Rate

MISSION ACHIEVEMENT

Fanfiction Series 2404

"Aku masih bertolak ansur dengan kau lagi, tapi tak bermakna aku ni baik hati" kataku kepada tentera pengawal yang telah kugantikan tempatnya dengan aku malah baju kami juga telah bertukar.

"Di mana bilik Mejar Nizam?" Soalku kepadanya.

Tidak dijawab oleh dia, ahh, pastilah, aku sumbat kain dalam mulut dia, macam mana dia nak jawab.dengan segera aku mengeluarkan gumpalan kain di dalam mulutnya.

"Tolong, tolong jangan bunuh aku, aku masih ada isteri dan anak2 yang menunggu kepulangan aku" katanya kepadaku.

"Baiklah, dengan syarat, beritahu aku lokasi Mejar Nizam, simple, dan aku biarkan kau hidup"

"Dia ada di Markas 4 berek nombor 12, namun bukan mudah untuk ke sana, hanya pegawai berpangkat leftenan ke atas sahaja dibenarkan masuk ke sana" jawabnya.

"Oh, begitu, tak mengapa, lagipun aku dah pun bertukar pakaian dengan kau, jadi urusan seterusnya pasti lebih mudah"

"Tapi....."

"DUB"

Aku terus menumbuknya sehingga pengsan, ok, kali ni aku akan letakkan serkup kepala hitam ini padanya, dengan harapan tiada sesiapa menyedari aku telah bertukar posisi dengan nya.

Kebetulan pula, seragamnya muat2 dengan badanku, lalu aku menyarung beret hitam di kepalaku dan membersihkan bekas2 luka di wajahku, aku harap aku dapat bergerak bebas dan menyusup masuk ke markas 4 dengan mudah melalui penyamaran ku ini.

************
4 OKTOBER 2039 / STALINGRAD / MUSIM SEJUK

KAPTEN NATASHA ROMANENKO
SPETSNAZ
CODENAME : EYE

Aku merangkak perlahan2 di timbunan beratus2 mayat tentera Russia yang terkorban pada pertempuran di sebelah siang hari.dari sini aku dapat melihat dari jauh dua orang askar Jerman sedang duduk bersembang sambil anjing peninjau mereka dibiarkan melahap daging mayat yang telah mati.

Jahanam betul, mereka tak tahu menghormati manusia lain, sekurangnya walaupun perlu membunuh namun hormatilah pihak lawan yang telah terkorban.

Aku melihat ke arah langit, beratus2 ekor burung gagak sedang terbang mengelilingi mayat2 tentera ini, pastilah mereka datang, mereka menghidu makanan mewah yang telah disediakan untuk mereka.

Aku merangkak perlahan2 lagi, namun langkahku terhenti pada satu mayat di hadapanku, aku ternampak rantai yang berlogo salib di lehernya.agak janggal untuk melihat adanya tentera yang masih mengamalkan kepercayaan beragama di era ini. Agama bagi ku bukan apa2 pun, kadang2 aku hairan dengan sikap sesetengah manusia yang merayu tuhan untuk meringankan penderitaan yang mereka hadapi. Duduk bertakafur sambil memuji tuhan dan berdoa untuk keselamatan diri mereka.

Namun, mereka tetap mati, sama lah keadaannya seperti lelaki yang telah menjadi bangkai di hadapan aku sekarang dan sebentar lagi dia bakal menjadi makanan lazat kawanan gagak.

Bagiku tidak ada tuhan.

Dan jika ada pun, pastilah tuhan itu zalim.

Mengapa, tergamak tuhan mencipta manusia hanya untuk membinasakan sesama sendiri.jadi terserahlah apa perlu orang katakan padaku, jika aku digelar ATHEIS maka biarlah aku menjadi ATHEIS , kerana aku hidup untuk menggalas misi penting buat dunia, dan salah satunya ada di sini.

Aku memanjat timbunan mayat yang agak membukit dan aku memasang stetoskop di sniper dragunovku.

Menggunakan mata kiriku yang agak istimewa, aku menetapkan sasaranku kepada 2 askar jerman yang sedang bersembang kosong di penjuru tangga di hadapan rumah kosong yang aku pasti penghuni rumahnya telah menjadi korban perang.

Aku cuma mempunyai masa 0.5 saat menembak askar yang berdiri dan 0.5 saat untuk menembak askar yang sedang duduk.

"ZUPP"

Tembakan dilepaskan dan HEADSHOT kepada askar yang sedang berdiri , bersepai kepalanya akibat tujahan peluru bersaiz 1.2mm milikku.Namun masih terlalu awal untuk berasa bangga dan puas hati , askar yang sedang duduk segera melompat untuk mencapai STYER miliknya, namun ....

"ZUPP"

Tembakan kedua dilepaskan ketika dia masih dalam momento lompatan, belum sempat dia mencapai rifle nya atau lebih tepat belum sempat dia menyentuh bumi peluru milikku terlebih awal menembusi otaknya.

Ok, aku takkan suka2 digelar "EYE" atas sebab tiada apa2.aku cuma seorang wanita biasa berambut perang namun mempunyai kecacatan mata dikenali "Heterochromia Iridium" kecacatan yang mana membuatkan mata kananku berwarna biru dan mata kiriku berwarna hijau. Istimewa bukan. Namun mata kiriku lebih istimewa kerana dipasang sejenis alatan canggih milik RUSSIA dikenali "INFERNO" , sejenis alat yang jika ditanam di dalam mata mampu membuatkan ketepatan dan accuracy tembakan tepat yang luar biasa, Inferno mengawal gerak saraf mata dan gerak tubuh, yang mana bila sasaran telah ditanda dengan "Inferno" hampir mustahil untuk sasaran melepaskan diri. Jadi kerana itulah aku sangat dibenci oleh askar Jerman. Malah harga yang ditawarkan untuk kepalaku sebanyak 10 juta euro.

Ok, aku pasti tiada sesiapa lagi yang berkawal di sini ,aku segera bangun dan membersihkan bajuku yang kotor dengan bekas darah mayat2, tapi ,sekali lagi.

Aku cuai.dan aku tak nafikan aku memang selalu begitu.

Aku melihat seekor anjing berbaka GERMAN SHEPERD Meluru ke arahku.

Anjing peninjau milik askar jerman yang kubunuh itu, aku lupa untuk menembaknya bersama tuannya.untuk menembak sekarang sangat mustahil, aku telah menyilangkan dragunovku di sebelah belakang badanku.

Anjing itu kini berada betul2 dekat denganku, aku tidak boleh menembaknya dengan pistol kerana pistol "tokarev" ku masih belum dipasang silencer sepertimana dragunovku. Jika aku menembaknya,bunyi tembakan itu pasti mengundang peninjau jerman yang lain ke arah ini.

Anjing itu melompat ke arahku, anjing spesis GERMAN SHEPHERD sememangnya berbadan besar , ia adalah anjing jenis pemangsa yang mampu membaham ku dengan mudah, aku takde pilihan lain.

Lantas aku menahan anjing itu dengan mengorbankan tangan kiriku, dan hasilnya sang anjing membaham tanganku, hampir saja aku terjerit kerana kesakitan bila giginya dibenamkan ke dalam daging lenganku.

Aku jatuh terlentang bersama sang anjing kini berada di atas badanku, darah dari kecederaan tanganku jatuh menitis laju ke muka ku, sial, dalam keadaan menanggung sakit dan kepayahan tangan kananku berjaya mencapai pisau komandoku yang diselit di but ku.

Dan ....

"Zappp!!"

Rasakan, tikaman terus ke otak sang anjing , terus membunuhnya serta merta,aku yakin sang anjing kini sedang dalam perjalanan sehala mengikut tuannya ke "neraka". Jika neraka itu wujudlah, macam aku katakan sebelum ni, aku ATHEIS, aku mana percaya TUHAN, takkan aku nak percaya SYURGA , NERAKA pulak.

Aduh, sakitnya, menggigil2 sakit tanganku yang digigit sang anjing, aku lantas memijak2 bangkai si anjing melepaskan geram.dalam ketika itu logik akal ku mula memikirkan sesuatu,

Rumah itu, kenapa mereka berkawal dihadapan rumah itu, pasti ada sesuatu.

Aku bergegas lari ke arah rumah itu, sampai di hadapan pintu rumah langkahku terhenti bila mendengar suara tangisan.

Kedengaran seperti suara kanak2 dan juga kedengaran suara lelaki yang mendesah penuh nikmat.

Aku mempersetankan kesakitan di tanganku ,segera aku menyeluk porch ku dan memasang silencer di pistol "tokarev" ku.

Aku menekapkan telingaku di pintu rumah untuk memastikan situasi dan aku pasti.

Dasar PHEDOPILIA.

Aku menendang pintu rumah itu dan seorang lelaki berumur 40 an yang sedang telanjang kelam kabut cuba mencapai senjatanya, dan aku melepaskan 3 tembakan ,dua kena di tangannya dan satu kena di pinggangnya.

Si lelaki meronta kesakitan, aku memandang di sisi kiriku, seorang budak perempuan anggaran umur 8 tahun yang memakai gaun berwarna putih dan telah tersingkap skirtnya menampakkan kemaluannya yang berdarah terbaring lemah dan sedang menangis.pastilah,dia dirogol oleh seorang dewasa, seorang dewasa yang sepatutnya melindungi kanak2 sepertinya.

Jadi ini yang dua askar jerman yang aku tembak sebelum ini sedang mengawal, dan aku pasti,lelaki tua ini seorang pegawai tentera.

Dia masih mengheret badannya cuba mencapai senjatanya, namun aku terlebih awal telah memijak tangannya sebelum sempat dia mencapai senjatanya.

"Nanti, tolong jangan bunuh aku, kita berbincang" rayunya kepadaku.

Bincang??

Bodohkah dia, adakah di fikirannya aku ini seorang wanita yang mudah dibawa berbincang..!

"Siapa Hamsel Emmerich dan dimana dia???" Soalku kepadanya.

Dia menggelengkan kepalanya dan membuat muka blur nya kepada aku, pura2 tidak tahu, dan akibatnya aku memijak kemaluannya dengan kasut but salji ku dengan sekuat hati ku.

Berguling2 dia menahan kesakitan.

"Sekali lagi, aku tanya" soalku kepadanya.

"Dia adalah salah satu dari 9 Jeneral dan orang yang bertanggungjawab merancang serangan di Stalingrad , dan sekarang ada di hotel Poseidon suite hotel 6C , Republik Malaya" jawabnya kepada aku dalam menanggung kesakitannya.

Aku mengacu pistol ku ke kepalanya untuk mencabut nyawanya namun sekali lagi aku menghentikan perbuatanku, aku tertarik dengan buah rantainya, lambang salib.

"Kau seorang Kristian" aku bertanya kepadanya.

Dia nampak seperti keliru dengan pertanyaanku.

"JAWAB BILA AKU TANYA???" Aku menengkingnya.

Dengan kelam kabut dia menganggukkan kepalanya.

"Jadi kau percaya tuhan?" Aku tanyakan lagi kepadanya.

Sekali lagi dia menganggukkan kepalanya.

"Jadi sekarang kau akan ke NERAKA!!" Kataku cuba memprovok nya.

"Nanti.."

"Zuppp"

Belum sempat dia mengatakan sesuatu aku menembaknya di kepala.tamat lah rimayat sang phedopilia.

Aku segera mengalih perhatianku kepada kanak2 malang itu, aku mendekatinya,dia kelihatan takut denganku,pasti trauma dengan apa yg terjadi sebelumnya.

Kelihatan darah mengalir dari celah bibirnya, dan mukanya bengkak di sebelah kiri hingga matanya hampir tidak dapat dibuka, pasti dipukul oleh lelaki durjana itu,aku segera membetulkan semula skirtnya.

Misi ku telah tamat, aku cuma perlu tahu siapa Hamsel Emmerich dan lokasinya, tak sangka terlalu mudah.

Aku mengeluarkan sebuah Radio telekomunikasi dan menyambungkannya ke ibu pejabat di Moscow.

Segala maklumat baru telah dihantar ke sana dan , ibu pejabat mengarahkan aku pulang ke Moscow dalam masa 19 hari, sementara untuk Hamsel ,Mereka akan menghantar orang lain untuk menguruskannya.

Aku membuka sweaterku dan menyarungkannya kepada kanak2 malang itu.dan aku mencium dahinya penuh kasih sayang. Dan nampaknya perbuatan aku itu mendapat tindak balas positif darinya.

"Ikut saya balik okey" kataku cuba memujuknya.

Dan dia menganggukkan kepalanya.

Aku memangkunya di belakangku, dan kami berdua berjalan di celah2 runtuhan bangunan di Stalingrad ,salah satu kota Russia yang telah tumpas di tangan The New Nazi dengan korban lebih 700,000 Orang.

"Saya Natasha, Natasha Romanenko" kataku cuba memperkenalkan diriku kepadanya.

"Saya emily" jawabnya pendek dan lemah.

Dibalas dengan anggukan olehku.

Masih ada 19 hari untuk sampai ke Moscow.

9,302 kilometer lagi.

***********
4 OKTOBER 2039 / MOSCOW / MUSIM SEJUK

"Jadi, Reznov, bolehkah awak diharap untuk tugasan ini?"

"Kita ada masa 3 hari dari sekarang, lebih 2 lagi kita perlu menyusup masuk ke Republik Malaya" jawab lelaki bernama Reznov itu.

"Saya akan uruskan itu, yang penting 8hb Oktober masa Asia, awak perlu pastikan Hamsel Emmerich dibunuh"

"Saya takkan gagal" jawab lelaki bernama Reznov itu penuh yakin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience