Rate

BAB 3

Romance Series 4377

"Lain kali kalau kau ulangi kesilapan tadi, aku pecat kau tanpa notis."

Usai mesyuarat, semua staf beredar dan buat kerja masing-masing. Sufiya diperintahkan oleh As'ad dan dia harus bertugas di dewan undangan khas. Sufiya harus menyusun atur menu hidangan untuk jemputan VVIP yang bakal hadir ke hotel ini.

Sufiya masuk ke dapur untuk menyediakan menu pencuci mulut iaitu puding caramel filling. Setelah beberapa minit berperang di dapur, akhirnya Sufiya selesai sudah membuat puding caramel filling. Dia punya caramel, memang memekat dan memikat rasa.

Sesudah semuanya sempurna, Sufiya membawa beberapa piring puding karamel ke meja VVIP untuk dihidangkan kerana hanya beberapa jam dari sekarang orang ternama akan hadir.

Sedang Sufiya menyusun atur menu, dan sebagainya bagi menampakkan ia kelihatan rapi, As'ad dengan gaya lagaknya bersahaja datang menghampiri Sufiya. Sufiya sedar itu namun dia buat tak tahu.

"Dah siap semuanya? " tanya Tuan Muda As'ad.

"Tinggal lagi 1% je bos. " Sufiya dan anak buahnya bertungkus-lumus menyiapkan projek yang diperintahkan As'ad semasa mesyuarat dijalankan sebentar tadi. Masanya begitu singkat untuk menyempurnakan majlis perasmian Hotel Viagra ini.

"Hmm.. Bagus. " as'ad melihat stafnya melaksanakan tanggungjawab dengan bagus. Itu sebab hatinya lembut. Sufiya pun menjadi senang.

Sufiya hairan dan pelik dengan sikap bosnya. Sungguh misteri dan menggerunkan staff. Nampaknya, Tuan As'ad ingin menuju ke arah dapur. Lekas lekas Sufiya mengekori langkah As'ad. Kelihatan puding karamel Sufiya menjadi sasaran utama As'ad.

Lantas as'ad mencapai sudu dan merasai nikmat puding karamel sufiya. Entah apa silapnya, serta merta As'ad menjadi angin satu badan hanya kerana puding karamel Sufiya yang tak kena pada tekaknya.

"Kau yang masak puding ni kan? Rasa tah apa-apa! Macam longkang! " seraya as'ad ambil puding Sufiya dan dibuang ke dalam tong sampah. Susah-susah Sufiya masak puding karamel itu tetapi senang-senang Tuan As'ad membuangnya ke dalam tong sampah. Hati Sufiya saat ini, terasa bagaikan dilumat-lumat. Hendak marah dia, tak boleh. Dia kena juga jaga kehormatan seorang majikan. Sufiya hanya mampu bersabar.

Sufiya diam sahaja dan tidak berani hendak melawan.

"Agak-agak lah nak bagi VVIP makan rasa macam tongkang. Buat yang baru! " jerit as'ad

Terpaksa jualah Sufiya akur. Demi kehendak boskurr.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience