Rate

BAB 1

Romance Series 4377

Panahan matamu menggetarkan jiwaku. Hingga diriku, demam cinta mahukan kau disisiku

?

"Kau memang dahsyat la Fia, aku tabik spring kat kau. " Aline, tabik spring pada Sufiya bagaikan askar wataniah. Aline macam tak percaya yang Sufiya mampu menjinakkan diri As'ad, si bos yang garang macam singa. Semua staf di situ begitu takut dengannya. Bila baik, baik betul. Bila naik angin, jadi hantulah jawabnya. Ada angin monsun tropika bertukar. Mengikut iklim semasa mungkin.

Dia memang tampan dan segak orangnya. Dengar cerita, As'ad adalah berdarah kacukan Melayu dan Arab. Itu sebab dia nampak sangat menarik perhatian perempuan perempuan.

Namun, hari ini Sufiya telah buat satu perkara yang mustahil untuk berlaku dikalangan staf Hotel Viagra, sebuah Hotel yang diwarisi oleh milik As'ad daripada Dato' Sri Pandikar Amin.

Tadi, ada seorang staf situ buat silap dan As'ad memarahinya dan ingin memecat wanita itu tanpa sebarang notis. Tetapi Sufiya sebagai wanita turut merasakan. Rasa tak patut.

"Kalau asyik macam ni hari-hari, boleh lingkup kedai aku. Baik kau belah! " As'ad, begitu bengang kerana masakkan hari ini tidak sama rasa macam selalu.

Wanita itu meminta maaf kepada As'ad. Ia baru sahaja belajar dan perlu tunjuk ajar meskipun begitu.

"Apa hal tu weih? Bos marah-marah boleh dengar satu kedai ni. " Sufiya meremang bulu roma apabila dia dengar saja suara bosnya jerit-jerit memarahi perempuan itu.

"Maaf bos, saya masuk campur. "

"Kanda jangan marah, nanti dinda berdarahh.. " entah apa lagu yang Sufiya nyanyikan. Dia reka sendiri bagi jinakkan singa yang garang.

Sebenarnya, Sufiya nampak As'ad seperti nak gelak namun dia tahan.

Hingga As'ad nak marah pun tak jadi kerana Sufiya telah mencuit hatinya.

"Lain kali kalau kau ulangi kesilapan tadi, aku pecat kau tanpa notis."

Usai mesyuarat, semua staf beredar dan buat kerja masing-masing. Sufiya diperintahkan oleh As'ad dan dia harus bertugas di dewan undangan khas. Sufiya harus menyusun atur menu hidangan untuk jemputan VVIP yang bakal hadir ke hotel ini.

Sufiya masuk ke dapur untuk menyediakan menu pencuci mulut iaitu puding caramel filling. Setelah beberapa minit berperang di dapur, akhirnya Sufiya selesai sudah membuat puding caramel filling. Dia punya caramel, memang memekat dan memikat rasa.

Sesudah semuanya sempurna, Sufiya membawa beberapa piring puding karamel ke meja VVIP untuk dihidangkan kerana hanya beberapa jam dari sekarang orang ternama akan hadir.

Sedang Sufiya menyusun atur menu, dan sebagainya bagi menampakkan ia kelihatan rapi, As'ad dengan gaya lagaknya bersahaja datang menghampiri Sufiya. Sufiya sedar itu namun dia buat tak tahu.

"Dah siap semuanya? " tanya Tuan Muda As'ad.

"Tinggal lagi 1% je bos. " Sufiya dan anak buahnya bertungkus-lumus menyiapkan projek yang diperintahkan As'ad semasa mesyuarat dijalankan sebentar tadi. Masanya begitu singkat untuk menyempurnakan majlis perasmian Hotel Viagra ini.

"Hmm.. Bagus. " as'ad melihat stafnya melaksanakan tanggungjawab dengan bagus. Itu sebab hatinya lembut. Sufiya pun menjadi senang.

Sufiya hairan dan pelik dengan sikap bosnya. Sungguh misteri dan menggerunkan staff. Nampaknya, Tuan As'ad ingin menuju ke arah dapur. Lekas lekas Sufiya mengekori langkah As'ad. Kelihatan puding karamel Sufiya menjadi sasaran utama As'ad.

Lantas as'ad mencapai sudu dan merasai nikmat puding karamel sufiya. Entah apa silapnya, serta merta As'ad menjadi angin satu badan hanya kerana puding karamel Sufiya yang tak kena pada tekaknya.

"Kau yang masak puding ni kan? Rasa tah apa-apa! Macam longkang! " seraya as'ad ambil puding Sufiya dan dibuang ke dalam tong sampah. Susah-susah Sufiya masak puding karamel itu tetapi senang-senang Tuan As'ad membuangnya ke dalam tong sampah. Hati Sufiya saat ini, terasa bagaikan dilumat-lumat. Hehe Hendak marah dia, tak boleh. Dia kena juga jaga kehormatan seorang majikan. Sufiya hanya mampu bersabar.

Sufiya diam sahaja dan tidak berani hendak melawan.

"Agak-agak lah nak bagi VVIP makan rasa macam tongkang. Buat yang baru! "

____________________________________

"Tapi mummy, takkan Fia nak batalkan pernikahan ni semata-mata gambar palsu tu? " Asfan, seakan tidak percaya apa yang dijelaskan oleh mummy Sufiya iaitu Puan Roza Jalil sebentar tadi.

"Betul nak. Mummy dah cuba pujuk dia. Dia tetap berkeras tak mahu teruskan pernikahan ini. "

"No mummy, Asfan tetap nak Fia. Dia cinta pertama yang hadir di jiwa Asfan! " Asfan bertekad hendak lakukan apa sahaja untuk mendapatkan Sufiya semula meskipun mustahil baginya.

Laju langkah Asfan menuju ke arah keretanya yang diparkir di laman rumah Puan Roza.

Dan kereta Honda milik Asfan laju meluncur ke tempat kerja Sufiya.

Asfan datang ke tempat kerja Sufiya di Hotel Viagra. Asfan buat kecoh ganggu Sufiya yang sedang menjalankan tugas.

"Hey, you! " Asfan menarik tangan Sufiya dan bawa Sufiya ke satu tempat dimana hanya mereka berdua sahaja supaya perbincangan mereka lebih kepada privasi.

Dari dulu lagi, Sufiya tak berapa suka dengan Asfan kerana setahunya, Asfan seorang lelaki playboy yang suka mempermainkan perasaan wanita. Tetapi, entah apa yang mummy suka sangat dengan Asfan. Mana tidaknya, lelaki itu bijak berlakon.

_______________

"Rimas betul lah aku dengan Cik Fia tu. Asyik suruh kita buat macam-macam. "

"Aku pun. Tengok la apa aku nak buat dekat dia nanti. Mentanglah dia asisten supervisor bos, "

"Yela, dia berjawatan. Kita ni apa je. "

"Kau dua orang ni tak ada kerja lain eh? Asyik nak mengutuk Cik Fia. Cik Fia cuma menjalankan tugas dia. Dia pun terima arahan dari orang atasan. Bukan suka-suka nak arah korang. " Haqiem, tidak suka Aishah dan Syasya mengutuk sekeras-kerasnya Sufiya.

______________

Sufiya harus memeriksa stok simpanan yang disimpan di dalam bilik stor simpanan bagi memastikan barang yang mencukupi. Dia bertanggungjawab melakukan hal tersebut bersama dengan anak buahnya . Namun, Sedang Sufiya sibuk memeriksa kotak-kotak, dia langsung tidak sedar ada orang memerhatikannya. Sepantas kilat,  Sufiya di tekup mulut dan dia dipaksa diam sementara lagi seorang mengikat tangan dan kaki Sufiya pada kerusi. Lantas selepas itu, mulut Sufiya ditampal dengan duth tape hitam.

"Hahah.. Mereputlah kau kat situ. Jom beb kuncikan pintu ni. "

Dia tak dapat lihat siapakah orang yang ikatnya kerana mereka memakai face mask.

Pintu dikunci dari dalam agar tak ada yang dapat membuka pintu tersebut. Sufiya ditinggalkan dan dikurung dalam bilik stor dalam keadaan berikat.

Tidak lama kemudian, Haqiem yang ingin ke bilik stor terdengar suara desahan di dalam bilik stor itu. Bila dia cuba memulas tombol pintu, berkunci dari dalam menyukarkan usaha Haqiem untuk membukakannya. Namun, mujur dia punya kunci pendua bilik stor tersebut. Alangkah terkejutnya Haqiem apabila dia melihat Sufiya dalam keadaan berikat pada kerusi.

"Ya Allah, Cik Fia. " seraya Haqiem meleraikan tali ikatan yang diikatkan pada badan Sufiya.

"Mmmmppp. "

Setelah Haqiem meleraikan tali yang beeikat pada badan Sufiya, Haqiem bantu Sufiya yang sukar hendak bangun. Lemas rasanya diikat.

"Terima kasih Qiem, kalau awak
tak tolong saya, mati saya. "

Keesokan harinya, As'ad mendapat tahu dari sahabatnya iaitu Haqiem yang Sufiya ditemui dalam keadaan berikat dan terkurung dalam bilik stor. As'ad memanggil semua staff ingin mereka sendiri akui siapakah yang punya angkara mengikat dan kurung Asisten As'ad. Sufiya juga ada.

"Syasya, Megat. "Dua nama yang disebut oleh As'ad membuat mereka tak berani nk angkat muka.

"Jangan ingat korang berdua pakai face mask, aku tak tahu. Aku check CCTV! "  CCTV yang berpasang di dalam bilik stor simpanan mampu mengesan orang hingga mata.
Itu sebab, As'ad boleh kecam siapa punya angkara

"Tak tahu la bos, mereka benci saya. Arahan saya diaorg rasa beban. " kata Sufiya dengan nada malas dan juga kecewa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience