Bab 1

Romance Series 2702

Suasana indah yang dingin, di pagi yang cerah ini , membuatkan lagi lenaku terlelap. Badanku terasa begitu berat sekali untuk terlena daripada mimpi yang indah. Aku begitu gembira sekali pagi ini. Akhirnya! Aku menamatkan juga zaman sebagai pelajar universiti. Alangkah gembiranya jika kami sekeluarga pergi bercuti di musim cuti ini.
“Finey! Bangun woii! Ikan buntal!”suara kakak ku yang nyaring kedengaran selepas pintu bilik ku dibuka.
Aduhai, mak lampir dah datang nak menyerang aku pagi-pagi ini. “Kejap, la mak lampir oii!! Pagi-pagi dah memekak macam mak lampir”aku memusingkan badanku daripada untuk melihat wajah kakak ku riney.
“Bangun, la finey. Dah jam 7 pagi ni. Anak dara apa bangun lewat macam ni.”ujar kakak ku lalu menghumban bantal peluk kesayanganku. “Akak ni, betul-betul ganggu tuan puteri nak beradu jer!”
Seperti biasa, Aku dan Akak berdua saling berpandangan mata, perang bantal pon bermula!!
“Serang!”ujar kakak ku lalu menghumban semua bantal-bantal yang ada kat katil aku.
“hiyaa!! Ambik kau mak lampir! Engko berani nak lawan ikan buntal! Hahahaha! Ambik ko!”kami berdua pon terus berlawan macam perang dunia kedua dah. Akak memang sengaja bawa aku selalu macam ni , supaya aku cepat mencergaskan badan.
“Ya,Allah Ya Rabbi!! along,angah!Apa korang buat ni?! Badan jer besar! Otak kecik!”ibuku ku terus memarahi aku dan along.
“Ni mak, angah ni. Dia tak nak bangun”Along terus berganjak dari katilku. Dengan gaya minta pujinya, mak marah dekat aku jer.
“Mak ni, kejap lagi la angah bangun.Baru pukul 7 kot. Bukan lewat sangat. Along tu nak kacau angah jer.”
“Sama la korang berdua tu.Angah, pegi mandi sekarang terus turun bawah sarapan.”
“Okey, mak. Angah nak mandi la ni.‘’ ibu terus keluar bilik.
“Hahaha, Angah dah kena marah”
“Along! Buat apa tercegat situ lagi?! Sarapan cepat!” aku tergelak lepas tengok along bergegas selepas dipanggil oleh mak.
Selepas mandi, aku terus turun bawah untuk bersarapan. Aku menjenguk ke dapur untuk melihat apa yang mak ros masak.
“Mak ros! Masak apa hari ni?”aku bergurau mengejutkan makros dari belakang.Mak ros ialah tukang gaji kami. Dari kecil sampai kami besar dia bekerja dengan kami.
“Opocot kepala otak kau!!”telatah mak ros yang membuatkan aku tertawa.
“Hahahaha! Aik, mak ros lain macam telatah hari ni! Hahahaha!”
“Angah! Tak habis-habis nak mengacau mak ros. Sama la ngan along tu.”Muka mak ros bekeriut mungkin merajuk dengan aku.
“Alaaa, sayang mak ros. Jangan la merajuk. Makros nak tak angah tolong?”
“Tak payah la angah, Angah pegi jer kat meja makan.Nanti mak ros jer angkat makanan ni”Aku pon berlalu menuju ke meja makan.
“Morning ayah!! Dato Azlan yang paling termasyur!”
“Amboi, teady bear ayah ni, sedap jer mulut panggil ayah macam tu”
“Hahaa. Mestila, ayah kan paling hebat kat dunia ni”
“Dahla,Abang. Angah memang macam ni kan.Maklumla, budak baru abis graduate.”
“Angah, nanti teman akak pegi shoping mall yer! Tunggu habis kerja, akak jemput angah.”
“Yaii! Along , belanja angah sekali la.”
“Yerla penguin!”ujar along lepas menuangkan ayah secawan teh panas yang dihidangkan mak ros, sementara menunggu sarapan siap dimasak.
“Angah,minggu depan ayah bercadang nak suruh angah keja kat syarikat ayah. Ayah nak angah bedikari dan belajar di syarikat ayah tu.”
“Ermm.. Mana jer ayah, Angah okey jer kalau itu keputusan ayah.‘’
“Okey, kalau macam tu, nanti along akan urus semua persiapan untuk angah kat opis.”
“Baikla ayah.Nanti along akan sediakan persiapan. Untuk angah.Along pon tak sabar nak ada orang suruhan ni.”Along memandang aku dengan penuh wajah yang nak tergelak.
“Amboi..Cik riney, kalau berani cubala. Kalau nak rasa penumbuk ni”
“Eyh, sudah. Makan sarapan ni. Dah lewat ni. Abang dan along nak gi keja kan.Borak memanjang nanti, lewat pegi pulak.”kami sekeluarga pon menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh mak ros..

***
Aku begitu bosan sekali duduk kat rumah. Tak tahu apa yang aku nak buat. Ayah dan along dah pergi kerja. Mak pulak sibuk dengan kelas zumba dia dengan aunty zariah. Hanya aku dan mak ros jer dekat rumah.
“Mak ros, buat apa tu?”ujarku.
“Ni tengah kemas pasu mak angah ni. Banyak dah bunga yang rosak. Tu la, mak ros buang dan potong sikit ranting-ranting yang kering ni.”Sambil mak ros mengangkat pasu bunga yang nak dibuang.
“Ooo. Mak ros , akim bila nak balik? Bukan sepatutnya dia dah balik ker?”Aku bertanyakan tentang akim, anak lelaki mak ros. Aku dan akim seumur. Dulu masa kecil lagi, kami berdua memang rapat. Dah besar panjang ni, kami kurang berapat sebab masing-masing sibuk belajar. Akim tu dah macam anak angkat ayah. Semua pembelajaran akim, ayah yang tanggung.
“Akim ada call mak ros tadi.Dia kata mungkin besok dia dah balik. Dia singgah melawat ayahnya kat kampung.”
“Ooo, yeker. Lama tak jumpa dengan akim. Makin hensem kot dia tu.”sesekali aku bergurau dengan mak ros..Mak ros meneruskan kerjanya mengemas taman bunga mak. Aku pon masuk kerumah untuk melihat televisyen.
“Ermm, bosan betul la. Aku nak keluar ke tak erk? Tapi nanti petang kak ros nak ajak shoping pulak.Lagi bagus aku lepak opis ayah.”Aku pon bersiap nak ke opis ayah.
“Mak ros! Finey nak gi opis ayah jap, melepak gitu.Nanti kalau mak balik, bagitau jer finey kat opis ayah.”
“Okey.Hati-hati bawa kereta tu!Jangan pandu laju sangat finey.”Aku pon memandu menuju ke syarikat ayah. Ayah memang seorang business man yang terkenal. Sebut jer nama dato azlan, semua orang akan kenal dengan sifat ayah yang peramah.
“Hello, ayah finey ni.Ayah busy ker? Finey nak gi opis ayah ni, bosan duduk kat rumah”Aku menelefon ayah terlebih dahulu, kot nanti ayah sibuk meeting dengan clien.
“Tak la busy sangat. Ayah baru jer habis meeting tadi.Sapa kawan angah tu?”
“Angah sorang jer ayah. Nak ajak sapa lagi. Takkan la nak ajak mak ros pulak. Tu kalau dia nak juga. Hahahaha”
“Okeyla.Hati-hati bawak kereta tu”Ayah pon mematikan panggilan. Tengah aku bawa kereta, tiba-tiba kereta kat depan aku ni nak membelok tapi tak bagi signal. Aku tekan hon kereta, dia pon berhenti tepi jalan.
“Hoii! Takda otak ker? Bawa kereta tak ingat nyawa orang!”Aku menengking dekat pemandu itu.Keluarla seorang jantan yang tinggi orangnya dan memakai kot hitam.
“Alamak! Badak sumbu pulak da! Hey, perempuan! Kau yang tak reti bawak kereta nak salahkan aku pulak!”Alaamak, dia tengking aku balik pulak.
“Ko yang tak reti nak bagi signal, nak salahkan aku pulak!”
“Aku malas nak layan kau, aku pon urgent sangat nak cepat, Sorry girl!”Dia terus masuk kereta dan tinggalkan aku macam tu jer.
“Kurang ajar, punya jantan! Siap kau kalau aku jumpa lagi! Kau tak tahu lagi aku ni anak sapa!”Aku pon masuk dalam kereta dan menuju ke opis ayah.
Sampai kat opis ayah aku terus mengadu kat ayah.Ayah hairan melihat wajahku yang begitu muram penuh geram.
“Kenapa teady bear ayah ni? Muram jer muka”
“Tak,ayah. Tadi masa angah bawak kereta, ada satu mamat ni masuk simpang tak bagi signal. Angah kejar la Dia suruh mintak maaf. Tapi dia boleh salahkan angah. Dah tu tak minta maaf. Pergi gitu jer.”
“Aik, sampai macam tu sekali? Tak apa la angah, maafkan jer lelaki tu. Mungkin dia nak cepat sangat sampai lupa nak bagi signal kot.”kata ayah.
“Ayah ni, macam nak bela dia jer.”
“Ayah bukan nak bela dia. Bak kata orang, orang buat jahat balas jer dengan kebaikan”
“okeyla. Angah nak gi opis along jap.”Aku pon keluar nak mencari opis along.
“Eyh cik finey!! Apa khabar?‘’seorang perempuan menegurku.
“Ooo ya, saya sihat. Awak siapa yer?”aku membalas sapaan perempuan tu.
“Tak kan tak ingat cik finey? Saya haira la,budak panda sekolah menengah dulu.”
“Oooya!! Haira! Kau ker ni? Asal kau kurus ni? Setahu aku masa kat sekolah menengah kau gemuk juga macam aku.”
“Tu dulu, sekarang aku dah kurus. Cik finey pulak kenapa tak kurus lagi??”
“Maklumla haira.. Makin bahagia katanya. Okeyla, aku nak gi opis akak aku jap.”
“Okey-okey. Jumpa awak lagi yer nanti.Tak sabar tunggu awak masuk keja sini.”Cepat betul cerita aku nak masuk keja kat syarikat ayah tersebar.Akhirnya, aku jumpa juga opis along.
“Along!!”aku menolak pintu opisnya tanpa membagi salam.
“Angah ni, cuba la ketuk pintu dulu.”
“Hahahaa.Saja nak kejut along. Along kan suka kacau angah.”
“Yelaa tu.Angah buat pa kat opis ni?”
“Angah bosan duduk rumah, tu yang angah nak melepak jap kat syarikat ayah ni.”
“Kebetulan, along dah siapkan opis untuk angah. Jom along bawak angah melawat bakal opis angah tu.”
“Amboi, begaya nampak. Okey, jom.”

“Wah,along!! Besarnya opis angah! Cantik pulak tu!”
“Mestila.Tengok la sapa prepare semua ni.”
“Alaaa. Begaya betul. Padahal dia mengarah jer.Budak opis yang buat.”
“Hahahaha.”kami sama-sama tergelak. Aku begitu kagum sekali. Dengan set sofa bewarna hitam berkilat, meja opis yang kemas, kerusi opis aku yang cantik berkilat, dan lebih menawan lagi tingkap aku yang menampakkan pemandangan bandar kat luar. Aku terus tak sabar nak memulakan kerja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience