Gerak Gempur

Other Completed 1494

"Naim nanti rehat kau free tak?"soal Isya. "Free kenapa?"tanya Naim. "Ha baguslah kau free. Lagipun rehat ni diorang nak adakan study group dekat library. Cikgu Sri pun ada sekali." Isya menjawab dengan nada sedikit teruja apabila Cikgu Sri sudi ajar Geng 6A. Tetapi lain pula bagi Naim. Air liur diteguk beberapa kali apabila mendengar nama Cikgu Sri. "Naim you don't worry ok. Cikgu Sri tak makan orang pun." kata Akif sambil tangannya menepuk bahu Naim.

Kringg..... loceng rehat berbunyi. Para pelajar berpusu-pusu pergi ke kantin. Bermacam ragam yang dapat disaksikan bila tiba waktu rehat. Ada yang terpaksa menadah telinga mendengar celotah rakan, ada yang mahu mengisi perut dengan makanan dan bermacam-macam lagi. Dalam ramai-ramai pelajar di SKKM ada sekumpulan murid yang diberi nama Geng 6A. Kumpulan ini ialah kumpulan yang terdiri daripada sebelas orang murid dari kelas 6Amanah iaitu Isya,Nadiah,Ain,Alisya,Tivona,Syarifah,Harith, Akif,Idham,Azfar dan Naim. Jejak langkah mereka sama iaitu bergegas ke perpustakaan. Hari ini mereka akan adakqn study group untuk gerak gempur esok.

********************
Tok...tok.. bunyi pintu diketuk. Tangan Naim segera memulas tombol pintunya. "Ibu? Ibu buat apa kat sini?" soal Naim. Ibu Naim tersenyum lalu menjawab "Ibu nak panggil kamu makan. Sejak balik tadi asyik berkurung dalam bilik jer. Nak belajar tu boleh tapi ada had nya. Makan minum tu semua kena jaga." Naim mengangguk.

Jam menunjukkan tepat 10 malam. "Huarghhh" Naim menguap entah berapa kali dia menguap. Matanya sudah mula penat. Jari telunjuknya menutup suis lampu dan menghidupkan suis lampu tidur. Sebelum itu buku-buku sudah pun diletak di rak buku. Naim merebahkan diri di katil yang empuk. Beberapa saat kemudian Naim sudah terlelap.

Kringggg... jam loceng Naim berbunyi. Naim bingkas bangun lalu menuju ke bilik air. Selepas menyegarkan diri serta berwudhuk, Naim segera menyalin pakaian dan membentang sejadah untuk menunaikan solat fardhu.

***************
"Baiklah semua. Sila simpan semua buku nota nota yang tidak berkenaan di dalam beg. Keluarkan alat tulis dan sila letak beg di belakang." Arah Cikgu Tusiah. Spontan semua pelajar tahun 6Amanah menyimpan semua buku serta nota dan mengeluarkan alat tulis kemudia beg diletak dibelakang.

Setelah semuanya selesai, Cikgu Tusiah segera mengedarkan kertas soalan Matematik. Dengan lafaz Bismillah semua pelajar mebuka kertas soalan dan mula menjawab. "Baiklah semua berhenti menjawab. Letakkan pensel di atas meja." Kata Cikgu Tusiah.Kemudian dia mengutip satu persatu kertas jawapan yang tekah dihitamkan. Setelah semuanya dikutip dia terus bergegas ke bilik mesyuarat.

Buat seketika kelas 6 Amanah menjadi riuh. "Naim macam mana tadi? Dapat tak jawab semua?"soal Isya. Naim mengangguk. "Boleh lah tapi ada satu soalan aku hentam sebab soalan tu soalan KBAT. Pening kepala nak jawab." kata Naim. "Oh aku tahu kau sebenarnya belum menguasai KBAT kan. Ha apakata esok kita buat latihan soalan-soalan KBAT.Ha macam mana Sya setuju?"Nadiah memberu cadangan. "Aku ok jer. Tapi aku pun tak lah berapa mahir KBAT. So esok biarlah Harith pula yang ajar kita. Sebab dia yang paling mahir bab soalan KBAT MATHT." kata Isya. Nadiah mengangguk. "Ha ok lah aku nak pergi fotostate soalan BI untuk petang nanti. Ha petang nantu jangan tak datang pula ya Sya kau tu lemah BI so wajib hadir." kata Nadiah sebelum melangkah ke kedai buku.

Setelah beberapa hari, tibalah hari Isnin. Hari itu merupakan hari menakutkan setiap kali habis gerak-gempur. "Ok class macam biasa harini saya akan bagi kertas periksa masing-masing. Sebelum itu saya ingin korang semua berikan tepukan pada Hairul Naim kerana dapat meningkatkan prestasi dari C ke A. berikan tepukan."semua pelajar memberikan tepukan paling bersemangat untuk Naim. Naim pula malu-malu apabila satu kelas berikan tepukan. "Macam biasa markah yang tertinggi disandang oleh Isya dengan marakah 98%. Kemudian Harith dengan markah 97%. Nadiah 90%. Alisya, Ain dan Tivona mendapat markah sama iaitu94%. Akif dan Azfar mendapat 89% manakala Idham mendapat95%. Naim awak pula 85%. Sila ambil kertas masing masing di hadapan. Oh ya Naim kamu nanti ikut cikgu. Cikgu nak bagi hadiah dekat kamu." kata Cikgu Sri. "Baiklah cikgu."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience