Rate

BAB 5

Romance Completed 3243

Rupanya mak memendam rasa. Ingatkan mak setuju dengan tindakannya. Hajah Nur cuma untuk mengawal amarah.

“Izmi terima atau tidak Izmi tetap kena kahwin jugak." Haa... sudah. "Dengan sapa?" Taknak dengan perempuan yang curang tu. Buat tambah sakit hati. Geram pula bila diingat hal hari tu.

“Mak..."

“Izmi suka buat mak susah hati ker?" Jeda. Khawarizmi tunduk memandang bawah.

“Ini saja cara untuk buat Izmi jadi seorang yang bertanggungjawab. Izmi kena nikah dengan calon pilihan mak."

“Mak..." Khawarizmi terkesima. Hajah Nur jatuh hukum wajib.

“Walau siapapun dia bakal isteri Izmi, mak minta satu saja. Tolong terima dan jaga hati dia. Cukup-cukuplah Izmi lukakan hati anak dara orang. Cukup sekali ini saja." Hajah Nur kesat air mata yang mula mengalir.

“Kenalkan Sr Ammad." Khawarizmi angkat muka. Lelaki di hadapannya tersenyum manis. Mata dia mengecil. Rasa macam pernah jumpa.

“Ir Khawarizmi kan?" Murah betul dengan senyuman. Khawarizmi bangun dan menyambut salam lelaki berkaca mata tanpa bingkai itu.

“Kita pernah jumpa?" Arkitek dengan jurutera, dunia kejuruteraan tidaklah besar mana. Tapi neuron dalam kepala Khawarizmi bekerja keras cuba untuk mengecam figura berkarisma ini.

“Tunang Ietza kan?" Gulp. Khawarizmi rasa macam darah menderu naik berpain-pain. Patut macam pernah tengok. Rasa macam mahu genggam penumbuk.

“Saya sepupu Ietza." Dan... kali ini Khawarizmi rasa darahnya macam kena sedut bergelen-gelen. Sepupu?

“So, you all dah kenal kan. Jom kita mulakan mesyuarat." Datuk Fajmy bersuara. Khawarizmi rasa longlai. Pada Ezra di sebelah dia memandang sayu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience