BAB 1

Romance Completed 24462

Sejujurnya aku tak pernah menduga yang aku akan tangkap cintan dengan seorang lelaki, well of courselah dengan lelaki kan? Habis tu takkan sesama kaum kot? Tapi dalam ceritanya ni, dialah lelaki yang aku least expected, dalam ramai-ramai lelaki di dunia dengan mamat yang selalu buat darah aku naik ni juga aku jatuh hati.

Sering bertekak macam anjing dan kucing akhirnya aku dah dibius angau. Tapi aku hanya mampu memendam perasaan ini. Ya cinta masih dalam status bertepuk sebelah tangan. Diam kau jangan gelak! Aku tengah mencuba la ni!

Kenapa tak beritahu dia? Gila. Malu! Aku tak nak kalau nanti dia tahu hubungan kami sebagai kawan putus dan tak rapat. Nanti kalau dia tahu dan dia tak suka pun dekat aku ni. Dua kali ganda bertambah malu.

“Xara Leina! Kau nak ke mana tu? Pintu masuk sebelah kanan. Yang kau pergi straight tu apa hal?”

Aku tersentak. Langkahku serta-merta terhenti. Aku menoleh ke belakang dan tersengih sendiri. Malu! Padan muka aku. Berangan lagi. Nasib baik bukan group lain yang perasan. Haha.

Baru sahaja aku ingin melangkah, dia menghampiri kami berdua dengan muka tegang. Dah kenapa? Apa terjadi?

“ Xara.”

Dengan debaran aku menantikan kata-kata dia yang seterusnya. Tapi hampeh. Dia terus masuk ke dalam kelas. Arh! Dia ni kalau tak sakitkan hati aku dalam sehari boleh tak? Huh! Nasib kau lah Xara dah suka dia. Crush la katakan.

Tiba-tiba aku teringat yang aku pernah terjumpa dia sebelum ni. Eh! Jap. Jap. Jangan-jangan…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience