BAB 8

Romance Completed 24462

Dah sebulan berlalu semenjak hubungan aku dengan Hariz berbaik. Hubungan aku dengan Hafiz juga makin baik tapi hanya sebagai kawan. Dia dah dapat terima kenyataan dan siapa sangka sekarang dia dah couple pun dengan orang lain. Haha. Maybe kecewa selepas aku tolak cinta dia. kahkah.

Aku gembira kerana keadaan menjadi pulih seperti biasa. Dan aku seronok kalau hari-hari buat dia jealous. Eh! Bukan aku je dia pun. Entahlah apa motif dia. nak kata dia suka aku macam ya. Tapi aku tak nak syok sendiri.

“Xara …”

Mataku yang tertumpu dekat prof tersentak dua saat. Siapa yang panggil kalau bukan insan yang bernama Hariz tu.

“Xara..”

Aku masih mendiamkan diri. Malas nak melayan sebenarnya. Tiba-tiba je.

“Xara …”

Aku dah hilang kesabaran. Tanpa berlengah, aku terus sepak kerusi dia. Kacau aku lagi kan?

“ Kuatnya kau.”

“ Diam kau! Jangan kacau aku lah! Aku nak buat kerja ni. fokus please!”

Selepas tu dia pun terus diam. Aku pun diam. Malas nak kacau dan malas nak ambil tahu. Aku dah lali dengan sikap dia. erh! Kalau sehari tak kacau tak sah.

Selepas sejam berlalu. Akhirnya kelas pun habis. Aku menghembus nafas lega. Akhirnya! Aku dapat pulang.

“ Fatin. Aku balik dulu.”

Aku menoleh ke belakang. Dan aku mengeluh hampa. Hariz dah balik ke? Cepatnya dia jalan. Kalau tak dia mesti akan tunggu aku dulu. Takkan dia terasa sebab tadi?

Dengan langkah malasnya aku melangkah keluar daripada kelas. Aku hanya tunduk sepanjang perjalanan. Tanpa sedar ada seseorang yang telah berdiri tepat di hadapan aku. mujur aku sempat brek. Kalau tak terlanggar lelaki tu. eh! Kasut ni macam aku kenal? Aku terus dongak ke atas.

“ Eh!”

Hariz rupanya. Tapi dia hanya mendiamkan diri dengan muka selambanya. Tak tegur aku sikit pun.

“ Hariz.”

Aku menoleh ke belakang. Yin? Aku sembunyikan rasa kecewa aku. ternyata dia menunggu Yin.

“ Jom balik.”

Aku dibiarkan seorang diri macam patung dekat sini. Ya Allah. Aku tahan air mata aku daripada mengalir. Hati! Bertahanlah. Jangan sampai kau cair dekat sini. Nanti orang perasan. Akhirnya aku melangkah ke arah kereta papa. Sabarlah Xara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience