BAB 12

Romance Completed 24462

Sebulan berlalu lagi. Dan dalam sebulan tu juga hubungan aku dengan Hariz biasa saja. Aku rasa aku dah boleh anggap dia macam kawan biasa. Dia? Entah. Tapi yang pasti dia tak pernah berhenti kacau aku. Cuma aku dah jarang melayan. Aku tak nak kalau aku layan aku makin sukar nak lupakan dia. so baik aku diamkan diri. Kan?

Cuma hari ni, dia selalu datang dekat aku. bila aku nak mengelak dia macam tak bagi. Bila aku nak ke kantin dia ikut. Bila aku nak ke kelas. Dia pun ikut. Ish! Apa masalah dia ni?

“ Hariz!”

“ Ye?”

Aku berdepan dengan dia saat ini. perasaan geram menguasai diri aku.

“ Stop ikut aku. rimaslah!”

“ Tak nak.”

Dia toleh ke arah lain sambil bersiul. Aku dah mula geram. Jadi aku sepak kaki dia. puas!

“ Sakitlah!”

“ Padan muka.”

“ Baik kau minta maaf.”

“ Tak nak.”

“ Dua kali kau hutang aku. baik kau minta maaf cepat.”

“ Aku tak nak!”

Aku teruskan langkah tanpa menghiraukan dia.

“ Xara Leina!”

Dia terus berdiri depan aku. Eh! Cepatnya.

“ Tepilah! Kau nak apa?”

“ Nak kau!”

Aku terdiam. Apa? dia nak apa tadi? Kurang jelaslah.

“ Aku nak kau. Faham?”

Aku tengok diri aku sebelum mendongak melihat dia. Aku?

“ Kau nak aku? buat apa?” Okay. Aku blur saat ni.

“ Ya. Sebab kau hutang aku satu benda. So hari ni kau kena langsaikan juga.”

“ Aku hutang apa? baik kau cakap.”

Tiba-tiba dia tunduk dan membisikkan sesuatu dekat aku.

“ Kau hutang aku hati kau. Kau curi hati aku setelah sekian lama. Dan sekarang kau nak aku lepaskan kau macam tu je? No way!”

Terbeliak mata aku selepas mendengar kata-katanya sebentar tadi. What? Aku tak salah dengar kan?

“ So.. lepas ni kau jangan cakap dengan Hafiz dengan Judin or dengan sesiapa sahajalah. Ambil gambar dengan orang lain pun tak boleh except me. Yalah. Aku ni kan handsome. Jejaka idaman Malaya terakhir.”

Aku pandang dia dengan pandangan kosong. Jejaka idaman Malaya terakhir? Werk! Perasannya!

“Xara Leina. Kau dengar tak ni?”

Aku terus tunduk ke bawah. Malu. Nampaknya selama ni tak bertepuk sebelah tanganlah kan? Ya Allah.

“ Tak.” Aku jawab dengan perlahan. Lepas tu aku terus berjalan laju meninggalkan dia.

“Xara! Aku cintakan kau! Ingat tu! Aku tebalkan muka luah dekat kau ni tau tak? So jangan kau buat-buat tak dengar pulak. Malu! Kau faham?”

Akhirnya aku melepaskan tawa selepas mendengar kata-katanya. Hahaha. Lelaki malu? Pengecut betul mamat ni. tapi pengecut pun itu juga yang kau cinta dalam diam kan?

Aku tersengih malu. Hariz. Aku pun cintakan kau. Dalam diam je. boleh?

“ Tak.”

“ Astagfirullah!”

Tiba-tiba muncul berdiri sebelah aku. Terkejut aku! Dia ni kan!

“ Kau jangan harap kau boleh lari lagi daripada aku. Aku Hariz dan kau Xara .Ingat yang aku akan jadi suami kau. Kau Xara akan jadi isteri kepada Hariz. Faham?”

Aku terus tampar tangan dia dengan beg aku. Sengal!

“ Woi!”

“ Sengal!”

“ Tapi itu yang kau nak dengar kan selama ni?”

“ Siapa kata?”

“ Kawan baik kau.”

“ Whatever!” Habis modal aku nak lawan.

“ Cinta kau diam-diam. Ingat tu.”

“ Werk!”

“ Ingat comel dah la tu.”

“ Memang pun.”

“ Ingat tu.” Terus dia berlari masuk ke dalam kelas. Aku ditinggalkan dalam keadaan terpinga-pinga.

“ Hariz!”

Apa dah jumpa jawapan yang aku cari, Alhamdulillah Syukur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience