Bab 02

Romance Series 2702

Aku bangun awal hari ni. Begitu gementar tak sabar nak memulakan kerja. Aku bersiap dan memakai baju yang disediakan oleh mak. Lepas bersiap, aku pon turun ke bawah nak bersarapan.
“Morning mama, Morning ayah, morning along”
“Amboi.. Awalnya bangun. Ni baru anak dara mama. Tak payah nak mak kejut.”
“Mestila mak. Angah kan dah nak kerja. Mestila belajar bangun awal.”
“Selamat pagi semua..”terlihat kelibat seorang lelaki yang membawa masakan mak ros untuk sarapan kami.
“Arh akim, letak jer kat sana.Akim, marila sarapan sekali ngan kami. Akim pon first day kerja ngan finey kan.”ujar mama kepada akim.
“Eyh, takpa la aunty. Akim dah sarapan tadi kat dapur. Morning, finey.”
“Hai, morning.”Hensem dan bergaya betul akim bila memakai baju kot. Aku begitu terpesona dengan wajahnya yang makin hensem ala2 muka korea tu.
“Ermm.. Okeylaa macam tu. Angah, along cepat habiskan makanan ni. Kita dah nak gerak ni.”
“Okey,Ayah.”Lepas bersarapan, kami pon bergerak nak pergi kerja. Ayah dan along satu kereta. Aku dan akim pulak satu kereta.
Suasana yang sunyi sekali dalam kereta aku dan akim.Kereta aku akim yang drive, maklumla akim taknak bagi aku yang drive sebab kami dua pernah masuk parit sebab belajar motor dulu dengan dia masa sekolah menengah. Dia takut kot aku yang drive.
“Finey,Awak tak berubah langsung kan? Dari dulu sampai sekarang makin comel jer.”
“Awak ni akim.Ko sengaja nak kutuk aku la tu kan‘’
“Awak ni, saya puji awak cakap nak kutuk pulak. Tak baik awak tuduh saya macam tu.”
“Hahaha.Macam ni la akim. Tak tau la bila nak kurus ni.”
“Tak payah la nak kurus. Comel jer pon awak tu. Chubby-chubby.”
“Ko ni kan, nak kena penampar ker?”
“Eyh, taknak. Aku tengah drive ni. Taknak aku masuk parit kali kedua”Kami berdua pon tertawa mengenang masa waktu zaman sekolah menengah dulu. Akim dan aku memang rapat. Dia selalu jaga aku kat sekolah dulu. Aku masih ingat masa tamat sekolah menengah, akim ada nak beritahu sesuatu kat aku. Tapi sampai sekarang takder dia cakap. Dia kata waktu yang sesuai dia akan beritahu..Mereka berdua memang rapat dari sekolah rendah lagi.
“Nanti apa-apa hal, cik finey dan encik akim boleh panggil saya kat telefon yang ada kat opis tu”
“Okey, nanti kitaorang panggil awak yer amy. Teruskan kerja awak ya”Amy pon lalu beredar meninggalkan kami berdua. Aku dan akim terus masuk opis masing-masing.
“Ermm. First day kerja, nak buat apa erk? Takda kerja langsung pulak. Nak kena kenal staf2 kat sini. Aku haus la. Nak buat air la jap.”Aku ketuk pintu bilik opis akim, maklumla opis kami dekat jer.
“Akim, awak nak tak minuman?”
“Ermm.. Tak yah la.. Kan tadi dah sarapan. Kenapa?”
“Tak, saya haus sangat ni. Hahahah”
“Awak suruh la amy buatkan dulu air tu.”
“Taknak la, nanti menyusahkan dia jer. Dia kan sibuk buat kerja. Okeyla, aku nak gi pantri jap.”Aku melintas kat satu opis ni, aku nampak seorang lelaki tengah marah dekat satu staf ni.
“Apa awak buat ni?!!Kan saya dah kata, jangan setuju nak sign dokumen dari datuk asyraf tu!!”
“Tapi encik…Cik riney yang suruh saya sign jer dokumen tu.”
“Hey!! Aku tahu la bapak dia tu bos besar kat sini!! Bapak aku pon ada share jugak saham kat syarikat ni!! Projek ni i yang uruskan, Faham!!”Aku geram sangat kat lelaki tu. Berani dia sebut-sebut bapak aku.
“Yer, Encik. Maafkan saya. Nanti saya inform kat cik riney.”
“Okey, keluar sekarang!!”Lelaki tu terus keluar dari opis dan aku menengurnya.
“Hey! Apahal? Sapa lelaki tu? Sombong nampak?”
“Dia anak dato amin , encik ayman.”
“What?! Anak dato amin?! Why he so rude?!”
“Tak tahu la cik, saya pergi dulu.”
“Okey, teruskan bekerja. Kerja elok-elok yer.”Aku tak kenal siapakah gerangan dato amin.. Tak jadi pegi pantri, aku terus ke opis ayah. Tok!tok!tok
“Assalamulaikum,ayah tercinta. Ayah busy ker?”
“Takla, kenapa datang opis ayah ni?”
“Finey nak tanya ayah satu soalan, boleh?”
“Ermmm.. Okey, tanya ayah la.Macam pelik jer bunyinya tu”
“Ayah, sapa dato amin?”
“Ooo,Dato amin tu kawan ayah sekolah dulu.Kawan rapat tau, sampaila sekarang ni ayah berjaya sebab dia.Dia banyak tolong ayah, dan suatu hari syarikat dato amin muflis sebab kena tipu,ayah tolong dia balik. Dato amin pon dapatkan balik syarikat dia yang kena rampas”Ayah menceritakan segalanya tentang dato amin.
“Aiman pulak?”
“Aiman tu anak bongsu dia.. Dia kerja kat syarikat ayah sementara,bersebab tau.Aiman tu nakal sikit. Melawan cakap orang tua.Ada la satu kes begaduh dengan abang dia,ayril. Ayah dia, hantar ayman keja sini sebagai pengajaran untuk dia. Sebab dia tak berani hadap ayah.”
“Yeke, Ayah? Patutla biadap mamat tu!”
“Eyhhh, jangan cakap macam tu. Ayman tu budak baik tau. Cuma, lepas balik dan habis belajar kat us tu, dia terus berubah. Biasala, finey. Tu sebab ayah tak bagi finey belajar kat luar negara.”
“Elehh, ayah ni. Padahal, dia memang tak bagi finey belajar kat luar negara sebab takut finey tak balik-balik malaysia kan?”
“Budak ni, kita cakap dia, dia cakap kita balik pulak dahh. Aish, pegi keja. Family-family juga. Kerja tetap kerja.”
“Baikla, ayahku tercinta. Finey nak buat air jap, haus sangat ni.”
“Eyh, amy kan ada. Kenapa tak suruh dia jer?”
“Anak bos, anak bos jugak. Kerja kena ikut standard.”Aku terus keluar dan buat air kat pantri.
Tengah aku buat air, teringat balik tentang perbualan dengan ayah tadi. Kenapa boleh syarikat dato amin kena tipu? Siap kena rampas lagi. Mesti kesian hidup mereka masa tu. Siapa la kan ayman tu? Nak sangat aku tengok muka mamat tak guna tu.. Dush!! Dap!!
“Aduii!!”Aku terjatuh dan airku tumpah selepas pintu pantri tu kena tolak mengejut dari luar.
“Alamak!!Basah baju aku!!Woi perempuan! Kau tak reti tengok orang ker?”
Aku bangun, “Eyhh… awak yang tolak pintu dari luar….Heyy!! Mamat tak guna!! Apa yang awak buat kat sini!!”
“Heyy! Perempuan gila!! Kau yang buat apa kat sini arh?”
“Amboi! Banyak cantik cakap orang gila! Kau yang gila tak reti nak bagi signal bawak kereta!!”
“Encik ayman, cik finey!”
“Ooo, kau rupanya ayman! Memang biadap tak seusai dengan muka yang elok molek jer!”
“Engkoo ni…Memang nak kena kan!”Belum sempat mamat tu nak tampar aku, tiba-tiba akim datang menghampiri kami berdua.
“Encik ayman, tolong jaga adab sikit. Sini kat opis bukan tempat nak bergaduh.”
“hey, perempuan! Nanti kau!”Mamat tu belah macam tu jer, tanpa nak minta maaf kat aku.
“Fin, awak okey tak?”
“Aku okey. Cuma sakit hati jer kat mamat tak guna tu.”
“Dahla, baik awak masuk opis. Janganla begaduh kat sini. Tak baik staf lain yang tengok.”
“Okey, baikla”aku geram betul dengan ayman tu,Tak sangka dia mamat tempoh hari yang reti nak bagi signal kat aku. Memang nakal feat biadap dia tu.
“Siapa perempuan gemuk tu adam?Kurang ajar betul!”
“Dia finey, anak dato azlan. Ambik ni, baju ganti encik ayman yang basah tu.”
“Whatt?!Anak uncle azlan?! Sejak bila dia ada anak gemuk macam tu?”
“Cik finey tu baru jer habis belajar minggu lepas.. Hari ni first day dia kerja kat opis ni, encik adam.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience