GAGAL MATH LAGI?

Other Completed 1494

"Hairul Naim.."suara lantang Cikgu Sri membuatkan satu kelas 6 Amanah kecut perut. Lambat-lambat Naim berdiri dan bergerak ke hadapan kelas. Cikgu Sri menghulurkan kertas MT kepadanya. Tangan Naim terketar-ketar mengambil kertas itu."Markah kamu 56%. Asyik gagal jer. Ini kali kedua awak gagal dalam gerak gempur. Walaupun markah meningkat tapi tetap C!" Cikgu Sri memberikan kata kata yang amat garang.

Mata Naim tertunduk memandang kertas gerak gempur. "huh" satu keluhan yang amat berat dilepaskan."UPSR dah nak dekat macam mana ni? Minggu depan ada Gerak Gempur lagi."pelbagai soalan bermain dimindanya.

"Hai Naim." sapa Isya. "Hai Sya." "Kenapa dengan kau ni? Bukankah markah awak meningkat? Why you look so sad?" soal Isya hairan. "Huh.. memanglah dah meningkat tapi cikgu Sri masih tak boleh terima.Dia cuma nak B atau A jer. yang lain tu anggap gagal. Macam mana ni." Naim membalas dengan nada yang resah.

"Ha baru aku ingat petang ni kami ada buat study group. So kau boleh lah join sekali." Naim mengangguk. "Tapi boleh ke? Diorang tak kisah ke?" soal Naim. Isya menggeleng. "Kalau kau nak pandai kau boleh join tapi kalau kau tak nak aku tak paksa."kata Isya sebelum berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience