6A kami punya

Other Completed 1494

Setelah beberapa bulan Geng 6A mengerah tenaga untuk mendapat keputusan yang baik. Setelah mereka meghadapi Percubaan UPSR, kebanyakan mereka seperti sudah bersedia untuk menjawab soalan UPSR yang sebenar. Berikut adalah keputusan Percubaan mereka.
>Naim = 4A 2B
>Harith=5A 1B
>Akif=5A 1B
>Idham=6A
>Azfar= 5A 1B
>Isya= 5A 1B
>Syarifah= 5A 1B
>Alisya=4A 2B
>Tivona=6A
>Nadiah=5A 1B
>Ain=6A

"Berdebarnya tinggal sehari sahaja lagi sebelum menduduki UPSR. Rasa gementar pun ada juga." Isya memulakan perbualan. "Betul tu sebab kita kena cukup tidur. Banyak kan berdoa dan solat." Harith memberi nasihat. mereka semua yang bagaikan adik beradik mengangguk tanda setuju. Kemudian suasana menjadi sepi. Masing- masing sedang menikmati makanan. Setelah selesai, mereka bergerak ke perpustakaan.

"Korang.."panggil Naim. mereka berhenti secara tiba-tiba dan memandang Naim. "Ya kenapa Naim?" soal Idham. "Thanks" ucap Naim sambik tersenyum. "Thanks for what?" soal Azfar. "Sebab
korang sudi belajar dan ajarkan aku." jawab Naim. " Its oklah Naim. Lagipun misi kami dah pun selesai. Kami pun happy kalau kau berjaya."kata Isya. "Sekejap misi? Misi apa?" soal Naim. "Misi mengajarlah" jawab mereka hampir serentak. "oh" kata Naim sebelum mereka ketawa bersama.

********
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Selama empat hari calon-calon UPSR menduduki peleriksaan. Alhamdulillah selama empat hari itu juga kesemua ahli Geng 6A berjaya menjawab soalan-soalan yang sukar dengan tenang dan tidak sedikit pun berasa cemas.

Setelah kesemua kertas dijawab,kini mereka perlu menunggu sebulan pula. Selama sebulan itu proses penandaan akan dijalankan.

Setelah sebulan berlalu, slip keputusan telahpun diedarkan di sekolah-sekolah tertentu. Para ibubapa menunggu dengan sabar.

"Baiklah nama yang saya panggil sila ke hadapan ya..."kata Cikgu Wana. Semua pelajar tahun 6 mengangguk. "...Nadiah,Tivona,Naim,Isya,Harith,Idham, Alisya,Ain,Azfar,Akif dan Syarifah dari kelas 6 Amanah. sila ke hadapan" kesemua nama tersebut merupakan ahli Geng 6A. mereka segera kehadapan dengan hati yang berdebar-debar.

"Tahniah diucapkan kepada kamu sebelas orang kerana mendapat 6A dengan cemerlang. Sila berikan tepukan gemurah pada mereka." Maka sejurus perkataan 6A disebut mereka semua bagaikan tidak percaya. Satu dewan digegarkan dengan tepukan yang gemuruh. Naim sendiri bagaikan tidak percaya. Tanpa disedari mereka menitiskan air mata kegembiraan. Ibubapa mereka juga menitiskan air mata kegembiraan. Terharu dengan usaha mereka. Segala penat lelah tidak pernah mereka mengeluh.

Di hujung satu sudut Cikgu Sri menangis kegembiraan kerana anak muridnya berjaya mendapat 6A. Bukan setakat Cikgu Sri seorang malah Cikgu Zap, Sir Arif dan juga Cikgu Tusiah juga turut gembira dan terharu.

Naim ternampak Cikgu Sri terus memberirahu kepada mereka yang lain
Geng 6A terus berlari mndapatkan Cikgu Sri. Bagi Isya,Nadiah,Tivona,Alisya,Ain dan Syarifah mereka memeluk erat Cikgu Sri. Banyak kali mereka mengucapkan terimakasih. Manakala Naim,Idham,Azfar,Harith dan Akif hanya bersalaman dengan Cikgu Sri dan Cikgu Tusiah dan mengucapkan terimakasih. Tetapi bila sampai sahaja pada Cikgu Zap dan Sir Arif mereka berlima terus memeluk erat cikgu lelaki tersebut.Mereka semua mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu-cikgu yang banyak berkorban demi mereka. Kini jasa guru yang telah mengajar mereka dibalas dengan keputusan yang cemerlang......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience