Bab 2

Others Series 528

"Kita kena pastikan hari ni kita dapat! Chaiyokk!!" Kata Alya dengan semangat

"Ya harap orang dekat dalam mall ni akan ambil kita bekerja kalau tak kita terbalikkan mall ni sama-sama muahahahahahah" Kata Elly pula sambil ketawa jahat

"Dah lebih-lebih pula kau sapa nak layan?" Soal Alya sengaja

"Ada aku suruh kau layan aku ke? Takde kan jadi jalan" Geram Elly dengan perangai si Alya ni haih nasib sayang.

Tetiba Elly baru teringat ingin menanyakan sesuatu.
"Wey Lya, Kak Hanum bagi kau keluar ni sampai pukul berapa? Karang terlajak dari timing dia tak pasal-pasal ada yang tidur berpelukan pagar nanti" usik Elly walaupun soalan tu sebenarnya serious.

"Ohh itu jaga risau Kak Hanum dah pesan kena balik sebelum pukul 10 malam jadi pukul 6 kita dah kena bergerak balik ya awak." Kata Alya pada Elly

"Oklah kalau kau dah kata gitu hah moh ler kita pi minta kerja dekat kedai Subway tu aku ada nama dia tulis Hiring tu" Kata Elly sambil menunjukkan kedai Subway di sebelah kiri mereka dan alya yang bertanya mereka pada pekerja disana ada kekosongan kerja masih ada  lagi ke tidak.

Selepas mereka berdua beri nombor telefon dan nama mereka alya dan elly teruskan percarian kerja, dalam masa yang sama alya cuba untuk hilangkan rasa cemas dan ketakutan tapi apakah daya ketakutan dalam dirinya masih menyelimuti diri alya membuatkan alya berasa risau dengan apa akan jadi kalau dia tidak mendapatkan perkerjaan lagi.

"elly...macam mana kalau kita tak dapatkan kerja lagi? Apa aku nak kata dengan abang nadim?..."

Suara alya menjadi makin suram dan termenung apa akan jadi bila alya balik rumah nanti dan hadap abang nya lagi, sambil renung wajah sahabat baik nya elly dengan wajah kerisauan.

"Chill lah sis... Insyaallah mesti ada punya sekurangnya kita dah cuba ikhtiar untuk mencari... Now kita doa jela mudahan kita dapat kerja don't sedih sedih... Ok yayang" kata Elly sambil mengusap bahu sahabatnya itu. Tiba-tiba perut Elly  berbunyi.

"Nok kau lapar tak? Jom singgah dekat mana-mana kedai makan kat sini aku kebuluran dah ni" Kata Elly sambil memegang perut.

"Ala kita cari lagi dalam 2 ke 3 buah kedai lepastu kita pergi makan amacam?" Soal Alya sambil mengangkat kedua belah kening.

"Dia macam ni lah Lya apa kata kita pergi makan dulu sebelum aku ni berubah jadi hulk hah kang terbalik mall ni aku buat. Dah lah aku keluar tadi tak makan apa-apa. Satgi lepas makan kita sambung balik cari lagi pun sekarang memang waktu lunch" Kata Elly yang sedang melihat jam di telefon.

"Haih yela jom" Alya yang pasrah pun bergerak menuju ke kedai makan berhampiran. Mereka pun menikmati makanan yang ada disitu

"Lya, syamin ajak aku cari kerja dengan dia dekat I City Mall jom kita try kat situ pulak nanti nak?" Soal Elly kemudian menyedut air lemon tea miliknya.

"Ish malehlah aku dengan perempuan jadian tu kejap lagi kang orang suruh pi tanya mintak bukan nak mintak sikit-sikit snap gambar entah chat ke tidak takpon simpan buat jadi pengat dekat dalam phone tu" Kata Alya yang membuat muka menyampah.

"Hmm itulah tu aku pun entahlah mamat tu. Btw jomlah kita sambung mencari kejap lagi pukul 6 hang nak balik" Elly bangun dia mengambil slingbag kemudian mereka bergerak keluar dari kedai tersebut. Mereka meneruskan beberapa pencarian lagi. Setelah sekian lama Alya dan Elly tawaf di dalam mall tu mereka pun beransur pulang dan mengharapkan adalah rezeki mereka di sini.

Tiba saja di rumah

"Hah gemok dah dapat kerja ke?" Soal Abang Nadim pada Alya. Alya memandang abangnya tajam. Iya Abang Nadim memanggilnya gemuk kerana badan dia chubby. Tapi taklah gemuk mana tapi tulah yang Abang Nadim akan panggil Alya untuk memberi Alya sakit hati.

"Kau dah kenapa budak ni baru balik dari cari kerjakan takkan nak terus dapat. Dulu kau cari kerja terus dapat ke aku tanya. " Bebel Kak Hanum pada Abang Nadim

'Padan Muka kau' kata Alya dalam hati

"Woi gemuk! Make sure sebelum hujung bulan ni kau dah start kerja kalau tidak siap kau" Warning Abang Nadim pada Alya.

Alya masuk ke dalam bilik lalu menutup pintu malas mahu melayan abangnya lebih kejap lagi ada saja yang membuatnya sakit hati. Alya membuka laptop dia ingin menyiapkan lagi sikit tugasan laporan terakhirnya kerana esok merupakan tarikh last untuk submit laporan ini jika tidak dihantar habislah pointernya. Sia-sia sajalah dia belajar selama 2 tahun kalau dia gagal atau terpaksa repeat balik.

Sedang dia menyiapkan laporan tiba-tiba Abang Nadim masuk ke dalam bilik Alya.

"Kau buat apa ni asyik main game je kerja kau kan" sergah dengan secara tiba-tiba Abang Nadim pada Alya.

"Abang ni dah kenapa boleh tak jangan kacau Lya tak habis-habis fitnah orang. Lya tengah buat kerja laporan ni kata orang main game penatlah macam ni" Alya dah mula serabut dengan perangai Abang Nadim yang suka mengusik dia.

"Mami tengok Lya ni main game je kerja dia" ngadu pula Abang Nadim pada Kak Hanum isterinya.

"Lya kau pergi mandi sekarang asyik main game aje kerja kau. Sikit-sikit main phone main game. Pergi mandi sekarang aku kata" Jerit Kak Hanum dari luar.

"Mana ada Lya main game pegang phone pun tidak dari tadi Lya hadap laptop ni nak siapkan laporan" jawab Alya penat bila dia duduk diam buat kerja pun kena kacau kena fitnah sampai bilalah dia nak kena tahan dan sabar dengan semua ni.

Alya mengambil telefon di atas meja dia membuka galeri dia melihat gambar dia bersama dengan arwah ibu dan ayah.

'kan best kalau mak dan ayah ada lagi mesti hidup aku tak tertekan macam ni' bisik Alya di dalam hati air mata mula mengalir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience