Rate

THE ASSIGNMENT

Fanfiction Series 2404

7 OKTOBER 2039 / KUALA LUMPUR / MUSIM PANAS

KOPERAL JIMIE
ASKAR DIRAJA JOHOR
CODENAME : TIADA

Aku duduk sepi di suatu tempat asing, jauh dari sesiapa pun, tiada apa yang menemani aku melainkan kegelapan yang sengaja dicipta oleh sekumpulan manusia di sini.

Sesekali kedengaran bunyi derapan kaki orang berjalan di sekitar aku, namun aku tak mampu melihat apa2, ini semua kerana kepalaku diserkup dengan kain hitam, ini memang akibat yang aku terima akibat kegagalan dalam tugasan aku.

Tak sangka aku dikhianati rakan sepasukan aku, kini aku di sini, di dalam bilik interogasi menghadapi seksaan demi seksaan demi mengutip secebis maklumat dari diri aku.

Mereka sudah puas bermain cara kasar , namun hasilnya kosong, kini mereka menggunakan sistem psikologi dalam mendapatkan maklumat.

Aku tak sedar sudah berapa lama aku duduk dengan diserkup kain hitam , tanganku diikat dan disuruh duduk aku rasa sudah melebihi 3 hari, pinggangku dan seluruh badanku rasa sakit dan pedih sekali, begitu juga mentalku, tidak diberi makan dan minum , bibirku kering hasil dari dehidrasi.

Sialan.

"ZAP"

Serkup kain hitam di kepala ku dibuka dengan kasar , dan lampu spotlight dibuka tepat diarah ke wajahku, hampir2 aku tidak dapat membuka mataku impak kejutan cahaya tiba2 menerjah ke penglihatanku.Aku cuma mampu memalingkan wajahku ke arah lain.

Dan...

Satu sepakan kuat mengenai tengkukku. Cukup untuk mencampakkan aku jatuh bersama kerusi kayu yang mengikat aku.

Masih terlalu awal untuk aku mengeluh kesakitan, ini baru permulaan.

"Askar diraja Johor, untuk apa kau datang ke sini" soal lelaki yang menyepak aku sebentar tadi.

"Kem Tentera Republik Malaya, bukan mudah dibolosi oleh orang2 macam kau, aku sudah memperhatikan interogasi kepada kau yang dilakukan anak buah aku lebih dua minggu, dan guest what?, aku tak boleh bersabar lagi dengan kau"

"Berikan apa yang kami perlu tahu, dan aku janjikan kepada kau kematian yang Mudah dan kurang Terseksa" tambahnya lagi.

Tidak dilayan oleh aku.

Dan akibat perbuatan sambil lewa segera aku tanggung dengan dia menyentap rambutku dan menegakkan aku lalu bertubi2 tumbukannya diberikan kepada aku.

"Siapa kau?"

"Apa misi kau?"

Soalan sama diulang2 kepada aku. Namun aku masih percaya yang "berdiam diri adalah senjata yang paling terbaik bila menghadapi situasi seperti ini" .

Dan kesudahannya dia sendiri yang keletihan. Dengan tertunduk aku dapat merasakan darah di dalam mulutku menitik2 keluar, sial, rasanya lebih 3 batang gigiku patah.

"Serkup semula kepalanya!!" Arah lelaki itu dan perintahnya segera dipatuhi oleh anak buahnya.

Sebelum kepalaku diserkup, aku mengatakan sesuatu kepadanya.

"tu je kau mampu buat"

Dengan sepantas kilat dia memusingkan wajahnya kepada aku, aku dapat rasakan dia tidak akan berdiam diri dengan kata ejekan dari aku.

Dan tekaan aku selalunya tepat.

Dia mencapai sepucuk "electric shorker" di atas meja kayu di dalam bilik interogasi.dan dengan langkah angkuh dia datang kepada aku.

"Aku nak dengar lagi sekali kata2 kau tu, itupun kalau kau rasa kau ada telur nak cakap lagi sekali" katanya sambil sengaja menekan suis electric shorker bagi menakut2 kan aku.

"Kau cuma berani pada seseorang yang terikat seperti aku" balasku.

"Dan aku ingat kau bisu, akhirnya baru keluar suara" balasnya.

"Silent will always be our best weapon (berdiam diri adalah senjata kita yang terbaik)" kataku sambil mempamirkan senyum paksa.

"Apa yang kau nak?" Soal lelaki itu.

"Jika aku perlu disoal siasat, aku harapkan seseorang berpangkat lebih tinggi dari kau untuk menyoalku" jawabku.

"Ha....ha....ha...." dia membalas jawapanku dengan ketawa besar sehingga berair matanya.

Setelah tawanya terhenti, dia menjeling aku dan mula mempamirkan senyuman sinis.

"Lepas aku gergaji kau hidup2, aku nak tengok kata2 angkuh dari kau ni mampu keluar dari mulut kau lagi atau tidak" katanya.

" dan aku tak sangka,pondan boleh mengeluarkan kata2 ugutan sebegitu mengerikan" kataku memulakan jarumku, memang niat aku untuk dia dicabar supaya aku boleh meneruskan plan ku.

Si pondan pun terus keluar dari bilik interograsi sambil membelakangi aku dia menghadiahkan jari tengahnya kepada aku.

Dan kini hanya aku seorang di dalam bilik semacam neraka ini.

aku segera membuka genggaman tanganku, di dalamnya tersisip kemas sebutir wang syiling.

Aku akan gunakannya untuk memotong ikatan tali di tanganku.ia akan mengambil sedikit masa namun aku yakin aku dapat mengatasinya.

**************

Era Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat yang masih disokong oleh Majlis raja2 telah tamat pada Perang 9 Hari yang terjadi pada 9 Mac 2020, pada tahun 2018 , telah terjadi sebuah pilihanraya bersejarah yang menyaksikan parti politik terkuat yang menerajui Malaysia selama lebih 30 tahun ditumpaskan oleh parti ikatan lawan , besar harapan penduduk dan rakyat untuk menyaksikan perubahan dasar politik yang lebih baik dan telus dari parti baharu yang berkuasa, namun segala perkara baik hanya berlangsung tak sampai satu tahun, parti politik baru ini, telah mematikan sistem raja2 dan para raja dan sultan diturunkan takhta dan dihalau ke merata tempat untuk hidup dalam buangan di sana.Dasar politik baharu yang lebih kejam diperkenalkan, rakyat dihambat lebih teruk dari binatang bila cuba menentang Kerajaan, dan pada ketika itu, Tentera Diraja Johor dibawah perintah Sultan yang masih berdaulat mengambil inisiatif keluar dari gagasan Malaysia, adakah tindakan mereka dibenarkan?, jawapannya tidak, mereka digempur habis2 an, oleh kerajaan pusat, sehingga bandar Johor Bahru nyaris2 menjadi padang jarak padang tekukur seperti bandar GROZNY / CHECHNYA dan HUE / VIETNAM . Hingga akhirnya campur tangan PBB dan NATO berjaya membuatkan kerajaan pusat rela melepaskan Johor menjadi sebuah negara merdeka. ada juga perang susulan namun akhirnya ditamatkan oleh PANGLIMA TENTERA ATM yang belot muak dengan kerenah pengamal politik dan merampas kuasa dalam perang 9 hari.kenapa dikatakan 9 hari, ini kerana hanya 9 hari sahaja diperlukan untuk merampas kuasa di dalam pemberontakan ketenteraan, Malaysia yang dulunya mengamalkan demokrasi kini melaksanakan pemerintahan kediktatoran ala ketenteraan malah namanya diubah kepada Republic Malaya dan sang panglima diangkat menjadi PRESIDEN pertama republik, malah walau Negara Johor juga mengamalkan hubungan dua hala dengan negara baru ini, namun keamanan yang dikecapi lebih sedekad dimusnahkan oleh The New Nazi pimpinan Sazler yang mampu mengalahkan perikatan Eropah , EMPAYAR BRITISH ditumpaskan , PERANCIS dijajah dan seluruh Eropah tunduk kepada ikatan baru yang diterajui oleh GERMAN dan ITALY, sekali lagi ,dendam 1942 akhirnya dilepaskan dengan lebih hebat, AMERIKA yang selama ini berlagak sebagai kuasa besar dunia hilang punca apabila separuh dari NEW YORK, LAS VEGAS DAN WASHINGTON diserang dengan teknologi baru senjaya kimia bernama NOVA 6 lebih hebat dari nuklear Kebanggan mereka buatan GERMAN , dunia hanya diberi satu peluang sahaja, tunduk dengan kekuasaan mereka, atau bersedia berperang. Hanya RUSSIA sahaja yang masih bertahan walaupun terlalu banyak kekalahan yang ditanggung mereka, mereka masih mempertahankan ego mereka sebagai salah satu negara berkuasa VETO. VETO yang hanya tinggal nama, German Menyasarkan pengaruh mereka kepada negara2 membangun seperti Republik Malaya dan Royal Johore namun tidak dilayan oleh perikatan Johor dan Malaya,sehingga akhirnya presiden generasi ke 3 Malaya dikhianati dan dibunuh oleh timbalannya yang merampas kuasa dan akhirnya Republik Malaya menjadi negara perikatan bersama New Nazi , bukan Malaya sahaja namun hampir 80% negara2 asia memilih untuk bersatu dengan New Nazi , namun Royal Johor memilih untuk bergabung dengan perikatan RUSSIA ,mengundang kemarahan NEW NAZI dan TENTERA REPUBLIK MALAYA ,maka dengan sokongan penuh NEW NAZI , republik Malaya mengisytiharkan perang kepada ROYAL JOHOR , dan masuk hari ini sudah lebih setahun kami masih berperang, dan kerana itulah aku ada di sini hari ini.ditangkap dan diseksa, bukan kerana aku gagal dalam tugasanku, malah bukan juga kerana pembelotan rakan seperjuanganku, aku dan ibu pejabat ketenteraan sedia maklum tentang pengkhianatan mereka dari awal lagi, aku diarahkan untuk berpura2 terperangkap untuk membolehkan aku masuk ke dalam KEM KEMENTAH.

Kenapa...?

Kerana hari ini, seorang Jeneral tertinggi dari NEW NAZI bernama HAMSEL EMMERICH ada di sini.

Untuk perbincangan dua hala bersama GERMAN dan REPUBLIK MALAYA.

Misi aku, mudah, MEMASTIKAN KEMATIAN SANG JENERAL.

Dan, akhirnya Syiling itu berguna jugak.

Ikatan di tanganku sudah terlerai.

Baiklah, sebelum apa2 , aku kena cari dulu si pondan yang mematahkan gigi ku , aku akan ajar dia erti penyesalan.

Siapa nama dia , Oh, ya... NIZAM, MEJAR NIZAM .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience