chapter 1

Romance Series 6257

By the way, nama aku Candella Morgan seorang gadis yang menetap di Amerika Syarikat berumur 20 tahun. Dirumah, aku mempunyai adik angkat perempuan yang sangat cantik! Enna berumur 18. Aku sangat sayangkan dia.

Tetapi sejak mama dan papa aku mengambil dia sebagai anak angkat semua orang sayangkan dia. Aku yang memang terabai makin rasa terabai. Sedikit pun mereka tak pedulikan aku. Hany Enna saja yang selalu ada dengan aku. Itupun dihalang oleh mama dan papa supaya jangan berkawan dengan aku.

Siapa saja rasa tak sakit hati. Anak sendiri dilayan seperti anak angkat. Anak angkat pula dilayan seperti anak sendiri.

Dan tiga bulan yang lalu papa meninggal kerana kemalangan dan mama menunduh aku. Makin mama bencikan aku. Aku tak tahu apa puncanya. Sedangkan papa kemalangan semasa mahu mengambil Enna dan aku.

Ya, aku seorang saja yang dipersalahkan. Sedangkan Enna? Dia layan seperti bidadari. Aku? Kenapa tak adil. Tak benci aku dan Enna? Sedangkan dia juga tahu papa pergi ke sekolah hany berniat untuk mengambil Enna saja, aku dibiarkan jalan kaki tetapi hari itu Enna yang mengajak aku naik kereta.

Dan aku... Dipersalahkan.

Hanya Tuhan yang tahu bagaimana rasa sakit hatiku ini.

"Kakak Candella! Where are you?" suara itu. Walaupun macam-macam aku dibenci oleh mama papa sendiri kerana dia, dia tetap menyebelahi aku. Aku tak mampu benci dia.

"Ya, Enna! Akak kat tepi kolam ni!" Jeritku sedikit kuat.

Terdengar jejak kaki comelnya seperti berlari anak ke arah aku. Aku ketawa kecil saja.

"Hai akak!" Dari belakang dia memeluk aku.

Aku memegang tangan dia.

"Ada apa?"

"Hrm. Akak tahukan, mama nak kahwin lagi?" Soal Enna yang sudah mengambil tempat duduk disebelah kerusi kolam.

"Ya. Tahu. Kenapa?"

"Tak adalah, tadi Enna dah tengok lelaki tu, dia macam seramlah kak. Macam ada aura yang membuatkan tak patut pun mama kahwin dengan dia, you know aura yang menyeramkan." Enna memandang aku dengan penuh pandangan seram.

Aku ketawa kecil. Comel. Sebab tu ramai sayang dia. Tak macam aku.

"Kenapa? Dia ada saka? Dia gangster? Mafia?" Soalku.

"Antara mafia yang gangster tu. Walaupun dia lagi muda dari mama yang dah umur 50-an tu kenapa dia nak kahwin dengan mama? Kahwinlah dengan Enna ke apa kan? Dia tu kak umur baru 30-an memang handsome kak! " Dia menceritakan lagi. Aku ketawa kecil. ""

"Laaa, tadi cakap dia aura seram? Gangster lah mafialah. Ni Enna nak kahwin dengan dia pula! Macam-macam lah budak ni!"

Enna mencebik. "Mana tahukan. Tapi kenapa dia nak kahwin dengan mama? Bukan kita kaya pun."

Aku mengangkat bahu. Malas mahu fikir. Kalau itu kebahagian mama, aku terima saja. Lagipun dalam apa-apa keputusan yang mama dan papa pernah buat mana mahu mereka tanya pendapat aku. Hanya Enna, Enna dan Enna.

Enna lebih utama pada mereka.

"Akak malas nak masuk campur, Enna. Bukan masalah kakak pun. Mama pun bukan kisah akak ambil tau ke tak pasal dia." Aku menunduk memandang air kolam.

Enna disisi aku seperti terdiam, mungkin dia rasa apa yang aku cakap adalah macam betul. Bukan macam tapi memang betul pun.

"I am sorry, kakak. Kalau Enna tak ada dalam keluarga ni akak takkan jadi macam ni." Enna menyentuh bahuku.

Aku terus menoleh. "No! Bukan. Enna bukan sebab Enna diorang abaikan akak. Memang sebelum Enna tak ada lagi memang diorang abaikan akak. Jangan salahkan diri sendiri, ok? Lepas ni?" Aku menarik jarinya lalu aku kucup perlahan.

Senyuman 'sebenar' aku sembunyikan disebalik tangannya.

Enna tersenyum.

"Tak apa akak! Enna sentiasa ada dengan Akak kalau akak perlukan seseorng!" Enna tersenyum kecil. Aku mengangguk.

"Thank you."

"Welcome, akak ku sayang!"

"Enna! Bersiap cepat! Nak keluar dengan Daddy!" Jeritan mama dari dalam itu menarik perhatian kami berdua.

"Wait a minute!" Enna memandang aku sambil tersenyum kecil. "Jomlah kakak!"

Aku hanya mengangguk.

•••

"Kenapa Enna ajak dia?" Soal mama sambil memakai anting-anting dihadapan cermin. Sedikit pun dia tidak memandang aku.

"Alaaa, mama... Ini kakak Enna, biarlah dia ikut. Tu bakal jadi daddy dia juga." Enna membuat muka comel dihadapan mama. Manakala aku hanya mendiamkan diri.

"Okey. Tapi mama takkan mengaku dia anak mama. Mama cakap dia anak orang gaji kawan dengan Enna, tau sayang?" Mama bercakap lembut dengan Enna.

Wajah Enna berubah. Dia memandang aku.

"Mama... mana boleh macam tu. Dia anak mama jugak..."

"Bukan. Bukan dari keluarga Morgan. Hanya Enna saja dari keluarga Morgan. Dia cuma anak kutip yang tak guna." Mama memandang aku tajam, sinis dan penuh kejijikan.

"Mama! Mama macam cakap Enna aje! Dia anak betul mama! Enna ni anak kutip! Kenapa mama cakap macam tu pada kakak Candella!" Soal Enna sambil berjalan mendekati aku.

Mama mendengus.

"Fine. Ni sebab Enna tau. Bukan sebab dia ni."

Enna memandang aku lagi. "Tak apa, kak. Enna ada. Ok? Janji akak boleh ikut Enna jalan-jalan. Hehe."

Aku yang sudah rasa kebal dengan setiap kata-kata yang keluar dari mulut mama itu hanya menganggukkan kepala.

"Baiklah."

Senyuman 'sebenar' aku sembunyi disebalik senyuman manisku.

I am evil in my own story.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience