chapter 3

Romance Series 6257

"Kenapa mama cakap dia tunang mama? Sedngkan mama nak jodohkan dia dengan Enna?" Soal Enna tersipu malu. Aku yang berada ditepinya hanya mendiamkan diri. Alvin masih menatap Enna dengan senyuman.

Mama pula seperti ceria dengan agenda dihadapannya.

Shit.

"Kalau mama bagitahu perkara betul nanti, mesti Enna taknak ikut. So, mama cakaplah dia tunang mama." Mama tersenyum kecil ditepi Enna. Rambut blonde gadis cantik itu diusap perlahan.

"Saya tak terfikir anak awak cantik macam ni. Saya ingat cantik yang ada dikebanyakkan perempuan tetapi... cantik dia lain." Alvin memuji Enna membuatkan perasaan menyampahku makin meluat.

Kenapa bila lelaki lain memuji Enna aku tak peduli? Tetapi apabila Alvin memuji Enna aku rasa menyampah?

"Thank you, awak pun sama. Kacak. Macam bidadara."

Cis! Patutnya itu ayat aku dulu!

Alvin ketawa kecil.

"So, you guys order dulu ye. I ada kerja kejap. Wait a minute ok?" Enna dan mama mengangguk aku pula buat-buat tak dengar sambil memandang ke arah lain.

"Candella?" Suara itu memanggil namaku. Elok aku mahu buat pekak saja terus terpandang si dia.

Geez. I hate this feeling, lol.

"Saya pergi dulu ye. Awak orderlah apa-apa awak nak makan. Saya belanja." Dia tersenyum nipis ke arah aku menampakkan lesung pipitnya yang berada dikiri dan kanan pipinya.

Walaupun nampak agak tak ikhlas tapi sekurang-kurangnya dialah orang kedua yang sudi tersenyum pada aku setelah Enna.

Aku hanya mengangguk lalu memandang ke arah lain semula. Aku kena sedar diri. Antara aku dengan lelaki kacak ini, aku memang tak layak. Enna saja yang layak.

"Akak?" Suara Enna pula memanggil aku.

Aku mengangkat kening. "Why?"

"Kenapa akak macam tak ok? Akak taknak adik tunang ke?" soal Enna seraya menarik tanganku. Aku yang seperti baru tersedar itu, menarik semula tanganku dari tangannya.

"Eh! Mana ada. Taklah, akak cuma gugup je sebab kali pertama jejakkan kaki kat tempat mewah macam ni." Aku tersenyum manis di akhir ayat.

Wajah Enna yang berubah keruh tadi terus tersenyum kepada aku.

"Enna ada ni kalau agak gugup."

Aku hanya mengangguk.

•••

"So, bila korang nak kahwin? Mama tak sabar!" Mama menjerit teruja.

"Saya tak kisah, saya ikut saja Alvin buat keputusan."

"Hahaha. Kalau saya malam ni pun boleh!"

Mereka bertiga ketawa bersama. Aku pula hanya buat-buat ketawa hambar saja.

Aku yang tak tahan menahan sakit hati terus berdiri. Bunyi kaki kerusi bergesek dengan lantai restoran mewah ini menarik perhatian mereka.

Aku tersenyum kekok.

"Saya minta izin pergi ke tandas dulu." Aku menunduk sedikit lalu berlalu pergi.

Aku tak menuju ke arah tandas malah terus keluar dari restoran. Harap mereka tak perasan kan aku. Nasib baik juga aku sudah isi perut dengan makanan mewah tadi. Bolehlah aku balik rumah terus tidur.

•••

Sampai saja dirumah aku terus masuk ke dalam bilikku. Bukan bilik sangat pun, dulu stor yang aku kemas sendiri, letak tilam single semua. Haih... Apalah nasib aku.

Bunyi telefon berdering membuatkan aku mendengus kasar. "Akak! Akak kat mana? Dah dua jam Enna tunggu akak tak balik-balik pun tempat duduk kami! Ni Enna dengan mama dah sampai hotel tempa Alvin duduk ni kami tak balik rumah harini."

"Maaf dik tadi dua jam akak dalam bilik air sebab sembelit, bila akak keluar kamu berdua dah tak ada, pergilah. Akak dah nak balik rumah. Bye." Panggilan terus aku matikan.

Taknak dia banyak soal.

Shit.

Kenapa semua orang suka dia! Apa lebihnya dia dan apa kurangnya aku?

Aku hanya mendiamkan diri merenung syiling sebelum perlahan-lahan aku terlelap sendiri.

Berharap aku mimpi indah bersama...

Alvin.

hi guys, so i kat sini cuma nak cakap korang jemput-jemputlah follow i dekat wp (wattpad) @luwcifer sama je username np dgn wp. hehe one more, u guys boleh req nak buat story apa dekat wp like macam awak malas menulis tapi awak ada idea, awak boleh bagi saya. saya buat lepastu saya publish dan saya creditkan nama awak. nama watak hero, heroin, antogonis semua awak boleh beri pada saya. cuma tajuk saya akan guna nama heroin. saya akan tengok pada keterangan awak pada saya, kalau panjang maksimum 10 bab 1 buku. kalau minimun pun 5 bab 1 buku. faham? pastu kalau nama ada sama like org ni bagi nama Amelia and awak pun bagi nama Amelia saya so saya akan suruh awak tukar nama heroin tu. ok? sebab tak mau sama. uhuk! kalau buku saya pun sama. kalau dah ada nama ni dlm buku saya, saya akan cakap tukar bole? hehe. kan banyk nama. atau awak nak guna nama atas idea saya pun tkpe. ok? kalau nak pi pm saya dekat wp! nnt saya layan! novel yang hasil idea anda saya hanya pub di wp.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience