"Disebabkan perempuan ni, kau nak libatkan family aku?! Kau jangan sampai tahu tak?!" suara Riz naik seoktaf.
Aiman yang menahan perit akibat ditumbuk itu memandang tajam ke arah jejaka itu.
"Ye, memang kau punca family kau mati! Mama suruh kau BERHENTI jadi mafia tapi kau tak nak. Kenapa kau sayang sangat dengan kerja kotor tu ha?!"
Riz memegang sesuatu di dalam tangannya. Sikit sahaja lagi, maut bakal menerjah.
Iman memandang Emily lalu menjeling.
" Punca dari kau perempuan, kalau kau tak datang, kita orang tak macam ni. Kau sedar tak apa yang kau buat? "
Senyuman sinis diberikan oleh si gadis. Mulut di rapatkan ke telinga jejaka.
"Hump, kena lah terima. Okey lah I tak sanggup nak duduk lama - lama dalam rumah ni. Jijik."
Langkah baru sahaja ingin diaturkan, Iman menolak gadis itu sehingga jatuh.
"What did you think you want to do with her?!" soal Aiman dengan geram. Baru sahaja ingin bangkit, Riz menolak jejaka itu jatuh semula.
"Kau ingat kau nak jadi hero?! Kau nak pergi mana?! Kau tahu tak, perempuan ni punca kita gaduh?!"
"Perempuan yang kau kata tu, ada nama la pembunuh!"
Ayunan pisau berhenti tepat di jinjang leher jejaka itu.
"APA, kau nak bunuh aku pula?! Bunuh la! Aisy Rizqy bunuh!"
Riz memandang Aiman dengan tajam. Nafasnya jelas naik dan turun.
"Kau jaga mulut kau, aku bukannya pembunuh yang bunuh orang sesuka hati. Kau siapa?!"
"Kau manusia yang paling ego, kau tak mengaku kau lah punca mama papa mati!"
Pisau itu digenggam kuat, kini tangan Riz yang terluka. Iman memandang pisau yang Riz hayunkan ke arah Aiman. Baru dia sedar mata pisau itu menghadap ke arah Riz dan bukan Aiman.
" Cukuplah Aiman! Kau sedar tak apa yang kau cakap?! "
Aiman memandang Iman dengan tajam. "Kalau kau kawan aku, kenapa kau nak backup pembunuh ni?! Emily nyaris mati kau tahu tak?!"
" Setakat tarik rambut perempuan tu pun kau kata nyaris nak mati?! Kau buta ke apa?!" tengking Iman.
"Memang, memang aku buta! Buta sebab kisah silam aku datang balik!"
Tanpa mereka sedar, Riz menendang perut Emily dengan kuat sehingga terseret ke dinding.
Emily yang kesakitan di tendang Riz cuba untuk merangkak ke tepi.
Riz menggenggam tangan si gadis tadi. Tanpa berfikri panjang , perbuatan Riz tadi mendorong tubuh gadis itu terpaku ke dinding.
"Sebab kau....kau! Aku dituduh sebagai pembunuh! Perempuan jahanam!" bentaknya. Panas muka menahan hati.
Aiman dan Iman yang sedar akan keadaan itu mula cuba untuk menjauhkan Riz dari Emily tapi gagal.
Kepala Emily dihentakkan ke dinding.
"Aku bukan pembunuh! Aku bunuh orang yang menganaiya orang lain! Aku bukan bunuh orang sesuka hati mak bapak aku je!"
Kepala Emily diheret sepanjang kabinet. Habis barang berterabur. Iman menarik Riz ke belakang. Ya, dia tidak mahu Riz mengamuk lagi.
"Riz cukup!" Aiman memandang Riz, langkah terus pergi ke arah Emily tapi dihalang oleh Riz.
"Kalau kau pergi dekat perempuan tu, sumpah aku kata, aku lepas kan tembakan kat perempuan tu." mendatar sahaja Riz berkata.
Picu pistol ditarik dengan wajah yang serious. Aiman memandang Iman dengan harapan dapat dihentikan.
Riz mencapai tangan gadis itu lalu menariknya keluar.
" Jangan sesekali kau jejak kaki kau dekat sini lagi! Kalau kau tak nak maut kau dekat tangan aku and kau jangan jumpa Aiman lagi. Sebab aku tak nak kawan aku sakit lagi."
Emily bangun dari kedudukannya lalu memandang tajam.
"I akan balas dendam!"
Langkah terus diatur pergi. Aiman seakan baru sedar dari mimpi. Wajah Riz ditenung.
"Sorry bro, aku sumpah tak seda-"
"Don't ever you talk to me now. I'm not in the mood." kunci kereta diambil dan berlalu pergi.
Perasaan serba salah menyelubungi diri. Iman memeluk Aiman dengan senyuman.
"Sabar eh, bagi dia masa."
Tetapi hanya dibalas dengan senyuman kelat.
"Yah, I feel bad now."
"Don't worry. Aku tahu kau tak sengaja."
.
.
.
. To be continued
Sorry if this story not interesting
Share this novel