S2 : Aku MenziarahiMu

Humor Completed 68809

Peggy mendekati almari pakaiannya pemberian mendiang Steve, dia membuka pintu almari dan menyelak beberapa pakaian yang tergantung kemas.
Matanya memandang ke arah sehelai gaun hitam yang dibungkus dengan plastik putih, gaun yang tidak akan pernah di sentuh dan berharap takkan pernah memakai dan melihatnya seumur hidupnya.

Air mata Peggy mengalir sekali lagi apabila memandang dirinya memakai gaun separuh lutut serba hitam itu di hadapan cermin meja soleknya. Dia mencapai lipstik merahnya dan mencalit di bibir nya yang pucat. Alis matanya di calit eyeliner berwarna hitam dan bulu matanya di sapu maskara. Dia mencapai topi hitam bertaktha bunga merah hitam dan letak dikepalanya.
Dia keluar dari bilik sambil di pandang Ibunya, Khaty.

Khaty mendekati anak malangnya itu dan memeluknya. Dia mencium pipi anaknya apabila Peggy keluar dari rumah dengan memakai kasut sepatu hitamnya.

"Puan..." sapa Bucky, segak memakai Kot berwarna hitam, menjemputnya menaiki kereta menuju ke tanah perkuburan.

Peggy hanya diam sahaja di dalam kereta. Dia tidak ingin bersuara. Dia membaca surat yang diberikan oleh pihak atasan tentera. Jantungnya hampir luruh membaca bahagian,

'Steve Rogers was killed in action...'

Air Mata Peggy mengalir sekali lagi. Dia mengesat air matanya apabila sampai di tempat yang ditujui.

Apabila sampai di tanah perkuburan yang lengkap dengan persemadian bercorak ketenteraan, Peggy menahan air matanya.
Dia tidak dapat melihat mayat wajah suaminya kerana dikhabarkan, tubuh badannya hancur terkena tikaman bom sesat.

Dari jauh, dia melihat keranda milik suaminya mula hilang dari pandangan apabila masuk ke dalam tanah yang telah sedia digali.

Peggy hampir rebah, namun sempat disambut oleh Bucky.
"Puan..."

Peggy sudah tiada lagi air mata untuk ditangisi. Dia mampu melihat saja dan hanya memikirkan minta Tuhan cabut juga nyawanya. Kasih dan cintanya yang mendalam terhadap suaminya lebih dari segala-galanya. Senyuman dan lirikan mata suaminya mampu membuat jantungnya berdebar-debar, membuat hatinya sering jatuh cinta beberapa kali.

Pada sebelah petang, Bucky masih setia menunggu di bawah pondok konkrit, melihat Peggy masih duduk di sebelah kubur mendiang suaminya beberapa jam yang lalu, di bawah panas terik.
Apabila langit menunjukkan awan mendung hendak datang, Bucky mendekati nya dan mengajaknya balik.

"Puan...Maaf jika saya tak mampu pujuk puan untuk balik. Tapi puan dah lama duduk di sini. Marilah balik, puan. Anak puan tunggu di rumah..." pujuk Bucky.

Peggy tidak berganjak dari duduknya.
Tiba-tiba hujan turun dengan lebat.

"Puan! Mari saya bawa puan balik.!" ajak Bucky.

Peggy merasa marah. Dia menolak badan Bucky dan menjerit.
"Suami aku masih perlukan aku di sini! Aku tak nak pulang!" jerit Peggy.

"Puan!"

"PERGI...!!!!" Peggy bangun dari duduknya dan menolak badan Bucky sekuat hatinya sehingga lelaki itu tersadung dibelakang dan terduduk.

"Arghhhhhhh!!! Aku tak nak balik! Aku tak nak balik! Suami aku kat sini!" jerit Peggy lagi sehingga suaranya serak, tambah-tambah lagi dengan tangisannya yang teresak-esak membuat makeup di matanya mula luntur menampakkan dirinya seperti sudah tidak siuman.

"Puan!" panggil Bucky. Tanpa dia sedar, air matanya juga mengalir. Sahabatnya sejak kecil sudah tiada. Bucky menangis melihat Peggy cuba mengorek tanah kubur dengan jarinya.

Bucky bangun dan menarik tangan Peggy yang mula kotor dengan tanah yang basah kerana hujan.

"Steve...!!! Bangun sayang!!" jerit Peggy tanpa keruan.
Bucky tak tahan melihat keadaan Peggy, lalu memeluknya sambil menangis.

Peggy menangis sambil memukul-mukul belakang Bucky.
Bucky biarkan sahaja. Dia tersangat terkesan dengan situasi itu.

*****

Bucky menghantar Peggy pulang yang dengan keadaan lemah. Khaty terkejut dengan keadaan Peggy dan Bucky yang basah kuyup, tambah lagi dengan lumpur yang mengotorkan pakaian mereka berdua.

"Peggy!" Khaty melihat keadaan teruk anaknya itu.

"Maaf, puan Khaty. Saya cuba bawa dia balik. Tapi..." Bucky menundukkan kepalanya.

"Tak apa, auntie faham."

Bunyi suara bayi Peggy, Lana mula menangis di dalam baby cot.

"Peggy, susu perahan mu sudah habis Lana minum. Tiada stok lagi. Kau pergi mandi dan bagi Lana menyusu." ujar Khaty.

Peggy memandang lemah ke arah Lana. Dia tidak peduli. Dia terus masuk ke dalam bilik tanpa mandi. Lana makin menangis.

"Puan, ada apa-apa yang saya boleh tolong?" Bucky bersuara.

"Nothing, Bucky. Thank you so much." ucap Khaty.

"Kalau macam itu, saya pergi dulu." jawab Bucky lalu pergi dari situ.

Khaty geleng kepala. Dia dodoi Lana sekejap sehingga dia diam. Kemudian dia letak Lana dalam baby cot diruang tamu. Khaty menjenguk Peggy dalam bilik di mana biliknya hanya di depan ruang tamu.

" Peggy... Ibu nak ke kedai depan sekejap. Tolong tengokkan anak kau di luar. Jangan lupa mandi, ya." ujar Khaty.

Peggy hanya diam. Khaty mengeluh. Dia mengambil payung di tepi rumah dan keluar berjalan kaki di kedai.

Lana bangun dan menangis. Peggy yang baru habis mandi, membiarkan sekejap Lana menangis di dalam baby cot. Peggy mengeluh. Dia penat.

" Sayang...diam sekejap." ujar Lana.

Tangisan Lana makin kuat. Hati Peggy tak kuat. Dengan ragam Lana, kematian suami membelungi dirinya, Peggy mula meroyan.

"Aku cakap diam!" jerit Peggy dengan nafas naik turun tak keruan.

Lana makin menangis.
Peggy tutup telinga sambil menangis. Peggy memukul kepalanya sekuat hatinya. Dia memandang sebatang rotan yang digunakan untuk menghalau anjing liar di luar.

Seperti mendengar bisikan syaitan di telinganya, Peggy mencapai rotan itu dan berdiri di depan Lana yang tengah menangis kuat.

"DIAMMM....!!!!" jerit Peggy dengan mata terbeliaknya sambil angkat rotannya.

"DIAM!!! AKU CAKAP DIAM...!!!" pekik Peggy lagi dengan dentuman guntur hujan di luar.

To be continued...

Masa Cik Erra taip ni, Cik Erra dengar lagu Thinking Of You daripada Katy Perry. Cik Erra hampir nak menangis. huhuhu... Cik Erra akan slow update novel ni sebab nak fokus habiskan novel King Of Lust. Maybe Cik Erra akan post novel Salvatore ni setiap hujung minggu sahaja. Apa-apa Cik Erra akan beritahu lagi k. Muahhh! <3

Share this novel

DHIA AMIRA.
2024-07-16 20:20:57 

ouh pttla

DHIA AMIRA.
2024-07-16 14:53:17 

aduh... sedih bila brada di situasi gini


NovelPlus Premium

The best ads free experience