"Kau ni biar betul Ainul? Kau ni memang gila lah. Kau tak kenal lagi mamat ni lepastu tiba-tiba setuju bawa balik mamat ni balik kampung."kata Syafiq sambil melihat dengan perasaan pelik dan tidak puas hati.
"Saya memang ikhlas nak kahwin dengan dia bang."kata Naim.
"Siapa abang kau? Aku kenal kau pun tak. Tiba-tiba nak panggil aku abang. Tiber."kata Syafiq berlalu pergi dari situ.
Sejak hari itu mereka sudah tidak melihat lagi kelibat Syafiq. Ainul ada pergi ke rumah Syafiq dan ke kebunnya akan tetapi seperti tiada orang. Ainul tahu bahawa Syafiq ada di rumah kerana setahu Ainul,Syafiq merupakan lelaki yang selalu membantu orang kampung. Syafiq akan keluar pada pagi hari untuk ke kebun milik arwah bapanya. Pada tengah hari dia akan pulang ke rumah. Pada waktu petang pula dia akan meluang masa dengan mengelilingi kampung dan bakal menolong orang kampung yang berada di dalam kesusahan.
Enam bulan kemudian berlangsung majlis pernikahan antara kedua mempelai iaitu Nur Ainul dan juga pasangannya Muhammad Naim.
"Tahniah. Kau jaga si Ainul ni baik-baik walaupun dia gila-gila."pesan Syafiq sambil bersalaman dengan Naim.
"Weh aku ingat kau tak datang dah sebab aku cari kau satu kampung tetapi tak jumpa. Aku sampai cari kau dekat pekan. Hari-hari aku cari. Kau pergi mana doh selama enam bulan ni?"kata Ainul sambil menangis kerana dia berfikir bahawa satu-satunya sahabat dia tidak hadir ke majlis perkahwinan.
"Janganlah nangis monyet nanti buruk. Sebenarnya aku datang ni nak makan je bukan nak jumpa kau pun."kata Syafiq sambil senyum menahan nangis.
"Asal kau nangis?"tanya Ainul.
"Dah kau nangis so aku nangis je la."balas Syafiq berlalu pergi ambil makanan.
BERSAMBUNG
Share this novel