Rate

PROLOG

Fanfiction Series 2404

4 DISEMBER 2040 |  BERLIN | MUSIM SEJUK

Aku terduduk melepaskan lelah , sesekali lelehan darah dari kecederaan di dahi ku meleleh sehingga membuatkan mata kiriku hampir tidak dapat dibuka.

Tapi aku persetankan kecederaan di dahiku, kesakitan di tangan kananku lebih pedih sekarang ini.

Aku melihat tanganku, sarung tangan kulit ini nampaknya gagal menahan impak serangan dari flame thrower sehingga mengakibatkan lecuran yang teruk di tanganku, menggigil aku menahan kesakitan , impak kecederaan terbakar bukan kesakitan biasa, mujurlah suasana sejuk musim salji ini sedikit sebanyak membantu aku.

Ahhh... ini bukan masanya untuk melayan kesakitan, aku segera bangun dan mencabut parang kukri ku yang tercacak di dada lawanku yang baru kubunuh sebentar tadi.Dia lah yang bertanggungjawab dengan kecederaan yang aku alami sekarang.

Dengan kasar aku mencabut parang kukri ku, sempat lagi aku memandang ke arah mayat nya, terbeliak matanya membayangkan seksanya ketika Malaikat Izrail mencabut nyawanya.

Aku menanggalkan sarung tanganku yang sudah hangus separuh, jahanam, tanganku hampir masak, hanya yang kelihatan daging terbakar yang kemerah-merahan, aku membalut kecederaan tangan ku dengan sehelai bandage yang memang kubawa di dalam porch aku.

Aku segera melangkah ke arah sebuah pintu besi yang mempunyai ketebalan yang mampu menahan serangan letupan dari apa2 jenis bahan letupan pun, dengan kunci di dalam genggaman tanganku aku nekad.

Di sebalik pintu itu ada nya dia.

Dia yang membunuh isteriku.

Kunci dimasukkan ke lubang kunci dan pintu ditolak.

Kini aku sedang berdiri di sebuah dewan besar dan dihadapan ku tersegam megah sebuah bendera berwarna merah berlogo bumi yang sudah dipangkah dan bintang di atas bumi itu.

Logo New Nazi.

Dan di siling dewan aku melihat beratus mayat yang digantung secara terbalik, mayat wanita,lelaki, kanak2 dan ada juga wajah2 yang aku kenali dipamerkan seperti trofi, berayun2 mayat itu menambahkan derita mereka , masih diseksa walau telah mati, aku mengetap gigi menahan geram.

Pandangan mata aku terarah pada seorang lelaki berpakaian seragam tentera berwarna hitam dan memakai topeng gas yang sedang duduk di atas sebuah kerusi bertatahkan perak seolah2 raja yang angkuh.

Tiba2 dia berdiri dan memegang topeng gasnya.silauan infra red di bahagian mata topeng di sebelah kanan menyilaukan pandangan mata aku.

"Aku tak pernah tunjukkan wajah aku kepada sesiapapun, walau Tuan Sazler sendiri tak pernah melihat wajah aku" katanya memulakan bicara.

"Aku akan pastikan ini kali pertama dan terakhir aku menunjukkan wajah aku, kerana kau bagiku sangat istimewa" tambahnya lagi.

Ternyata wajahnya tidaklah seburuk yang aku sangkakan, dia adalah lelaki yang mempunyai wajah yang agak kacak dengan rambut kuning seperti kebiasaan lelaki eropah, dan bermuka bujur dan berkumis nipis.Dia mempamirkan senyum seolah2 mengejek kepada aku.

"Aku agak kacak bukan" soalnya kepada aku.

"Manusia yang tergantung ini, untuk apa" sengaja aku mengubah topikku malas hendak menjawab pertanyaannya.

"SENI, SENI HEBAT MILIK AKU, SENI YANG LUAR BIASA , MELAMBANGKAN KEKUATAN DAN KEKUASAAN AKU" katanya megah sambil mendepangkan kedua2 tangannya dan memejamkan matanya sambil mendongak ke arah beratus mayat yang bergantung di siling dewan.

Aku bertambah marah dengan kata2 nya, tanganku segera mengenggam AK47 di tanganku, aku menatapnya geram.Seni kepala hotak kau dengan nyawa orang kau renggut, sumpah seranahku di dalam hati.

"Kau sendiri tahu, aku tak boleh dibunuh jika kau berharap hanya pada senjata itu" katanya sambil menunjukkan jarinya ke arah rifle di tangan ku.

"Ya,itulah kesilapan Natasha yang tak kan ku ulangi" balasku lalu aku mencabut buckle rifleku dan mencampakkannya ke sisi kiri aku.

Aku meludah ke sisi kiriku dan dengan segera mengeluarkan sebilah kerambit berhulukan wajah serigala di tangan kiriku dan di tangan kananku pula aku melilitkan rantai mata gergaji chainsaw yang aku jadikan sebagai senjata.  

"nampaknya kau mula serius" balasnya.

Dan dia membawa keluar senjata kebanggaannya , dua bilah tekpi , sebilah diselit di celah ketiaknya dan sebilah lagi dipusing2 kan dengan tangan kirinya.

"aku menikamnya tepat di jantung dengan senjata ini, aku masih merasakan sensasi dan addicted dari tikaman itu sehingga sekarang, sayang sekali wanita cantik sepertinya tidak dapat kumasukkan dalam koleksi SENI aku, jikalau tidak kau dan dia disatukan pasti menjadi satu karya agung" katanya cuba memprovoke aku.

Aku memejamkan mataku dan berserah takdir kepada Tuhanku yang satu , di saat akhir zaman seperti ini terlalu kurang orang yang masih percayakan agama, mereka percaya agama adalah punca manusia berbalah dan berbunuh-bunuhan, sehingga Al-Kitab seperti injil, taurat dan Al-Quran jadi sesuatu perkara yang hampir mustahil ditemui di era ini, namun aku masih percayakan agama tinggalan ibu bapaku.Sekurangnya itulah yang masih ada di dalam hati aku.aku membuka mataku perlahan2  dan aku merenung ke arah musuh di hadapan mataku.

"ini adalah penentuan JUDGEN LUMBREN" kataku.

"aku tidak akan memperlakukan yang sama pada kau seperti yang biasa aku lakukan pada mangsaku, sebaliknya aku akan memotong kepalamu dan meletakkan kepalamu di dalam bekas wain aku, kau akan menjadi resepi hebat dan MASTERPIECE seni aku"  balasnya.

"Jika Kau mampu mengalahkan aku,....LAKUKANLAH...!!!..." jeritku dan terus mara berlari ke arahnya sama seperti nya yang terjun dari singgahsananya terus maju berlari menyerbu kepada aku.

"KAU AKAN MATI WOLF" ....!!!" jeritnya penuh yakin sebelum senjata Tekpi miliknya dan senjata kerambit milikku bertembung dan memercikkan api impak pukulan kuat dari kami.

Dan mayat2 yang bergantungan di siling dewan menjadi saksi yang aku tidak akan tewas kali ini.

AKU TIDAK AKAN TEWAS...!

*****************

NAMAKU JIMIE GELARANKU "WOLF" DAN INI BUKANLAH PERMULAAN ATAU PENUTUP KISAH AKU.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience