita yang merasa nama nya disebut itu terus tergamam, bagaimana boleh dia dipilih untuk berdansa dengan lelaki yang tidak dikenalinya? mahu tidak mahu Izara mengikuti langkah kaki seorang staf WP yang membawa ya ke tempat Issac.

Lelaki itu menolehkan pandangannya saat melihat staf wp memimpin tangan wanita bertudung tadi ke arahnya, semakin berderau darahnya saat melihat wanita itu secara dekat, tulang rusuknya bergetar kuat. benar-benar wanita yang cantik!

"Hello Tuan Issac, ini puan Izara yang akan berdansa dengan Tuan Issac." ucap seorang wanita, salah seorang staf wp.

"I-ini? biar betul?" soal Issac terkejut, anak mata terbeliak memandang wajah Izara.

wanita itu hanya mengangguk, kemudian mempersilahkan Izara untuk duduk bersama Issac sebelum acara berlangsung.

"Hai." sapa Izara mencuba untuk ramah. suara wanita itu mampu membuatkan telinga Issac merasa tergelitik, semakin kencang tulang rusuk Issac bergetar.

Detik dimana tatapan mereka bertemu, keduanya terlihat seperti tidak boleh saling mengalihkan pandangan.
lelaki itu menjungkitkan kedua belah keningnya kemudian melambai. "Hai."

Issac terkagum-kagum dengan kecantikkan yang dimiliki oleh Izara. gadis berkulit putih dan berhidung mancung itu memiliki kecantikkan seperti primadona, benar-benar sangat memukau!

Sementara itu Izara terpesona dengan ketampanan Issac, bukan hanya kacak. lelaki itu juga memiliki tubuh atletis yang tampak tercetak dari sebalik Tuxedo yang dia kenakan. tentu banyak wanita yang menginginkan lelaki sepertinya, lagi pula dizaman seperti ini. wanita mana yang tidak menginginkan seorang lelaki sepertinya. handsome, kaya dan memiliki tubuh yang bagus!

Puan Laura yang melihat itu langsung memandang sinis, bagaimana boleh wanita berpakaian seperti itu dipadankan dengan Issac? sungguh tidak sesuai!

Kerana tidak mahu membuat onar dimajlis itu, Puan Luara hanya diam dan terus berdansa dengan Tuan Matthew.

Izara merasa malu dan gugup saat Issac berada benar-benar didekatnya, wanita itu tak henti-henti memejamkan matanya.

gadis itu menundukkan kepalanya, dia berusaha untuk menyembunyikan wajahnya yang mula memerah kerana malu, bagaimana dia tidak malu. jika secara terang-terangan dia begitu menunjukkan rasa terpesonanya pada sosok Issac.

"Jangan malu, mari ciptakan suasana yang romantis untuk malam ini." ucap Issac, kemudian Izara membalasnya dengan sebuah anggukan kepala.

Issac mula merangkul pinggang ramping milik Izara, mana kala tangan wanita itu pula diletakkan nya diatas bahu sasa Issac. mereka mula berdansa mengikuti rentak musik yang menyatu dengan mood dihati.

Izara berusaha untuk tetap bersikap tenang, meskipun dia tahu. bahawa Issac sedang memerhatikan lekuk tubuhnya, bukan gerak-geriknya.

"Wanita yang ada bersama Issac bukanlah wanita biasa." ucap Elio Javier, adik kedua Issac berbicara dengan adik-adik mereka yang duduk bersamanya disatu meja.

Yang lainnya hanya mengangguk.

"Kau rasa Issac akan jatuh cinta?" soal Luca Patrizio adik ketiga mereka.

"Aku rasa yeah, wanita itu terlihat sangat asing. tentu Issac menyukainya, dia adalah sesuatu yang baru untuk dicuba." ucap Elio Javier dengan tertawa terbahak.

"Aku setuju." Ucap Orlando Vicenz adik lelaki ke empat mereka.

Mereka semua tertawa seraya melagakan gelas yang berisikan bir didalamnya.

Nick Coronel, adik bongsu kepada Issac itu hanya diam tanpa berkata apa-apa. dia lebih mengenali sosok Issac berbanding yang lainnya.

mereka terus berdansa, Bibir Issac tiada hentinya mengukirkan senyuman. begitu juga dengan Izara.

Selesai sahaja sesi berdansa, kini memasuki acara open bar after party, dimana majlis ini jauh lebih santai berbanding acara dansa tadi. segala minuman keras telah disediakan diatas meja masing-masing seperti tin soda, bir, anggur atau pun koktail.

Issac memimpin tangan kecil milik Izara untuk mengajak gadis itu duduk bersamanya disatu meja yang berhampiran dengan keluarganya.

Issac memperlakukan Izara layaknya seorang anak kecil.

Share this novel

Tchr IzAn
2024-01-01 21:18:26 

Knp ada perenggan yg tertinggl

NUR FATHIA
2024-01-01 17:02:18 

x sabar tunggu sambungan❤️❤️❤️


NovelPlus Premium

The best ads free experience