Rate

BAB 2

Romance Series 4377

Dia memang tampan dan segak orangnya. Dengar cerita, As'ad adalah berdarah kacukan Melayu dan Arab. Itu sebab dia nampak sangat menarik perhatian perempuan perempuan.

Namun, hari ini Sufiya telah buat satu perkara yang mustahil untuk berlaku dikalangan staf Hotel Viagra, sebuah Hotel yang diwarisi oleh milik As'ad daripada Dato' Sri Pandikar Amin.

Tadi, ada seorang staf situ buat silap dan As'ad memarahinya dan ingin memecat wanita itu tanpa sebarang notis. Tetapi Sufiya sebagai wanita turut merasakan. Rasa tak patut.

"Kalau asyik macam ni hari-hari, boleh lingkup kedai aku. Baik kau belah! " As'ad, begitu bengang kerana masakkan hari ini tidak sama rasa macam selalu.

Wanita itu meminta maaf kepada As'ad. Ia baru sahaja belajar dan perlu tunjuk ajar meskipun begitu.

"Apa hal tu weih? Bos marah-marah boleh dengar satu kedai ni. " Sufiya meremang bulu roma apabila dia dengar saja suara bosnya jerit-jerit memarahi perempuan itu.

"Maaf bos, saya masuk campur. "

"Kanda jangan marah, nanti dinda berdarahh.. " entah apa lagu yang Sufiya nyanyikan. Dia reka sendiri bagi jinakkan singa yang garang.

Sebenarnya, Sufiya nampak As'ad seperti nak gelak namun dia tahan.

Hingga As'ad nak marah pun tak jadi kerana Sufiya telah mencuit hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience