Bab 1

Others Series 528

Bab 1

Dear diary
Perlukah aku meneruskan hidup sedangkan aku asyik menderita atau aku tamatkan saja riwayat hidupku biar semua orang di sekelilingku senang hati dan gembira melihat pemergianku. Sungguh aku tidak menahan penderitaan ini lagi...
Alya kini menulis lagi luahan hati yang tidak tertahan untuk di pendam dan menangis seorang diri

"Alyaaa Natalie!!! Kau datang sini cepat apa benda yang kau buat ni.." jerit kak hanum dari dapur

"Ya kak kejap" alya menutup buku diari serta mengesat air matanya tadi dia bangun menuju ke dapur

"Kau ni aku dah kata kemas dapur ni bersih-bersih kenapa dekat table top ada berminyak lagi? Macam mana kau lap ni alyaa." marah kak hanum lagi

"Tadi Alya dah lap dah" kata Alya perlahan tadi dia di marah sekarang dia di marahi sekali lagi itulah kehidupan seorang Alya Natalie yang merupakan anak yatim piatu dan dibesarkan oleh abang kandung dan juga kakak iparnya.

"Kalau kau dah kemas bagi bersih macam mana boleh berminyak lagi ni? Kau ni harap je student kulinari tapi dari segi kebersihan kosong Alya kosong apa nak jadi dengan kau ni benda macam tu pun kau buat tak betul" bebel kak hanum lagi yang tidak puas hati

Haih baik Kak Hanum" Alya penat untuk menjawab tenaga dia sudah betul-betul habis harini

Sedang Alya membersihkan di dapur tadi tetiba dia merasakan ada menarik hujung bajunya. Alya melihat siapakah gerangan yang menarik bajunya itu.

"Eh anak kesayangan mokcu nak apa ni" Alya mendukung ryan dia mencubit pipi tembamnya. Ryan menghulurkan botol susu pada Alya

"Ohh Ryan nak cucu ya kejap ya makcu buatkan" Alya menurunkan Ryan dan mengambil botol susu yang dihulurkan tadi. Ryan lah penyejuk hatinya bila dia dalam kesedihan.

"Nah cucu Ryan dah siap sayang" Alya memberi kembali botol susu yang berisi susu coklat pada Ryan menyambut sambil tersengih dia berjalan terkedek-kedek menuju ke ruang tamu..

'Ala comel' kata Alya dalam hati

Setelah dia sudah memastikan dapur itu bersih sebersihnya dia pergi ke ruang tamu untuk menonton tv.

Tidak lama kemudian abang tunggal  alya bernama nadim sudah pulang.

"assalamuaikum"

Abang nadim melihat alya yang sedang menonton terus sergah adik nya

"oi! Asal kau tak cari kerja lagi? Kau nak jadi apa? Jadi biawak hidup dalam rumah ni?"

Alya hanya diamkan diri apabila abang nya mula bersuara dan mengeluh

"lya dah cari tapi tak ada lagi call or chat. Lya...."

Abang nadim memberi tatapan yang tajam pada alya dan nadim membuat muka bengis.

"cari lah sampai dapat! Apa susah nya! Aku umur macam kau dah ada kereta dah ada motor dah !"

Alya tundukkan pandangan nya dan tv didepannya alya tidak mampu fokus, hanya mampu diamkan diri apa abang katakan. Alya bangun dan masuk ke dalam bilik. Alya menutup lalu mengunci pintu bilik.

"Hah bagus elok sangatlah perangai kau tu aku bercakap dengan kau boleh pulak kau masuk dalam bilik dasar budak tak guna" jerit Abang Nadim dari luar bilik Alya. Alya yang dari tadi menahan tangisnya lalu dia menelefon sahabat baiknya Elly.

"Halo sawadikap" Gurauan Elly bila Alya menelefonnya tiba-tiba dia jadi risau kerana dia mendengar suara Alya menangis.
Wey Lya kau ok tak asal ni? Apa lagi yang tak kena ni? Soal Elly yang sememangnya dia dapat tahu masalah Alya sekarang ini.

"Elly aku dah penatlah nak hadap semua ni aku letih hari-hari kena marah kena maki kena herdik aku rasa diri aku tak patut ada dekat muka bumi ni" luah Alya kepada Elly sambil menangis

"Kenapa cuba kau cerita slow-slow dekat aku Lya apa Kak Hanum dah cakap dekat kau" Soal Elly lagi

"Bukan Kak Hanum tapi Abang Nadim tu dia tak habis-habis push aku suruh cari kerja. Masalahnya kita dah cari tapi satu pun tak dapat panggilan lagi bila aku cakap dia tak pernah nak faham aku. Aku penatlah macam ni Elly letih." Kata Alya lagi sambil teresak-esak

"Tak yang abang kau pun satu dia ingat zaman sekarang ni senang ke nak dapat kerja!" Elly yang sabar mendengar tadi sudah mula naik hangin

"Hmn entahlah Elly esk jomlah kita pergi cari lagi aku dah malas duduk dalam rumah ni asyik serba tak kena je" kata Alya yang sedang meredakan tangisannya tadi

"Ok esok kita cari ok? Dah Lya stop crying kau kan ada aku nanti apa-apa kau call je aku always ada untuk kau. I lap you nok muah cikit" kata Elly yang mencuba untuk tenangkan Alya. Elly mendengar Alya tergelak selepas dia cakap muah cikit. Takpelah sekurangnya dia lega masih dapat happykan Alya dengan lawak hambar dia mudah-mudahan dapat mengurangkan rasa sedih di dalam hati Alya walaupun sikit.

"Eee sengallah kau ni. Dahlah aku nak siapkan sikit lagi laporan aku ni lusa dah nak kena hantar" kata Alya apabila hati sudah rasa tenang sedikit

"Hah ok nanti pape roger ok gerak lu sap kok lu" kata Elly dan panggilan dimatikan

Alya keluar dari bilik untuk mencari Kak Hanum. Alya pergi ke ruang tamu tapi tiada disitu. Alya pergi pula tengok di dapur rupanya Kak Hanum sedang memasak untuk makan malam.

"Wow sedapnya bau akak masak apa tu" soal Alya sambil hidu masakan yang Kak Hanum masak

"Masak kari kepala kau" kata Kak Hanum selamber

"Hahaha akak ni Lya tanya je kan"

"Dah kau tu dah nampak aku masak kari kepala ikan merah ni lagi kau tanya memang mendapat lah" kata Kak Hanum sambil mengacau kari tersebut

"Ala saja je Lya nak kacau akak" kata Alya sambil melihat riak wajah Kak Hanum. Alya pun terus bertanyakan tentang esok.
"Akak boleh tak esok Lya nak keluar?"

"Keluar pergi mana kau?" Soalan dibalas dengan soalan

"Lya nak keluar cari kerjalah karang tak cari memekak lagi Abang Nadim tu penatlah Lya nak dengar dia bising. Boleh ke kak?"

"Hmmm.. tapi make sure sebelum pukul 10 malam kau dah terpacak dekat depan rumah. Kalau tidak kau tidur luar rumah faham?" Kak Hanum memberikan warning pada Alya hanya mampu redha je dengan segala arahan yang diberi.

"Hm ok kak" Alya berjalan menuju ke dalam biliknya. Manakala Abang Nadim memberi pandangan tajam kepada Alya masuk bilik dan menutup pintu malas mahu melayan Abangnya.

sepatah 2 Kata!!! cerita ini kalau terjumpa diwattpad ke? author Yang Sama ye! sekian terima kasih!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience