Bab 3

Others Series 529

Dr Maulique sedang menyemak senarai nama pesakit yang akan datang appointment dengannya pada hari ini. Tiba-tiba satu nama yang menarik perhatiannya iaitu Alya Natalie.

'Nama ni dah banyak kali postpone appointment' kata Dr Maulique sendiri risau dengan pesakitnya seorang ini kenapa dia asyik menangguhkan appointment.

Dr Maulique mengeluarkan telefon dari poket dia mendail nombor jururawat yang bernama Amani.
"Hello yes Dr Maulique ada apa-apa yang boleh saya bantu" soal Jururawat yang bernama Amani itu

" Amani boleh tak awak carikan saya fail pesakit yang bernama Alya Natalie kemudian bawa ke bilik saya sekarang" tanpa berbasa basi Dr Maulique terus meminta Amani membawakan fail pesakit itu kepadanya.

"Ok baik Doktor" panggilan pun dimatikan. Amani mencari fail tersebut kemudian dia membawa ke bilik Dr Maulique. Sebelum masuk ketukkan di beri

"Doktor ni dia fail yang doktor minta tadi. Kenapa doktor minta fail pesakit ni?" Fail tadi pun sudah bertukar tangan

"Sebab saya nak tengok laporan kesihatan dia sebelum ni" kata Dr Maulique sambil menyelak halaman fail tersebut

"Pesakit ni selalu tangguhkan appointment dia Doktor kali terakhir dia datang pun bulan lepas"Amani yang melihat Dr Maulique fokus menyemak satu persatu helaian laporan tersebut
" Kalau tidak ada apa-apa saya keluar dulu ya?" Dr Maulique hanya menganggukkan kepala

Pov Alya....

Alarm di telefon Alya berbunyi dia membulat mata apabila melihat tulisan yang tertera di alarm tersebut. 'Alamak hari ni aku ada appointment pukul 2 petang. Ermm nak pergi ke tak ek tapi aku dah lama tak pergi appointment' omel Alya sendiri.

"Kau dah kenapa muka terkejut macam tu" tegur Kak Hanum

"Hehehehe takde pape" Alya tersengih dan mengaru kepala yang tidak gatal

"Err kak boleh tak kul 12:30 kejap lagi Lya nak keluar?" Soal Alya dengan lemah lembut

"Nak kemana pulak kau?" Ya seperti biasa soalan di balas dengan soalan

"Lya nak pergi hospital ada appointment hari ni boleh tak? Dah lama Lya tak pergi appointment takut nanti Doktor bising" kata Alya yang cuba untuk minta simpati

"Haih yela jangan balik lambat" kata Kak Hanum

"Aip aip chief" Alya meletakkan tangan di dahi

Selepas itu alya bersiapkan diri nya berpakaian sopan dan melihat jam sudah menunjukkan pukul 12:20 pm dan sebelum alya melangkah keluar alya salam tangan kak hanum.

"Lya pergi dulu ye? Bai bai" kata Alya sambil lambai tangan pada Kak Hanum dan Ryan yang berada dipangkuan mami nya.

Alya keluar rumah dan start kan enjin motorsikal LC dan pergi ke Hospital Besar Kuala Lumpur .

Tiba di Hospital....

Alya parking motor nya ditempat letak kenderaan awam dan melihat ke arah pintu masuk sambil telan air liur nya dengan rasa gugup.

"Lya kau jangan gugup...jangan cemas...kalau kau cemas nanti penyakit kau datang baik aku tenang dulu.."

Alya menarik nafas dan melepaskan dengan perlahan cuba untuk bertenang agar penyakit nya tidak menyerang diri nya lagi.

Alya berjalan ke pintu masuk dan pergi ke arah lift, dia menunggu lift berhenti ditingkat G dimana dia berada sekarang ini dan dia perlu ke tingkat 4 adanya Klinik Psikiatri di situ setelah lift sudah tiba Alya menutup muka nya dengan topeng mulut dan Alya merasakan tidak selesa ramai orang didalam lift itu membuat tangan Alya menjadi gemetar tapi Alya cuba kelihatan tenang seperti orang normal.

Setelah tiba di tingkat 4 Alya terus melangkahkan kaki ke Klinik Psikiatri. Di hadapan kaunter dia mengeluarkan kad appointment dan beri pada jururawat yang bertugas kemudian jururawat itu memberikan dia nombor angka giliran. Alya duduk di kerusi yang kosong untuk menunggu nombornya di panggil.

Sementara itu Alya membuka aplikasi whatsapp dia mencari nama Elly dia chatting dengan Elly supaya menjadi peneman dia yang kebosanan menunggu.
"Elly aku guguplah dah lama aku tak jumpa dengan pakar psikiatri ni. Aku takut nanti Doktor tu tambah lagi dos ubat aku macam mana" perasaan kegusaran melanda Alya saat ini.

"alah jangan takut doktor mesti tanya kabar kau dulu jadi jangan takut"

Alya baca apa dibalas elly tadi membuat hati nya menjadi kurang kerisauan dan tidak lama kemudian tanpa nombor giliran dia dipanggil oleh seorang jururawat perempuan.

"Alya Natalie Binti Yusuf! Sila ke bilik Doktor maulique"

Alya mendengar jururawat perempuan itu memanggil nya, alya bangun dari kerusi melangkah pergi mencari bilik Dr.maulique dan setelah jumpa alya mengetuk pintu dan dapat dengar suara garau daripada dr maulique dari dalam nya.

"ya masuk"

Alya berada didepan merasa gugup disebabkan dia mendapat doktor lelaki kali ini dan itu membuat alya menjadi tidak selesa.

Pintu bilik itu dibuka dan Dr Maulique melihat alya yang masuk ke dalam bilik itu dan alya masih tidak menurunkan mask mulut nya dan gugup melihat Dr Maulique.

"Alya Natalie ya? Silakan duduk" kata Dr Maulique tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipit.

Tanpa melengahkan masa Alya mengambil tempat duduk di hadapan Dr Maulique
"How are you today?" Soal Dr Maulique yang memandang ke arah Alya

"So far saya ok saja Doktor" kata Alya sambil mengawal perasaan gugupnya saat ini

"Okey, boleh saya tanyakan sesuatu?" Soal Dr Maulique sambil menuliskan laporan

"Ya Doktor apa yang Doktor nak tanyakan" Kedua belah tangan Alya mula merasakan gementar

"Kenapa banyak kali awak tangguhkan appointment?" Soal Dr Maulique. Dia berhenti menulis seketika kemudian memberi tumpuan sepenuhnya kepada Alya

"Err saya sebenarnya saya tang-g-g"

Alya menjadi gagap apabila ditanya begitu kerana Alya masih ada trauma terhadap doktor nya sebelum ini membuatkan Alya tidak mahu berjumpa mana-mana doktor.

Dr Maulique melihat anak mata alya yang tidak melihat nya membuat Dr Maulique sudah tahu Alya cuba mencari alasan .

"Jujur sahaja saya tak akan marah, saya mahu tahu sahaja Cik Alya"Kata Dr Maulique dengan nada tenang dan memberi senyuman manis pada Alya untuk Alya boleh percayakan nya.

"Saya tangguh disebabkan ada masalah keluarga yang tidak dapat dielakkan" kata Alya dengan sekali lafaz. Alya tidak mahu memberitahu pekara yang sebenar kerana dia tidak mahu ada sebarang masalah dengan pihak hospital atau doktor sebelum ini.

Doktor Maulique melihat kearah mata Alya untuk memastikan apa yang Alya beritahu tadi adalah benar atau pun tidak tapi susah untuk ditafsirkan
"Are you sure? Awak tak ada masalah lain selain itu?" Alya mengangguk laju kepalanya

"Ermm baiklah Cik Alya boleh saya tahu apa yang awak rasakan sekarang ni? Adakah masih sama atau semakin berubah?"

"Sa..saya bukan berniat untuk tidak beritahu pada Doktor tapi.." Alya mengeluh kecil dia takut untuk memberitahu Dr Maulique

Dr Maulique yang dari tadi menunggu jawapan Alya tiba-tiba bersuara.

"Cik Alya, seperti yang Cik Alya tahu kami di sini semua mahu membantu Cik Alya. Jika Cik Alya tidak memberitahu macam mana saya nak tolong Cik Alya. Macam ni Cik Alya boleh percayakan saya jangan risau saya akan bantu awak sampai awak sembuh " Kata Dr Maulique yang memberi kepercayaan kepada Alya. Supaya dia dapat membantu Alya di dalam kesnya.

Setelah itu Dr Maulique melihat nafas Alya seperti tidak teratur. Dr Maulique tersedar Alya sudah diserang panik attack. Alya mencengkam meja Dr Maulique dan dia tidak dapat mengawal pernafasan dan mata Alya menjadi kabur melihat Dr Maulique.

"Dok..tor.. ha ahha" Dr Maulique bangun dia menghampiri Alya yang dalam kesesakan nafas

"Cik Alya? Ok awak bersandar tarik nafas dalam kiraan 5 dan tahan 3 saat hembus secara perlahan-lahan" kata Dr Maulique selepas menanggalkan mask yang di pakai oleh Alya.

Apabila pernafasan Alya menjadi normal Dr Maulique kembali ke tempat duduknya dia jadi terpegun seketika melihat wajah Alya yang putih gebu tanpa sebarang cacat cela di wajah dengan hanya mengoleskan sedikit liptint berwarna merah 'cantik ' bisik hati. Dr Maulique menyedarkan diri
semula.

"Cik Alya? Awak ok" soal Dr Maulique kerisauan

"Ya saya dah ok sikit. Maafkan saya ya Doktor" kata Alya serba salah dia tidak menyangka diserang panik attack saat dia di hospital berhadapan dengan Doktor Psikiatri ni.

"Sementara ni saya takkan beri apa-apa ubat lagi sebab saya masih belum tahu masalah awak lebih lanjut nanti dua minggu lagi kita berjumpa ya saya nak tahu apa yang awak alami dengan lebih detail" kata Dr Maulique serius

"Awak boleh ambil tarikh baru di luar" kata Dr Maulique lagi sambil tersenyum

Alya keluar dari bilik Dr Maulique kemudian menuju ke kaunter untuk meminta tarikh yang baru. Setelah kad appointment di kembalikan dia pun beransur pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience