"Cik Puan Ainul tolong turun ke padang sekarang saya kira sampai lima kalau awak tak turun,awak pusing padang."kata Naim.
"Mati lah aku. Macam mana la aku boleh tertidur pula."kata Ainul sambil lari menuju ke padang.
"Ok semua dah ada dekat sini kan. Mari kita sambung aktiviti pengenalan kita."kata Adam Senior Tahun Akhir.
Setelah majlis pengenalan berakhir Ainul pun pulang ke asrama. Dia berjumpa dengan rakan kongsi dia. Dalam bilik mereka mempunyai empat katil dua tingkat. Mereka berkongsi dengan empat orang senior tahun dua. Ainul berkongsi dengan Olivia,Auni dan Amani yang merupakan junior sepertinya. Senior tahun dua itu merupakan Ana,Suraya,Zurina dan Mashitoh.
Sebulan kemudian mereka mula menjadi akrab dan membuat kerja dan belajar bersama-sama pada waktu malam. Akan tetapi semuanya berubah apabila pada suatu hari Naim yang merupakan seorang lelaki yang digilai oleh semua pelajar perempuan memberitahu kepada Ainul bahawasanya dia cinta akan Ainul.
Sejak hari itu, Ainul dikeji kerana dikatakan menggunakan cara kotor bagi mendapatkan hati Naim. Semua rakan-rakannya mengelak untuk berkawan dengannya. Dia dianggap seorang perampas walhal dia tidak melakukannya.
Pada suatu hari,Ainul pergi berjumpa dengan Naim.
"Disebabkan awak semua orang tak nak kawan dengan saya. Satu universiti cakap macam-macam tentang saya.Tak sampai satu semester lagi orang dah mula mengelak dari saya. Macam mana saya nak lalui kehidupan universiti saya kalau macam ni?"kata Ainul sambil tersedu-sedan akibat menangis.
"Sabar. Apa kata kita kahwin?Nanti orang dah tak boleh nak kata apa-apa tentang kita."cadang Naim.
"Awak cakap senang la. Yang nak kena lalui saya bukan awak."balas Ainul.
"Saya tak kira cuti sem ni kita jumpa mak ayah awak."kata Naim tegas.
"Saya anak yatim. Mak ayah saya dah meninggal 10 tahun lepas. Saya duduk dengan nenek saya je."balas Ainul dengan riak yang sudah mahu menangis.
"Itu tiada masalah. Saya ikhlas nak halalkan awak."balas Naim.
"Kalau macam tu saya akan fikir-fikirkan dulu."balas Ainul.
BERSAMBUNG
Share this novel