Rate

BAB 3

Romance Completed 3243

Khilaf lalu yang dibongkarkan si ibu membuatkan dia terdiam lama. Siapa tidak kenal Khawarizmi Ubaidy.

Zaman sekolah, zaman kolej dan zaman kerja. Bersusun koleksi gadis-gadis yang diangkat sebagai kekasih tidak halal. Sebut sahaja bangsa dan agama. Mujurlah satu perkara saja yang Khawarizmi pegang.

"Umi, sejahat Izmi... belum pernah lagi Izmi rosakkan anak dara orang."

“Tapi Izmi hancurkan hati mereka!" Balas Hajah Nur geram. Izmi mati kata.

“Sakit sangatkah umi?" Hajah Nur tepuk dahi.

“Tuan insinyur Khawarizmi Ubay!" Khawarizmi angkat muka.

“Sama sakit macam orang lelaki mati pucuk!" Erk... Khawarizmi senyum tawar. Ngilu rasa bila si ibu cakap begitu. Khawarizmi merenung kipas yang laju berpusing.

“Sekarang siapa yang dayus sebenarnya?"

“Tak siap lagi Izmi ?” Si anak panggung kepala. Gadjet di tangan diletak atas meja. Menelek si ibu yang sudah bergaya ala mak datin, si anak buat muka pelik. Hajah Nur kerut dahi.

Masih dengan baju tanpa lengan dan seluar pendek, si anak ralit dengan gadjet. Hai, gaya macam semalam dia pesan pada angin. Semalam, awal-awal lagi dah pesan. Boleh pulak dibuat dunno dek si anak.

“Lawa mak. Nak ke mana?” Mata kembali pada tab. Layan game yang tinggal lagi satu stage untuk mengalahkan si Ezra.

“Izmi dah mandi?” Geleng.

“Izmi dah lupa?” Geleng.

“Khawarizmi Ubay!” Tab di tangan anak dirampas lalu dimasukkan dalam beg tangan. Si anak ternganga. Tangan menggaru kepala. Dia bertanya tanpa suara kepada si ibu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience