S3. Kehidupan Ku TanpaMu

Humor Completed 68809

Lana makin menangis.
Peggy tutup telinga sambil menangis. Peggy memukul kepalanya sekuat hatinya. Dia memandang sebatang rotan yang digunakan untuk menghalau anjing liar di luar.

Seperti mendengar bisikan syaitan di telinganya, Peggy mencapai rotan itu dan berdiri di depan Lana yang tengah menangis kuat.

"DIAMMM....!!!!" jerit Peggy dengan mata terbeliaknya sambil angkat rotannya.

"DIAM!!! AKU CAKAP DIAM...!!!" pekik Peggy lagi dengan dentuman guntur hujan di luar.

Pintu utama dibuka oleh seseorang.
Khaty menjerit ke arah Peggy.

"Ya Tuhan! Apa kau cuba buat ni, Peggy???!" teriak Khaty cuba merampas rotan itu dari tangan Peggy.

Namun Peggy tidak mahu melepaskannya. Dia bertindak melibaskan rotan itu dan merotan dirinya sendiri. Dia memukul tangannya dan kakinya beberapa kali sambil menangis dan berteriak. Darah mula mengalir sedikit di hujung lukanya.

" Maafkan mommy, Lana! Mommy tidak kuat!" Peggy jatuh terduduk dan menangis.

Khaty merampas rotan itu dari tangannya dan membuang ke tepi. Lalu memeluk seerat-eratnya anak perempuan nya itu.

"Ya Tuhan berilah ketenangan di hati anak ku ini yang telah terluka hati dan jiwanya! Ambillah nyawaku untuk mengantikan fikirannya yang tidak keruan, dan ingin dia menyakiti anaknya sendiri... Ya Tuhan!!!" Khaty menangis sakit di hati melihat keseksaan Peggy.

Peggy yang mendengar kata-kata ibunya, geleng kepala dengan air mata mengalir di pipinya.

" Ibu! Jangan kata begitu! Saya minta maaf ibu! Jangan tinggalkan saya ibu!! "

" Peggy, Bayi itu tidak bersalah. Janganlah kau sakitkan dia. Jangan macam ni sayang, ibu sayangkan kau... Kuatlah hatimu sayang..." Khaty memeluk Peggy.

Lana yang menangis, mula diam semula dan terdengar lah bunyinya ketawa riang.

Peggy mengesat air matanya. Dia bangun dengan kudrat yang dia ada, lalu ambil Lana dari baby cot dan memeluknya, menciumnya. Dia menangis saat memandang wajah Lana yang tak saling tumpah seperti mendiang suaminya.

Peggy membawa Lana duduk di sofa dan memberinya susu badan. Wajah Lana yang kehausan menghisap susu dengan rakus dan cepat, membuat Peggy mengalirkan air matanya.
"Kesian anakku... Lapar ya? Mommy minta maaf Lana... Mommy sangat rindukan ayahmu.. Ayahmu tidak sempat mendukung mu... Mencium mu... Menatap wajahmu..."

Khaty mengesat air matanya mendengar kata-kata sendu anaknya itu. Dia memeluk bahu Peggy dan mencium kepala anaknya yang berusia 25 tahun itu.

Ya, Peggy dan Steve berkahwin ketika Peggy masih muda. Pertemuan mereka yang pertama ialah di stesen minyak. Masa itu, Peggy sedang menyapu stesen minyak sambil menyanyi. Steve yang hendak mengisi minyak truck tentera, terpikat dengan suara Peggy dan terus melamarnya.
Steve melayannya seperti permaisuri. Tak pernah jentik diri nya, meninggikan suara, memasamkan muka kepadanya. Bahkan setiap nafkah tidak pernah lupa diberikan. Apabila Steve mula naik pangkat menjadi Kolonel Tentera Lima Bintang, Steve jarang berada di rumah, membuat Peggy semakin risau akan kepulangannya. Setiap kali tunggu di depan pintu adalah wajah suaminya.

*****

18 tahun kemudian, Tahun berlalu tanpaMu...

Lana sudah membesar menjadi gadis yang elok dan cantik di mata Peggy. Membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Namun Peggy tidak pernah lupa memberi sepenuhnya kasih sayang terhadap satu-satunya anak nya bersama mendiang suaminya.

"Mommy, Lana dapat biasiswa belajar di Sarawak, dalam bidang Reka Bentuk dan Fesyen. Mommy okey tak lepaskan Lana pergi ke sana?" soal Lana, menunjukkan sekeping surat memaparkan nama penuh Lana Derby Rogers kepada Peggy.

"Betul ke, Lana?" Peggy mengambil surat itu dan membacanya.

Lana risau akan reaksi ibunya. Kakinya tak henti-henti bergerak, merasa takut jika ibunya tidak memberi izin. Dia sangat mementingkan keizinan satu-satunya daripada orang tuanya.

"Hmmm...." Peggy berdehem.

Lana sudah cuak. Dahinya berpeluh. Tapak tangannya basah.

"Lana..." sebut Peggy perlahan.

"Ya, mommy! Kalau mommy tak bagi izin, Lana tak kisah! Lana boleh cari kolej di sini. Mommy jangan risau!" jawab Lana dengan ikhlasnya. Dia sangat sayangkan ibunya.

Peggy senyum. Dia mengusap umbun kepala Lana.
"Mommy okey saja, sayang. Janji Lana gembira..."

Lana mula menguntumkan senyuman.
"Are you sure, mommy??"

Peggy angguk kepala.

"Yeah!!! Thank you mommy! You're the best!" Lana memeluk Peggy dan mencium pipinya.

"Lana janji, Lana akan belajar bersungguh-sungguh dan kumpul duit banyak-banyak untuk mommy. Jadi, mommy tak payah kerja lagi. Lana tak nak tengok mommy kerja di sana..." jawab Lana dengan fikiran telusnya. Dia risau dengan pekerjaan ibunya.

"Mommy okey je sayang. Jangan risau okey? Lana belajar je dulu, mommy akan sokong dari belakang." jawab Peggy.

Ya. Sejak Steve meninggal, Peggy hanya dapat gaji daripada mendiang Steve separuh sahaja. Dia terpaksa mencari kerja untuk menampung belanja yang selebihnya. Apatah lagi apabila Lana sudah dewasa. Dia tidak mahu bergantung dengan ibunya, Khaty yang punya duit persaraan daripada mendiang ayahnya (suami khaty).
Jadi, Peggy terpaksa bekerja untuk menampung perbelanjaan yang lain.

*****

Malam Sabtu ialah hujung minggu di mana ramai orang berehat dari kerja pada hari biasa.
Peggy keluar dari teksi dan memasuki sebuah kelab malam tepat jam 8 malam.

"Hai Peggy!" sapa seorang wanita.

"Hey Peggy, nice dress!" sapa lagi seorang wanita.

"Hello my lady, this flowers for you...From the boss... " seorang lelaki memberi sejambak bunga ros merah kepadanya.

"Thanks so much. ." Peggy menyambut bunga daripada lelaki muda itu, masuk ke dalam bilik persiapan dan meletak bunga itu di atas meja solek, dan duduk di depan cermin besar itu.

Peggy menghela nafas yang panjang. Senyuman tak ikhlas nya mula luntur di bibirnya.

" Peggy, Nanti selepas ni, giliran kau, okey?" ujar Supervisor di tempat kelab malam itu.

"Alright, thanks for remind me, Megan." jawab Peggy dengan senyuman, sekali lagi.

Dia membuka laci meja solek menggunakan kunci nya untuk mengambil alat makeup. Matanya terpandang akan sekeping gambar agak lama, seorang lelaki segak memakai seragam tentera dengan wajah yang tenang.
Peggy mengesat air matanya yang tiba-tiba mengalir.

Peggy geleng kepala, mencapai mineral botol di atas mejanya dan meminumnya separuh. Dia segera mencapai lipstick merah dan mencalit penuh lipstick itu di bibir seksinya. Dia menyikat sedikit rambut panjang hitam pekatnya dan menghela nafas yang panjang.

"Peggy, your turn!" panggil Megan dari belakang pentas. Peggy keluar dari bilik, dengan memakai heels 5 inci dan lenggok badan, bahu tegap dan wajah yang agak dingin, Peggy naik ke atas pentas.
Dia berdiri di depan mic klasik dan di hadapan ramai pelanggan, terutamanya pelanggan vip, memakai pakaian formal, berbau rokok carut dan lampu bersinar di atas siling, menyerlahkan lagi dirinya yang memakai dress duyung berwarna putih.

"So beautiful..." puji seorang lelaki yang agak berusia, namun segak bergaya. Dia senyum kepada Peggy.
Peggy mencapai mic di depan nya dan mula bernyanyi apabila musik dimulakan.

You said I was the most exotic flower
Holding' me tight in our final hour
I don't know how you convince them and get them, babe
I don't know what you do
It's unbelievable
And I don't know how you get over, get over
Someone as dangerous, tainted and flawed as you

Suaranya yang lunak, padat dan seksi, menarik semua pelanggan terutamanya lelaki. Mereka terpukau dengan lenggok badan Peggy menari mengikut alunan lagu.

Sejak Peggy menjadi penyanyi di kelab malam, dia diangkat sebagai penyanyi serba mewah dan popular di kalangan penyanyi kelab malam. Ramai yang sanggup upah nya menyanyi di mana-mana kelab malam dengan bayaran yang sangat lumayan. Dirinya diangkat seperti primadona.

Setelah Peggy habis menyanyi, dia turun dari pentas dan duduk di sebuah meja vip di mana duduknya lelaki berusia yang memujinya cantik itu.

"Thanks for the flower, Christopher." ujar Peggy. Dia mengambil rokok di dalam dressnya, di celah antara payudaranya. Christopher mengambil lighter dan menyalakan api di hujung rokok itu.

"You're welcome, darling." jawab Christopher, tak jemu-jemu merenung wajah Peggy yang klasik seksi dan cantik itu. Ingin saja dia menerkam wanita itu namun dia sabarkan sahaja.

"Peggy, jom datang ke rumah aku malam ini. Aku belanja kau makan..." bisik Christopher.

Gatal lelaki tua ini!

"Aku dah mention yang aku hanya teman kau minum, bukan teman kau sampai ke katil!" Peggy sangat marah. Dia cucuk putung rokok itu di mangkuk, bangun dari situ dan masuk ke belakang pentas.

Kau ingat aku pelacur ke???! Dasar lelaki tua gatal!

Christopher melihat puntung rokok milik Peggy itu dan mengambilnya, lalu diletakkan di bawah hidungnya dengan perasaan yang khusyuk.
"Hmmm... sedap bau mu... Peggy. Tunggu lah kau akan jadi habuan aku tak lama lagi..."

To be continued...

Terima kasih kerana menunggu Cik Erra post new chapter 3 muahh! Korang yang terbaik <3 Tema Lagu : Millionaire Dollar Man by Lana Del Rey

Share this novel

DHIA AMIRA.
2024-07-16 14:58:45 

ni pon bez jugak.. lyn dgr lgu faith hill


NovelPlus Premium

The best ads free experience