S1 : Aku menunggu Kepulangan Mu

Humor Completed 68809

Peggy mengemas pakaian seragam milik suaminya di dalam sebuah beg. Wajahnya yang muram, namun di sembunyikan agar suaminya itu tidak merisaukan keadaan dirinya yang sering mengharapkan kepulangan suaminya dipangkuannya secara sihat dan baik-baik sahaja.

"Peggy..." panggil Steve.

Peggy menoleh ke arahnya dengan senyuman di bibirnya yang tercalit gincu merahnya.

Steve senyum dan mendekati isteri tercintanya itu. Peggy bangun dari duduknya di atas tilam dan mengusap dada suaminya yang sudah lengkap memakai seragam tentera.

"I'm gonna miss you." ucap Peggy perlahan.

"Just wait for me... okey?" balas Steve.

Peggy diam. Dia melabuhkan kepalanya di dada suaminya. Setelah lama menahan, akhirnya jatuh juga air matanya. Steve memeluknya dan mencium dahi isterinya.

"Hey... don't cry... Just have faith on me, okey?"

Peggy angguk kepala. Bukan sekali, tapi sudah beberapa kali suaminya itu meninggalkannya atas dasar kerjanya terhadap negara tercinta.

Peggy mengesat air matanya dan memandang wajah Steve.
"I will..."

"I love you, Peggy..." Steve mengucup bibir Peggy.

Peggy hanya angguk kepala. Dia berlalu pergi dari situ dan masuk ke dalam dapur sambil diperhatikan oleh Steve.
Hati Steve terluka.

Beberapa minit kemudian, Peggy menghantar Steve ke luar pintu dengan langkah yang berhati-hati.

"Alright, saya akan berangkat. Please take care, my new born baby to be..." Steve mencium perut Peggy yang sarat mengandung 8 bulan itu.

Peggy tersenyum sambil mengusap perutnya apabila baby mula menendang memberi respond terhadap sentuhan suaminya, father to be.
Steve ketawa kecil.

Pit Pit...!
Bunyi hon kereta di luar perkarangan rumah mengalihkan perhatian Steve.

"Hey Steve! Good Morning Mrs Rogers! Have a nice day!" ucap James Barnes atau lebih dikenali sebagai Bucky, melambai ke arahnya dari dalam kereta.

"Have a nice day to you too, Bucky!" Peggy membalas lambaiannya terhadap sahabat baik suaminya itu.

Steve kembali memandang wajah Peggy.
"I have to go. Please take care of yourself, dear..." ucap Steve, dia memberi satu kucupan sekali lagi di bibir Peggy.

"Kau yang perlu jaga diri di sana, okey? Aku sentiasa baik sahaja di sini..." jawab Peggy.

"Alright..." Steve mengangkat beg tenteranya dan menuju ke kereta Bucky.
Dia menoleh sekali lagi di belakang, Peggy melambai sambil senyum kepadanya.
Steve senyum, lalu masuk ke dalam perut kereta dan Bucky memandu keluar dari sana.

Peggy menutup pintu dan menangis sekali lagi.

*****

"Well... bila isteri kau akan bersalin?"

"Bulan depan....Aku harap mission kita kali ini, cepat selesai, dan aku boleh bersama dengan Peggy ketika dia bersalin." jawab Steve sambil membaca nota yang dibawanya dari rumah.

"Hmmm... Aku pun tak sabar nak jadi pak cik hehhe..." balas Bucky. Dia mengawal stering dan belok ke kanan.

"Aku cuma risau..."

"Pasal apa?"

"Yang mission kita kali ini, akan lama dan berlarutan. Aku agak dari nada suara Tuan Komander menelefon aku tentang hal ini." jawab Steve dengan keluhan.

Bucky mengeluh.
"Don't worry, Steve. Kita akan cepat menyelesaikan misi ini dan kau akan berjumpa dengan Peggy sebelum dia melahirkan anak korang berdua. Trust me." ujar Bucky lagi.

"Thanks Buckby." balas Steve.

Mereka keluar dari kereta apabila sudah sampai di sebuah kem tentera yang sentiasa sibuk dan besar kawasannya. Steve dan Bucky kemudiannya naik lift dan turun ke bawah tanah dengan ditemani oleh pengawal tentera.

Mereka berdua jalan lurus dan masuk ke dalam sebuah bilik kebal dan melihat beberapa orang penting dalam sebuah organisasi.

"Perkenalkan ini, The Great Soldier the one that we had, Steve Rogers. Dan ini pengikut setianya, James Barnes. Ini Tuan Caster" Tuan Komander Phillips perkenalkan antara mereka berdua.

Mereka bertiga bersalaman dan kembali menuju ke sebuah meja besar dengan sebuah Peta yang merangkumi pelbagai tanda merah dan bebrapa rancangan.

"Tentera Hugo akan datang membawa tentera mereka sebanyak yang mungkin dan akan bergabung dengan tentera Zola. Tuan Caster akan bergabung dengan kita. Apakata kau, Steve?" Phillips meminta pandangan kepadanya.

"Kita ikut dari arah belakang. Jangan biarkan semua tentera kita sekaligus menyerang. Kita harus berjaga di depan dan di belakang.", jawab Steve sambil angguk kepala.

"Good. Kita mendapat sepakatan. Steve, arahkan pengikut mu supaya bersedia. Kita akan bertolak pada malam ini." kata Tuan Caster pula.

"Tuan. Berapa lama operasi ini akan berlangsung?" soal Steve.

"Hmmm... mungkin dalam sebulan dua jika tiada halangan, kenapa?" Soal Phillips.

Bucky memandang riak wajah Steve mula berubah.

"Nothing, sir..." jawab Steve.

"Oh ya, isteri kau, Peggy, bila akan bersalin?" soal Phillips.

"Jika dijangkakan, bulan depan tuan."

"Hmmm... sampaikan salam aku kepadanya. Akan ku suruh bini aku kirim hadiah kepadanya selepas dia bersalin." ujar Phillips lagi, menepuk bahu Steve lalu pergi dari situ.

"Tahniah, Steve." ucap Caster pula, segera keluar dari situ mengikuti Phillips dari belakang.

Bucky mendekati Steve yang terdiam memandang peta di depan nya.
"Kita akan selesaikan perang ini secepat yang mungkin. Kau akan sempat menemani Peggy bersalin, okey?"

Steve hanya diam. Dalam fikirannya, dia takut.

*****

Dua minggu kemudian.
Perut Peggy mula kerap sakit. Dia menelefon ibunya.

"Ibu akan segera sampai. Kau bersedia ya." ujar ibu Peggy, iaitu Kathy.

Peggy menahan sakit dan bertenang setiap kali contraction datang setiap 5 minit sekali. Dia tarik nafas dan hembus nafas perlahan-lahan. Dia mencapai telefonnya dan menelefon seseorang.

" Steve... Aku dah nak bersalin. Where are you??" Peggy tercungap-cungap menahan nafas.

Voicemail.

"Arghhh!! Oh my God!!" Peggy menjerit kecil melihat air ketuban nya pecah, terasa air hangat mengalir di celah pahanya. Perlahan-lahan dia baring di atas lantai dan menarik nafas beberapa kali.

Ibunya datang. Kathy terkejut.
Ambulans sampai dan tak sempat membawanya ke hospital apabila Peggy sudah mengangkang kaki untuk beranak pada masa yang sama.

"Push puan, push!" nurse menekan bawah perut Peggy.

Peggy meneran dan mencuri nafas beberapa kali.

Doktor sudah bersedia menyambut bayinya.

Untuk seketika...

"Uweekkk! Uweekkkk!" bunyi suara bayi perempuan menangis.

Lalu diletakkan di dada Peggy yang terdedah agar menyatukan bonding antara anak dan ibunya.

Peggy menangis dan mencium kepala bayinya beberapa kali.

*****

Empat bulan kemudian.

" Peggy, bila agak nya Steve akan pulang?" soal Kathy.

"Dengar berita, hari ini dia akan pulang, ibu. Steve ada call saya two last week. Mereka ada last mission minggu ini. Tak sabar nak tunggu Steve pulang, ibu..." jawab Peggy sambil mendukung dan mendodoi bayi perempuan yang diberi nama Lana Derby Rogers.
Beberapa kali dia mencium anaknya itu kerana kecomelannya. Pada masa yang sama, jantungnya Berdebar-debar menanti kepulangan Steve.

" Jangan risau, Peggy. Steve akan baik-baik sahaja.."
Peggy hanya senyum sahaja. Apabila bayinya sudah tidur, Peggy meletakkan bayinya tidur di dalam baby cot, berdekatan dengan Kathy.

TOK TOK TOK...!!!

Bunyi ketukan pintu mengejutkan Peggy dan Kathy. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri dengan riak wajah yang tidak keruan.

"Pergi lah buka, Peggy..." ujar Kathy dengan senyuman untuk melegakan hatinya.

Peggy menarik nafas dalam-dalam dan melepaskan secara bertenang. Ya Tuhan. Inilah saatnya. Apakah kepulangan kali ini, ialah tetap wajah suami tercintaku?

Peggy menelan air liur beberapa kali. Perlahan-lahan tangannya memulas tombol pintu. Apabila pintu utama dibuka dan matanya memandang ke depan seketika, kedua-dua lututnya bergegar. Peggy memegang tiang pintu dengan lemah dan dia termelutut di depan dua orang lelaki berseragam tentera, membawa sepucuk surat dan beg milik suaminya, Steve.

Kathy yang melihat kelakuan Peggy, menutup mulut menahan tangisan...

To be continued...

Selamat Malam semua. Cik Erra publish karya baru novel dan bab pertama ya. Cik Erra nak tengok banyak tak sambutan

Share this novel

Che Da(Ayunifalin)
2021-09-27 01:02:18 

Maaf che da buat pembetulan. Klu nak tanya che da ayat bi betul jgn segan WhatsApp che da ok.

Che Da(Ayunifalin)
2021-09-27 01:01:19 

Untuk ayat Steve ada call saya 2 last week. Klu maksud erra, 2 minggu lalu. Ayat betul. Steve ada call saya 2 weeks ago atau last 2 weeks


NovelPlus Premium

The best ads free experience