Bab 08

Romance Series 2702

“Buat apa tercegat kat situ,angah..”tegur mak ros sambil membawa sedulang minuman untuk dihidang diatas meja di ruang tamu.

“Takder, mak ros.. Saja nak ambil angin kat luar rumah ni.”Finey asyik memandang pasu bunga ixora yang dibeli kakaknya waktu dia sekolah menengah dahulu..

“Pandai mak ros jaga tanaman kan..Dah bertahun bunga ni tumbuh kat sini.”Finey memuji dengan hasil kerja tangan makros yang menjaga semua tanaman disitu..

“Bunga ni memang cantik kan..Tanaman ni,kita kena jaga dengan penuh kasih sayang..Barulah subur tau.”
Muncul akim mencelah perbualan mereka berdua.
“Amboi! Borak panjang nampak!Borak apa tu?”kata akim.

“Ada la!! Hal perempuan ! Betul tak finey?”Balas mak ros sambil menuang secawan teh untuk finey.

“Yelahh, tu.. Mak tu asyik nak menangkan finey jer. Dari kecil sampai besar..Cemburu kita dibuatnya..‘’

“Apala awak ni.. Takkan nak cemburu dengan aku kot. Hahaha!! Makros sayang sama rata jer pon..Betul tak makros?”Dia mengenitkan matanya pada makros..
“Betulla.. Lagipon akim kan anak lelaki.. Susah nak mak manjakan..Nah, minum teh ni dulu..”Finey menghirup secawan teh yang bibagi mak ros..

“Ooo, ya!! Awak tak melawat lagi ker makcik sara,Finey?”tanya akim..
“Alamak,!! Dah lama kita tak melawat kan.. Apa kata jam 3 nanti kita pegi rumah dia nak?”Bertukar riak wajah mak ros selepas mendengar nama yang disebut sara.. Bedegup kencang jantungnya bila akim menyebut nama itu..

“Sara mana? Macik mana yang korang kenal ni?Berapa umur dia?”tanya makros dengan tangannya yang gagap menuangkan teh untuk akim..

“Kenapa mak ros?? Mak ros kenal ker?”tanya finey yang hairan mengapa mak ros tertanya pasal macik sara..

“Takder la! Makros nak masuk bilik jap.. Korang minum la teh tu dulu.. Penat mak ros..”Dia pergi meninggalkan mereka berdua..

“Akim, kenapa mak awak tu?”tanya finey.
“Entah,tak tahu.. Mungkin kenal kot. Nanti kita tanya makcik sara..”

***
“Ya tuhan!!Adakah ini masa awak nak bongkar semua?Aku belum bersedia ya Allah tuhanku yang maha esa..Aku terlalu sayangkan akim…”mak ros menangis sambil melihat foto akim waktu bayi dahulu..
Tokk!!Tokk!!tokk!!

“Mak…”akim masuk ke bilik ibunya, dia hairan kenapa ibunya menangis..

“Kenapa mak nangis?Akim ada buat salah ker?”dia duduk di lantai sambil memegang lembut tangan ibunya..

“Takder nak..Mak baik-baik saja.. Mak cuma rindu ayah kat kampung tu..”jawab ibunya..

“Kalau macam tu, minggu depan kita balik kampung nak tak?”tanya akim..

“Boleh juga..Nanti mak tanya uncle azlan kamu nak minta cuti..”

“Mak, akim nak keluar kejap ngan finey.. Nanti kitaorang balik awal..”tanya akim sambil memujuk ibunya yang tengah bersedih..

“Baiklaa. Jangan balik lewat sangat.. Nanti aunty kamu marah mak anak dara dia keluar rumah selalu..Tak tahu la bila mereka nak balik dari singapore tu..”jawab ibunya..

“Baikla, mak.. Akim pergi dulu.. Mak jaga diri kat rumah..Ada apa-apa hal, terus call akim..”Ibunya risau jika akim semakin merapat dengan makcik sara.. Walaupun dia belum tahu siapaka sara yang mereka maksudkan, tapi dia yakin diala sara sahabat baiknya dahulu..
Masih segar ingatannya mengingatkan kenangan kisah lamanya dahulu.. Dimana dia dan sara duduk mengambil angin di taman…..

“Ros, aku nak kau tolong aku.. Aku taknak anak dalam perut aku ni, jadi mangsa kejam suami aku.. Aku minta pertolongan kau…”sara menangis , merayu pada ros agar sudi menolongnya..

“Sara, aku kesian dengan kau.. Apa kata aku tolong kau lari dari sini?! Tinggalkan suami kau yang dayus itu!!”ros memegang eajah temannya itu yang menangis teresak-esak meminta tolong..

“Tak boleh, ros!! Aku pasti kena bunuh dengan dia!! Kau faham dengan keadaan aku!! Aku nak kau tolong ambil budak ni bila lahir, aku janji aku akan lari dari lelaki itu.. Lusa hari anak ini akan lahir..”

“Baiklaa.. Demi kau…Aku sanggup buat apa sahaja demi anak kau, sara..”mereka berpelukan erat sesama sendiri.. Suami sara memang seorang yang sangat kejam dengan temannya itu..

Sampai kat rumah, dia melihat riney tengah asyik bermain dengan ibunya yang tengah sarat mengandung..

“Ros!! Engkau dari mana??kata pergi pasar.. Takda barang pon yang kau beli..”sapa puan latifah yang sedar akan kehadiran makros yang baru balik kerumah..

“Saya tengok macam dah tak segar dah sayur dan ikan kat pasar tu... Tue la saya balik tu..Besok jer la saya beli barang..”jawab mak ros..

“Yeker? Kalau macam tu bagus jangan beli, ros..”

“urmm.. Saya masuk dulu la yer.. Puan main la lagi dengan riney tu.. ” mak ros segera masuk kerumah dan menutup pintu biliknyaa..

“Apa aku nak buat?? Macam mana aku nak tolong sara? Kusut aku memikirkannya!! Macam mana aku nak jaga anak dia?? Aku pon tukang gaji jer..Puan latifah pon sarat mengandung…”Dia terdengar suara riney memanggilnya.. Dia pon bergegas keluar untuk melihat apa yang terjadi..

“Mak ros!!Mak ross!! Mama pengsann!!”jeritan riney yang jelas didengar menambahkan lagi kerisauan mak ros..

“Ya Allah!! Puan latifah!!”Dia terus memanggil ambulans datang.. Selepas itu, dia menelefon suami puan latifah tentang apa yang terjadi pada isterinyaa..

“Apa?! Baikla , sekejap lagi saya ke hospital!!”dato azlan menggapai jaketnya dan pergi meninggalkan kerjanya yang berlambak kat opis..Sampai kat hospital, dia nampak anak sulungnya yang menangis dipeluk oleh mak ros...

“Ros, macam mana dengan isteriku? Dia tak apa-apa kan?!”tanya dato azlan yang risau dengan isterinya.. Dia bertambah rasa bersalah kerana kurang perhatian dengan isterinya yang sedang mengandung..

“Encik suami puan latifah??”keluar seorang doktor lelaki dari bilik icu.

“Ya , saya!! Macam mana dengan isteri saya doktor?!”

“jangan risau.. Isteri anda baik-baik sahaja.. Dia sudah boleh melahirkan anak besok..”makros terkejut bila melihat doktor itu ialah bekas kekasihnya..

“Baikla…Terima kasih banyak doktor..”gembira wajah dato azlan mendengar khabar itu..Dia terus pergi melihat isterinya dalam bilik icu..

“Zainal?? Awak…”ros terkejut melihat zainal yang dikenalnya, betul-betul di depan mata!!

“Ya,ros.. Awak apa khabar?Sudah lama saya mencari awak.. Kenapa awak pergi tinggalkan saya?”doktor zainal dan ros pernah bercinta semasa mereka masi muda dahulu..

“Aku… ”telefonya berdering, panggilan daripada sara.
“Ros!! Aku kat hospital sekarang!! Aku nak melahirkan!!Kejap lagi doktor datang, aku bakal melahirkan!”terdengar suara sara yabg begitu gembira sekali..

“Doktor zainal!! Ada pesakit yang bakal melahirkan!”tegur seorang jururawat dan bergegas segera..
“Jangan-jangan…Zainal..”dia terus mematikan panggilan telefon dan mengikuti doktor zainal..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience