Sekali lagi Ainul termakan pujuk rayu Naim. Sekali lagi Ainul menerima maaf Naim. Dia berharap agar Naim akan merubah sikapnya.
Tanpa dijangka, pada malam itu Ainul mendapat satu panggilan telefon daripada suaminya akan tetapi bukan suaminya yang bercakap akan tetapi seorang lelaki.
"Assalamualaikum, Puan Ainul. Saya Hakimi dari Pejabat Agama. Suami Puan ditangkap khalwat bersama seorang wanita di sebuah bilik hotel. Puan diminta ke pejabat agama."katanya.
Berderai air mata Ainul. Telefon pintar yang dipegangnya jatuh menimpa lantai.
Ainul terus bergegas ke tempat yang diberitahu. Apabila Ainul melihat Naim terlintas di fikirannya tidak cukupkah dia sampaikan suaminya sanggup curang.
Usai mereka bertiga bergegas pulang. Sepanjang perjalanan Ainul hanya mendiamkan diri dan meratapi nasibnya.
Pada suatu hari,Syafiq terserempak dengan Naim dan Amira iaitu isteri baru Naim. Sebaik sahaja melihat kejadian itu, Syafiq terus mengambil telefon pintar miliknya dan menghubungi Ainul.
"Assalamualaikum,Ainul. Aku ternampak suami kau dengan perempuan lain sambil berpegangan tangan dengan perempuan lain."kata Syafiq.
"Itu isteri baru Naim."kata Ainul dengan nada hampa.
BERSAMBUNG
Share this novel