Langit malam itu ditenung dengan senyuman yang masih tidak lengkang dari wajahnya. Masih terbayang cara gadis itu mengelap sisa coklat yang ada di pipi.
Tangan mula menyentuh dengan lembut. Sejurus itu terus sahaja dia menggelengkan kepalanya.
"Tengku Aisy Rizqy, kau dah angau ni!" jerit jejaka itu dengan geram. Tetapi masih dipenuhi senyuman.
"Only she can make my heart melting, what a weird feeling." bebelnya sendiri.
Tanpa dia sedar, dua orang jejaka memandangnya dari jauh.
"Aku rasa something jadi dekat Riz ni. Kenapa dia berubah siak. Dia jadi soft ngan kita. Dia berubah perwatakan. Dia bukan Riz yang ganas weyh " bebel Iman dengan curiga.
Aiman memandang Iman dengan pelik lalu melemparkan pandangan ke arah Riz semula.
"I feel you too, bro. Dia macam tiba-tiba murah senyuman. Biasa dia lah orang yang susah nak senyum. Apa jadi dekat dia ni?"
Fikiran mereka dipenuhi dengan pelbagai persoalan.
Apa terjadi? Kenapa Riz tak hot temper macam dulu? Pelik.
Langkah terus diaturkan kearah jejaka. Senyuman cuba untuk diukirkan.
" Oi Riz, kau kenapa. Dari balik hospital kau tersenyum sorang - sorang. Ada something nak share ke bro?!" soal Aiman tanpa ragu - ragu.
Riz memandang jejaka itu lalu memandang Iman. Senyuman terukir lagi.
"Nothing."
Iman memandang Aiman lalu mengeluh.
"Kau ada something , tapi kau tak nak bagi tahu. Kau jangan sampai aku pergi hospital Riz." ugut Iman. Riz memandang Iman lalu tersenyum.
"Okay fine, something weird just happened to me." jelas Riz dan itu membuatkan Iman dan Aiman memandang pelik.
"Apa dia?"
"Apa dia?"
Serentak dua jejaka itu bertanya.
"Tadi waktu aku pergi lawat Raisya, ada sorang perempuan. Manis, comel pun ada. Dia menangis sebab dia tak nak hilang Raisya, macam apa yang aku rasa. Aku tenung dia dari luar, and the surprise part is, dia buat Raisya bangun dari koma."
Riz menarik nafasnya sebelum menyambung ceritanya semula.
" Tapi, Raisya pandang aku dengan jelingan. Aku geram, so aku tarik perempuan tu keluar. Dia tak takut, dia berani, siap lapkan sisa coklat kat tepi mulut aku. Aku pun pel-"
" Wah, siap lapkan sisa coklat bhai. Aku nak juga, tak aci weyh!" rengek Aiman.
Riz memandang Iman lalu tergelak kecil. Dahi Aiman ditepuk.
" Sorry, dia aku punya. " selamba sahaja Riz berkata. Iman dan Aiman memandang antara satu sama lain dengan reaksi terkejut.
"Kau punya?!"
"Kau punya?!"
Riz memandang mereka dengan senyuman.
"Yup, aku punya." terus langkah diaturkan memasuki rumah.
Iman memandang Aiman lalu tersenyum. Langkah terus mengejar Riz.
"Share lah!" jerit Aiman lalu mula berlari.
"No she is mine!" jerit Riz lalu melangkah ke dalam bilik.
Iman memandang kedua kawannya itu lalu tersenyum. "Aku pun rindu, Isya Danisya." secara tidak sengaja, Iman melafazkan nama itu.
Kepala digeleng dengan segera.
" Iman, kau jangan macam Riz. Angau!" terus langkah diaturkan. Pintu dikunci rapat dan mula memasuki bilik.
* * *
" Isya Danisya!!! " jeritan seumpama naga dilepaskan. Isya yang sedang bersiap terus sahaja gelabah.
"Ye, kejap. Aku sikit je lagi ni!!"
Nurfa menarik nafasnya sedalam yang mungkin.
" Cepat sikit, hari ni Lis keluar hospital. Cepat lah!!" bebel Nurfa. Langkah terus sahaja laju melangkah tangga rumah.
Nurfa menggelengkan kepalanya melihat telatah kawannya itu.
" Kau buat apa dekat atas?!" soal Nurfa geram.
"Awning aku tak betul. Susah tahu tak?!" bebel Isya. Nurfa memandang Isya lalu mengeluh.
"Awning lawa ke tak lawa ke, kau dah memang cantik. Okey?"
Isya mengukirkan satu senyuman manis.
"Okey babe!"
Tangan terus ditarik, kunci kereta dicapai. Berbunga hatinya apabila dipuji Nurfa.
Nurfa hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja. Tidak mampu berkata apa-apa. Kalau dibiarkan lagi boleh jadi gila.
Enjin kereta dihidupkan, dan terus memandu pergi. Bayangan kereta mulai hilang sikit demi sedikit dibalik asap.
***
Baju diletakkan dengan kemas didalam bag galas. Barang peribadinya juga di periksa beberapa kali.
" Purse, ada. Phone, ada. Ouh ya, my necklace,and here we are. So, settle tak ada apa lagi."
Jam tangan dipakai kemas. Senyuman mula terukir. Nurfa dan Isya yang baru sahaja datang itu memandang antara satu sama lain.
"Awalnya kau kemas. Aku dengan Ica baru nak tolong."
Lisa memandang Nurfa lalu tersenyum. " Eh, dah kau lambat sangat. Tu aku kemas dulu. lagipun dah siap dah ni. "
Isya memandang Nurfa lalu tersenggih. "Aku tahu lah salah aku, halah tu pun berkira."
Nurfa memandang Isya lalu tersenyum.
"Now tahu pun diri sendiri salah." langkah terus diaturkan ke arah sofa yang ada di hadapan.
Isya memandang Nurfa lalu tersenyum mengejek. Lisa hanya mampu memandang kedua gadis itu dengan senyuman.
"So, let's go!" bag digalas kemas. Jam dibetulkan. Rantai dipegang erat.
Belum sempat dia melangkah keluar, laluan dia dihalang oleh tiga orang jejaka. Isya dan Nurfa memandang ketiga-tiga jejaka itu dengan geram.
" Eh, budak roti!"
" Lah kau lelaki rak?! "
Mata bertemu mata. Secara tiba-tiba perasaan marah ingin dilepaskan.
Isya merenung wajah Iman dengan geram.
"Minah ni lagi!"
"Mamat poyo ni lagi."
Lelaki itu memandang geram. Isya hanya menayangkan wajah selamba kepada Iman.
Riz memandang Lis yang sedang memerhati mereka bergaduh. Tinggi disamakan bagi menyenangkan perbualan.
Lis memusingkan wajahnya, jelas wajah milik Riz betul - betul berada di hadapannya. Ya, seinci sahaja muka mereka.
" Kau dah nak keluar hospital?" soal Riz dengan suara maskulin. Aroma wangian itu membuatkan Lisa memandang Riz tanpa berkelip.
Riz memandang Lisa lalu tersenyum. Rantai yang ada di tangan Lisa di ambil lalu di pasang di jam tangan Rolexnya.
Lisa memandang Riz pelik.
" Kenapa awak ambil rantai saya?" soal Lisa polos. Kini, situasi itu dilihat oleh dua pasangan yang baru sahaja habis bergaduh tadi.
"Kau dah nak keluar kan, so aku ambil rantai kau. Sebab kalau aku rindu, senang aku pandang je rantai ni. Betul tak, Lisa Mikayla?"
"Awak ingat nama saya?" muka polos ditayangkan.
" Aku akan ingat nama orang tu kalau aku dah mula sayang orang tu." selamba sahaja Riz berkata.
Wajah Lisa mulai merah. Dua pasangan yang dari tadi memerhati mula memandang antara satu sama lain.
Riz ditolak ke belakang.
" Emm, awak nanti cakap dekat Raisya. Jaga diri. Saya sayang dia. "
Riz memandang Lisa lalu tersenyum.
"Kau tak nak sayang aku?" soal Riz selamba.
Lisa memandang Riz lalu tergelak. "Tak nak, lambert lagi!"
Terus sahaja langkah diaturkan. Isya dan Nurfa memandang antara satu sama lain lalu mula membontoti Lisa.
Aiman memandang Nurfa lalu ketawa. "Bye budak roti!"
Tapi dibalas dengan jelingan. Iman memandang Isya lalu tersenyum.
"Bye, budak parking!"
"Ha ye bye budak tak sedar diri."
Selamba sahaja Isya menjawab. Bayangan tiga gadis itu mula hilang disebalik orang ramai.
Riz memandang dua jejaka itu dengan senyuman.
"You make a step closer now, dude." jelas Riz dan hanya dibalas dengan senyuman kerang busuk oleh mereka.
"Eleh, kau kata orang, tapi kau. Makin dekat nampak."
Iman memandang Aiman lalu tersenyum.
"Takut tiba-tiba hati dimiliki."
Laju langkah diaturkan. Ambang maut bakal membuat mereka ketakutan.
Riz hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja melihat telatah dua jejaka itu.
"I will." langkah terus diaturkan mengikuti mereka. Sepanjang perjalanan itu, Riz hanya mengukirkan senyuman sahaja.
.
.
.
To be continued
Share this novel