"Izara. ini keluarga saya, sila duduk." ucap Issac pada Izara sekaligus mempersilahkan wanita itu untuk duduk di sebelah puan Laura.
Izara menganggukkan kepalanya, kemudian melabuhkan punggungnya duduk dikerusi dengan satu senyuman yang terukir diwajah comelnya.
"Selamat malam semua." sapa mesra dari wanita itu.
semuanya turut memberikan ucapan yang sama seraya tersenyum khas mereka.
"Hai, nama aku Elio Javier. adik kedua Issac!" ucap Elio menghulurkan tangan mahu berkenalan dengan Izara, wanita itu pun menyambut huluran tangan dari Elio.
saat Izara mahu melepaskan pegangan tangannya dari Elio, semakin kuat pula lelaki itu menggenggam tangannya seraya tersengih-sengih gatal.
Issac yang melihat reaksi tak selesa dari Izara langsung menepis kuat tangan adik nya itu.
"Adap dan sopan santun, Elio!" tegas Issac seraya menatap tajam kedua bola mata milik Elio.
Luca dan Orlando terus kecut perut, mereka tidak jadi melakukan hal yang sama kepada Izara, mereka hanya memperkenalkan nama biasa tanpa berjabat tangan.
Giliran Nick pula, anak berusia 16 tahun itu berjabat tangan dengan Izara penuh adab dan sopan santun. dia begitu tertarik dengan sosok Izara yang juga mampu menggetarkan jiwanya.
"Dari mana awak berasal?" soal Puan Laura pada Izara saat mereka sedang menikmati dessert khas Italy manakala Issac dan yang lainnya sedang meminum bir.
"Dari malaysia puan, saya menyambung belajar disini." ucap Izara.
"Oh, berapa lama lagi?" soalan demi soalan terus ditujukan tanpa memandang sedikit pun sosok Izara.
"Dalam 4 tahun macam tu." jawab Izara, tanpa merasa hairan. wanita itu terus menjawab dengan selesa.
Puan Laura hanya menganggukkan kepalanya dan tersenyum manis.
Majlis perkahwinan itu selesai pada pukul 11.30 malam waktu italia, Izara berpamitan pada seluruh keluarga Isaac.
"Senang berjumpa awak semua, semoga kita berjumpa dilain waktu." ucap Izara seraya tersenyum lebar, dia benar-benar bahagia bisa mengenal sosok Issac dan keluarganya.
Puan Laura dan Izara saling melagakan pipi, dan juga berpelukan sebelum wanita itu pergi dari gate wedding.
Keluarga Tuan Matthew menghantarkan gadis itu sampai dia masuk dengan selamat ke dalam grab yang dia pesan, mereka semua melambaikan tangan. dan Issac pula memberikan kode talifon seraya mengenyitkan sebelah matanya pada Izara, dua insan yang sedang dilanda asmara itu tak henti-hentinya tersenyum.
Mereka terus menunggu disana sehingga kenderaan yang Izara naiki tidak lagi terlihat.
Tuan Matthew dan Puan Laura melepaskan satu keluhan lega saat melihat kereta itu telah berada sangat jauh, bagaimana tidak. mereka baru sahaja duduk dengan orang asing yang sama sekali tidak mereka ketahui tentang identiti dirinya.
"Tiada yang terlepas cakap tentang keluarga kita kan?" soal Tuan Matthew dengan wajah serius.
Semuanya menggelengkan kepala, melainkan Issac yang leka dengan talifon bimbitnya. pantas tangan Puan Laura menepis talifon mahal itu sehingga remuk berderai jatuh ke atas lantai.
Tercengang seluruh anaknya melihat aksi agresif sang mama, manakala Issac hanya mampu mengetap rahangnya agar tidak terpancing emosi. Tuan Matthew hanya tersenyum sinis, dia mengambil tangan puan Laura kemudian mengusapnya dan menciumnya.
Issac yang saat itu sedang berbelas pesan dengan Izara langsung kehilangan mood nya, tangan lelaki itu mengutip serpihan kaca dari talifon nya. manakala Tuan Matthew dan Puan Laura sudah melangkah menunju kenderaan mereka.
"Kau orang balik lah dengan mama." ucap Issac pada Elio dan Luca yang masih tunak disitu dengannya.
"Kenapa? bukan ke tadi kita datang sama-sama?" soal Luca seraya memainkan keningnya.
"Kau tahu mood aku rosak? aku malas nak datang rumah papa, nanti macam-macam lagi aku kena soal." ucap Issac, wajah nya begitu serabut.
"Iya ke kau malas? atau sebab kau nak check in dengan perempuan cantik tu ..." ucap Elio seraya tersengih dan menyenggol bahu Luca. mereka berdua tersengih seperti sedang memerli Issac.
"Krakkk ..." suara itu datang dari tulang tangan Elio, Issac memintal tangan Elio dengan kuat sehingga tulang berulangnya berbunyi, sebagai pengajaran untuk anak yang masih bau kencur itu!
"Jaga mulut kau!" ucap Issac. Elio mencuba melepaskan genggaman tangan Issac yang mencengkamnya dengan kuat.
"Lepas lah!" pekik Elio, memberontak dan melawan.
Issac menoleh ke arah kiri dan kanan, disana masih ada beberapa orang yang masih berpesta. kerana tidak mahu merusakkan suasana, Issac melepaskan cengkraman itu seraya menepisnya.
"Kau ingat kau tu baik sangat ke?" ucapnya dengan nada perlahan seraya tersenyum sinis, tanpa menoleh ke arah Issac.
Issac yang mendengar itu langsung memegang dagu Elio dengan kuat sehingga adiknya merintih kesakitan.
Manakala Luca hanya diam tidak berani berbuat apa-apa.
Tatapan mata Issac telah tajam, lelaki itu seperti telah habis kesabarannya dengan tingkah biadap Elio. Issac menyeluk tangannya masuk ke dalam Tuxedo hitam dan mahu mengambil pistol yang dia letakkan didalam sana, Luca yang melihat itu langsung menutup Tuxedo milik Issac agar senjata api itu tidak dilihat oleh orang lain.
"Abang..ingat pesan papa." ucap Luca dengan gementar.
Issac melihat sekelilingnya, lelaki itu kembali meletakkan pistol berjenis smith disebalik Tuxedo yang dipakainya. semakin kuat tangannya mencengkram dagu Elio, hinggakan terasa ingin retak tulang rahangnya.
Tanpa berbasa-basi Issac melepaskannya, kemudian membetulkan jam arlogic di tangannya dan melangkah pergi meninggalkan Elio dan Luca di situ.
Kenderaan mewah milik Issac melaju meninggalkan hotel itu dan juga kedua adikya.
"Sial!" Bidas Elio dengan geram seraya mengusap bibirnya yang mengeluarkan sedikit darah.
"Jadi nak balik macam mana?" soal Luca.
Tuan Matthew tidak membenarkan anak dan isteri nya menaiki transportasi umum, kerana mereka benar-benar menjaga identiti diri dengan ketat.
"Kau talifon lah mama, kenapa bodoh sangat jadi manusia?" bentak Elio. Luca hanya menganggukkan kepalanya kemudian melakukan panggilan suara dengan Puan Laura.
Dan mereka berdua akan dijemput oleh pemandu pribadi dirumahnya.
"Kenapa Issac tinggalkan kamu berdua?" soal Tuan Matthew.
"Papa macam tak tahu pula, Issac kan nak berkencan dengan perempuan tadi." ucap Elio mengadu domba agar suasana semakin panas.
Luca hanya diam tanpa berkata-kata, menjadi sebahagian dari keluarga mafia bukan lah hal yang mudah untuk Luca. apalagi abangnya itu anak tersayang, tentu mama dan papa nya hanya akan mendengarkan semua omong kosong yang keluar dari bibirnya.
Tuan Matthew tersenyum sinis begitu juga dengan Puan Laura.
"Sayang ... mari." ucap Tuan Matthew dengan tersenyum seraya menadahkan tangannya mahu memimpin tangan Puan Laura.
Sepasang kekasih itu pergi meninggalkan ke empat anak nya di ruang keluarga.
* * *
"Aih ... tiba-tiba je tak online ni kenapa? dah tidur ke?" batin Izara seraya menatap pelik skrin talifon nya.
"Tadi bukan main beria lagi nak call, tak apa lah. maybe dia dah tidur lah tu." ucap wanita itu lagi tersenyum kecil, kemudian meletakkan benda pipih itu diatas meja bulat disebelah katilnya.
hari sudah pun larut malam menjelang subuh, Izara masih tidak dapat memejamkan matanya, sedangkan esok dia ada kelas seawal pukul 7 pagi.
"Aduhhhh mata ... kenapa kau tak mengantuk?" rungut Izara seraya memicit-micit bahagian bahwa matanya yang hampir naik sembab.
"Kenapa aku tiba-tiba rasa bahagia semacam? tak kan lah sebab lelaki tadi kot? apa yang istimewa sangat dari dia, sampai aku tak boleh hilangkan dia dari fikiran aku?" Izara berdialog seraya menatap bumbung syiling didalam biliknya.
"Tolonglah pergi dari kepala aku ni, aku nak tidur ... macam mana kalau esok aku terlambat, suhh ... suhhh ..." ucap Izara, acah-acah menghalau lelaki tadi dari dalam fikirannya.
Disisi lain Issac sedang meratapi talifonnya yang telah retak seribu, bagaimana jika nombor wanita itu hilang? dimana dia akan mendapatkannya? tolonglah, hanya itu satu-satunya akses untuk dia mengenal lebih rapat sosok Izara.
Issac mengacak-acak rambutnya, kepalanya terasa sangat berat kerana meminum begitu banyak bir. lelaki itu menoleh ke arah jam di dinding, sudah menunjukkan pukul dua pagi.
Lelaki itu melangkahkan kaki nya masuk ke dalam bilik air, kemudian tangannya menghidupkan pili dan mula merendamkan tubuhnya ke dalam bathtub yang di isi dengan air hangat. sejenak fikirannya menjadi tenang, dan lupa akan masalah-masalah pada hari ini.
* * *
Pagi itu Izara terlambat bangun kerana merasa begitu lelah, bagaimana tidak. satu hari itu dia habiskan untuk berada di wedding rakannya semalam. sehingga pagi ini dia tidak sempat untuk mandi dan juga memoleskan wajahnya dengan skincare.
itu semua tidak penting, yang terpenting adalah dia sudah berada didalam kelas sebelum pensyarah hadir.
pagi itu Issac mengirimkan pesan kepada Izara, tetapi wanita itu tidak menjawabnya. selepas beberapa jam tiada jawaban, Issac tidak lagi menghantarkan pesan. mungkin saja wanita itu sedang sibuk dengan urusannya?
Baru sahaja tubuhnya mahu bangkit dari atas katil, satu notifikasi masuk dari group keluarga mereka.
Tuan Matthew "Papa mahu, Issac dan Elio pergi ke tempat ... menghantarkan barang yang telah dipesan oleh Tuan Patrick, sekarang!"
Saat membaca pesan itu Issac langsung melepaskan satu keluhan yang panjang, apakah tiada tugas lain untuknya selain daripada mengambil narkoba, berlian, mengambil keuntungan atas orang lain, dan juga memperjual belikan wanita.
Sejujurnya dia sudah letih dengan dunia hitam yang telah merusaknya, dia juga ingin menjadi seperti manusia lainnya yang sentiasa bebas menikmati kehidupan mereka.
Mahu tidak mahu lelaki itu bersiap-siap untuk pergi mengambil sesuatu yang dikatakan oleh Tuan Matthew. seluruh pakaian berwarna hitam telah dia sarungkan ditubuhnya, tak lupa juga topeng hitam untuk menutupi wajahnya dia gunakan agar tidak dikenali oleh para polis dan mafia-mafia lain yang selalu memburu keluarganya.
Kini Issac telah berubah. sosoknya benar-benar tidak dapat dikenali oleh orang awam, kecuali orang itu telah melihat matanya dari jarak yang dekat, sehingga dia bisa mengenali sosok Issac melalui mata tajamnya.
Kereta hitam jenis Alfa romeo itu melaju kencang meninggalkan villanya dan akan menjemput Elio yang sudah menunggu dirumah Tuan Matthew.
Saat semua kenderaan berhenti di trafig light. Issac meliarkan matanya memandang sekeliling, bimbang jika ada musuh yang mengikuti kendaraan mereka dari belakang.
Disebelah kereta mereka pula ada bas khusus pelajar university, Izara yang saat itu berada didalam bas menumpukan seluruh pandangannya pada sebuah kereta, pemandu didalam itu terlihat tidak asing, dia seperti mengenalinya. tetapi siapa? dan dimana?
Belum sempat Izara menangkap gambar lelaki itu, kereta itu terlebih dahulu memecut dengan laju sebelum lampu sepenuhnya berwarna hijau, sangat laju seperti pelesit yang hilang sekelip mata.
Wanita itu hanya menghela nafas, kemudian kembali menyimpan talifon bimbitnya.
Sebelum Izara tersedar dengan pemandu didalam kereta itu, Issac sudah terlebih dahulu melihat Izara. itulah sebabnya Issac langsung memecut laju keretanya.
Share this novel