chapter 2

Romance Series 6257

Di dalam kereta, aku hanya menunduk memandang tangan sendiri. Enna dan mama duduk seat dibahagian tengah belakang pemandu manakala aku paling belakang sekali.

Sekejap-sekejap aku mengangkat wajah memandang Enna dan Mama yang berbual semua perkara menarik, memalaukan aku seorang diri.

Aku anak dia yang betul. Kenapa? Kenapa dia terlalu bencikan aku? Hanya kenapa? Kenapa mama dan papa selalu lebihkan Enna? Anak kutip mereka berbanding aku, anak kandung mereka.

"Mama, kenapa mama nak kahwin dengan orang yang lebih muda daripada mama?" Soal Enna yang berada dihadapan aku menarik perhatian aku.

Mama tersenyum kecil ke arah Enna. Senyuman itu, aku tak pernah dapat. Apatah lagi mahu menatapnya. Jauh sekali. Jauh.

"Mama nak hidup kita berdua seimbang, mama rasa mama tak boleh handle sorang-sorang. Lagipun papa dah tak ada untuk tanggung kita berdua."

Kata-kata mama memang sentiasa tajam. Buat aku seperti tak wujud saja.

"Mama..."

Enna mengerling ke arah belakang sekilas. Mengerling ke arah aku.

"What? Mama bela dia sebab menyesal kutip dia masa kecil." Mama menjeling aku sekilas.

"Mama..." Enna menegur mama lagi tetapi kali ni mama seperti mengambil keputusan untuk menghiraukan Enna saja.

•••

Setelah sampai di restoran yang nampak agak mewah dan gah membuatkan mulutku hampir ternganga. Wow! Interesting bethowl!

Mama memimpin tangan Enna dan berjalan ke hadapan meninggalkan aku keseorangan yang masih sibuk terpegun melihat restoran yang gah berdiri. Nampak klasik dan dalam masa yang sama nampak mewah sangat!

Aku jakun kerana ini ialah pertama kali aku melihat bangunan se-gah ini. Dulu aku hanya melihat didalam tv ataupun telefon kepunyaan Enna yang diberikan padaku.

Mama papa pasti hadiahkan dia pelbagai hadiah setiap kali hari jadi dia, orang ramai dijemput hadir tetapi aku? Aku tak dijemput, hari jadi aku juga tak disambut, untuk beri hadiah? Jauh sekali.

"Cantiknya mama tempat ni, this was amazing!" Enna menjerit suka. Banyak mata memandang ke arah dia bersama senyuman dan teguhan ramah. Manakala aku? Seperti tak wujud akibat pakaian biasa-biasa aku ini.

Pakaian yang cantik tetapi nampak sangat tertinggal bas. Baju gaun berwarna biru yang lusuh manakala pakaian Enna? Masih baru. Biru sama seperti pakaian mama.

Dari dulu hidup aku penuh dengan bandingkan diri sendiri dengan diri seorang Enna yang cantik dimata semua orang.

Aku?

Dekat mata sendiri pun tak cantik. Jeez.

"May seat here, Madam. Sir Alvin will coming..." Seorang pelayan lelaki menarik kerusi bagi mama dan Enna duduk. Aku dibiarkan menarik kerusi sendiri. Mata pelayan lelaki itu tak jatuh dari memandang Enna yang sedari tadi tersenyum manis.

"Eh! Kau duduk lantailah! Kau tak layak duduk semeja dengan kami, Candella!" Jerit mama sedikit kuat namun hanya aku dan Enna saja yang dengar kerana restoran ini sedang dipasang kuat lagi klasik inggeris.

Aku hanya mengangguk lalu bangkit dan menolak kerusi semula ke dalam meja dan terus duduk di atas lantai tepi meja Enna duduk.

Enna memandang aku sayu.

Cis! Kenapa tiba-tiba aku rasa aku benci dia? Huh?

"Hey, little girl. Kenapa awak duduk dekat atas lantai? Kotorlah." Suara garau yang berdiri dihadapan aku itu menarik perhatian aku untuk memandang dia. Aku terkedu.

Matanya penuh dengan kebiruan, redup dan penuh seksi. Rambut perang, hitamnya yang panjang dalam jangka aku mungkin paras bahu diikatnya gaya maskulin.

Tuhan, apakah ini malaikat?

"Biarkan saja dia. Dia cuma anak orang gaji saya." Mama bersuara dan aku memang dah agak mama akan mengaku aku anak orang gaji dia.

Mama gila, taguna.

"Huh? Zana, walaupun dia anak orang gaji awak itu bukan bermaksud awak perlu buat begini pada dia." Sejurus itu, lelaki itu menghulurkan tangannya kepadaku.

Aku menoleh ke sisi, nampak Enna sedang mengangguk sambil tersenyum kecil.

Aku terus mencapai tangan lelaki itu.

Bangun saja dari duduk aku nampak mata mama seperti mencerlung ke arah tangan aku yang masih dipinpin oleh lelaki itu.

Aku yang tersedar terus menarik kembali tanganku dari peganganya.

"By the way, my name is Alvin."

Mataku membulat! What! Mama punya tunang ke ni? Tak kenanya dengan mama yang dah tua nak mampus dengan seorang bidadara dari syurga ini. Oh my god. Kalaulah, aku cantik seperti Enna pasti Alvin jatuh cinta pada aku.

Kenapa aku cakap macam tu? Kerana pandangan dia tak jauh dari menatap wajah Enna.

Jantungku berdegup laju. Kenapa? Kenapa Enna?

"Nama awak?"

"Enna Morgan."

"And he's is your fiance, Enna!"

Mama menjerit teruja.

Aku terkedu. Dari sisi aku memandang muka lelaki itu. Bukan tunang mama? Tapi tunang Enna?

Enna juga sepeti terkejut tetapi dia tetap merenung Alvin dengan pandangan yang penuh sensual.

Habis aku? Jantung aku berdegup laju. Baru jumpa beberapa saat tadi aku dah suka ke kat dia?

What the hell?

i am sorry kalau bahasa inggeris saya banyak kesalahan. huhu. this is my first time, dudes. i writing books like Europe gitchuw. i am sorry ok? and thanks bsc supporting me ! ❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience