Dua figura manusia menarik perhatian Riz untuk terus berjalan. Mata dikecilkan supaya penglihatannya dapat menangkap siapa kah gerangan dua figura itu.
"Aisy, kena janji dengan Airin tahu tak?" soal gadis itu dengan wajah yang kurang menyenangkan.
"Aisy kena janji apa dengan Airin?"
"Aisy kena janji dengan Airin supaya tiada seorang pun yang akan ganti tempat Airin dalam hati Aisy."
Wajah Riz dikerutkan. Ya, dia kenal suara gadis itu. Gadis yang pertama kali membuat hatinya berbunga.
"Aisy janji, okey?"
"Tapi ada lagi satu yang Airin nak bagitau Aisy."
"Apa dia?"
"Tiada seorang pun mampu gantikan nama Airin dalam ingatan Aisy. Ingat tu, lepas Airin balik dari UK, kita sama - sama jalinkan perasaan cinta ni. Okey?"
"Okey!"
Riz menggelengkan kepalanya.
"No, hati aku bukan dekat dia lagi. Lepas dia pergi UK, tiada satu khabar berita pun tentang dia. Sekarang aku tak ada perasaan untuk dia!"
"Ye perasaan awak hanya untuk saya, percaya lah." bergema suara itu didalam kotak fikirannya.
"Tak, perasaan aku sekarang untuk someone!! Pergi!"
Mata terus dibuka. Peluh yang menitis di dahi dilap. Nafasnya naik turun dengan laju.
"She come again in my mind."
Selimut ditarik semula. Badan direbahkan tetapi matanya masih terbuka. Memikirkan apa yang akan terjadi.
Langit malam ditenung sepi. Tanpa dia sedar, nafas berat dihembus.
"Never mind. She is not mine anymore."
Mata cuba dipejamkan. Situasi tadi cuba dilupakan. Akhirnya, Riz terlelap dibuai mimpi.
* * *
Kot yang ada dibetulkan. Jam dipakai kemas. Tali leher diikat kemas.
"Rizqy, new life. Il segreto ultimo del successo. Non innamorarti, di nuovo."
Selitan Itali itu membuatkan dia teringat akan bumi Itali yang sudah lama tidak dijejak.
Langkah diaturkan dengan bergaya menuju ke ruang makan. Iman memandang jejaka itu dengan pelik.
" Kenapa kau menjerit malam tadi? "
Soal Iman tanpa ragu-ragu. Riz memandang Iman lalu mengeluh.
"Kau mimpi dia lagi?"
"Who?"
"Airin."
"I don't want to talk about her anymore."
Iman mengeluh kasar.
"Sampai bila Riz, sampai bila kau nak simpan perasaan terseksa kau ni?! Sampai bila Tengku Aisy Rizqy?!" soal Iman, kini suaranya sudah naik seoktaf.
Riz menggenggam garfu itu dengan erat.
" Suka hati aku sampai bila aku nak simpan! Aku dah tak nak ada kena mengena dengan perempuan tu lah! "
" She has a name you know! And her name is Tengku Khairina Airin! Jujur dengan aku, Aiman sebagai saksi, kau sayang kan dia lagi atau tak?!"
Aiman yang baru sahaja keluar dari dapur memandang pelik.
" APA? " tapi hanya di balas dengan jelingan Iman.
"Tengku Aisy Rizqy, jawab soalan aku!"
"Aku dah benci dia lepas dia pergi UK. Dia tinggalkan aku buat selamanya. Perasaan aku untuk Tengku Khairina Airin dah mati. Sekarang, perasaan aku untuk perempuan lain! "
Garfu yang ada di tangan dibaling. Itu sahaja cukup membuat mereka terkaku.
"So then, jom!"
Riz dan Aiman memandang antara satu sama lain. Mata merenung ke arah Iman.
"Pergi mana?" soal Riz polos.
"Kau kata kau sayang someone . The girl that you meet at the hospital. So why not, kau luah kan kat dia?!"
Riz berfikir sejenak. Sama ada ingin meluahkan atau menyimpan.
"It's okay, baru kenal. Aku simpan dulu perasaan aku."
Iman memandang Riz dengan senyuman.
"That my man, be gentle dude."
Aiman yang masih terkaku dengan apa yang berlaku tersedar apabila bunyi loceng kedengaran.
Iman, Riz dan Aiman memandang serentak ke arah pintu rumah mereka.
"Who is coming?" soal Iman.
Aiman memandang Riz lalu memandang kearah Iman.
"Memang aku guard yang ada super power yang tahu semua benda kan?" perli Aiman.
Iman hanya mampu menayangkan gigi putih nya sahaja.
"Pergi la tengok bongok!" marah Riz. Aiman memandang Riz lalu tersenyum.
"K Riz k."
Langkah terus diaturkan ke arah pintu. Tombol pintu dipulas perlahan. Lemah tulang lututnya apabila bekas tunangnya atau lebih kepada bakal isterinya berada di hadapannya setelah dia ditinggalkan dulu.
" Emily?!"
"Emily?!"
"Emily?!"
Soal Riz dan Iman serentak. Aiman memusingkan wajahnya ke arah mereka.
"Emily, s-she is m-my b-bekas tunang." tergagap - gagap Aiman berbicara.
Riz dan Iman memandang antara satu sama lain.
Emily yang ada di hadapan diendahkan.
"You tak nak jemput I masuk ke?"
Aiman memandang Emily lalu tersenyum kelat.
"Sorry Emily but this is a man house. Perempuan like you tak boleh masuk." mendatar sahaja jejaka itu menjawab.
"Emily tidak mengendahkan lalu melangkah masuk ke dalam rumah.
Riz dan Iman yang agak terkejut itu memandang antara satu sama lain.
" What is she try to do?! " soal Riz dengan suara naik seoktaf. Emily melangkah ke arah Riz lalu memegang tali leher milik Riz.
"I saja je nak masuk. Why baby boy?" Riz memandang Aiman dan Iman silih berganti.
"Please jauhkan dia dari aku, sebelum ajal dia aku tamatkan dekat sini."
Tali leher masih dipegang kemas. Aiman ingin melepaskan tetapi lututnya menjadi lemah. Kisah silamnya bakal terjadi kembali.
Iman yang ada disebelah juga tidak mampu membuat apa - apa.
" Baby boy, kenapa garang sangat ni?"
Emily yang mula memggedik bagaikan beluncas tak cukup kain mula bergerak.
Riz yang tidak mampu bertahan lagi mula menarik rambut milik Emily ke belakang.
"Sumpah aku kata, siapa kau nak sentuh aku?!"
"Arghh, sakit lah!"
"Lantak kau la sakit ke apa?! Ada aku kesah?!"
"Riz, stop it!"
Riz terus memandang Aiman dengan tajam. Iman hanya mampu menjadi pemerhati setia. Tidak mampu ingin masuk campur di dalam hal serious ini.
"Apa dia?!"
"Cukup lah kau sakitkan dia!"
"Kenapa kau nak backup perempuan tak guna ni pula?!"
Emily yang masih lawan dengan rasa sakit itu cuba untuk bertahan.
"Sebab."
"Sebab apa?!"
"Sebab aku tak nak dia sakit!"
Riz memandang Emily lalu memandang Aiman semula. Genggaman rambut dikemaskan.
"Arghh!!"
"Riz!"
"Kau sedar Aiman, dia yang tinggalkan kau dulu, sebab dia, kau nyaris bunuh diri la bodoh!"
"Dia akan mati la kalau kau buat dia macam ni Riz!"
"Biarlah dia mati, sebab dia kawan aku nyaris nak bunuh diri!"
Iman yang tidak tahu ingin mencelah dari mana mula senyap dari tadi.
" So, kau nak dia mati macam mana kau buat dekat mama papa kau dulu?!"
Riz terkedu seketika.
"A-apa yang kau kata tadi?"
"Aku kata kau punca mama papa kau mati kan! Kalau kau tak paksa diorang untuk keluar waktu tu, diorang hidup lagi la!"
Rambut Emily dilepaskan, layangan penumbuk diberikan kepada Aiman. Emily yang memandang keadaan itu muka tersenyum sinis.
Iman yang perasan akan senyuman itu mula berasa tidak sedap hati. Langkah terus diaturkan untuk menghentikan pergaduhan antara Aiman dan Riz tapi dihalang Emily.
"Where do you think you want to go?"
Iman memandang Emily dengan senyuman sinis.
"Hentikan pergaduhan yang kau baru mulakan. Perempuan, murah."
Langkah terus diaturkan, dan...
.
.
.
.
To be continued
Share this novel