• Isteri Untuk Tuan Mikael •

Romance Series 11684

Mikael melihat Amelia yang sedang menangis di bahu Erin manakala Husna pula menggosok lembut belakang Amelia untuk menenangkan gadis itu. Awal-awal panas juga hati Mikael tapi apabila mengingatkan yang Husna itu perempuan bukan lelaki, Mikael hembus nafas lega.

"Siapa nama anak ni ?"

Mikael menoleh ke kanan apabila lengannya dicuit oleh Encik Malik yang datang bersama Puan Anita dan dua orang adik kembar Amelia sebentar tadi. Bagaimana dia kenal ? Semua benda tentang Amelia dia tahu. Termasuk keluarga dan rakan Amelia. Tapi yang si Husna tu pula dia keliru sikit. Sebab dulu waktu belajar di universiti, rambut Husna panjang mengurai. Ini tiba-tiba pula pendek macam lelaki. Gaya pun tak kurang hebatnya.

"Mikael, Aayan Mikael bin Megat".

"Nama pakcik Malik. Ayah Amelia". Encik Malik tersenyum nipis seraya menghulurkan tangan untuk bersalam.

Mikael sambut salam Encik Malik namun matanya masih terpaku pada Amelia yang tidak henti-henti menangis dari tadi sejak mereka sampai di pejabat ini.

"Mikael setuju nak bernikah dengan anak pakcik ? Pakcik bukan apa. Pakcik takut benda ni akan sampai ke telinga orang lain dan menjadi fitnah. Kalau kamu bersetuju, itu bermakna kamu juga bersetuju untuk menutup aib keluarga kamu dan keluarga pakcik". Ujar Encik Malik perlahan.

Mikael menghadam kata-kata Encik Malik. Keluarga Amelia sangat baik kepada dirinya walaupun dia yang menjadi penyebab semua ini berlaku. Dia lah yang rancang semua ini. Mikael tarik nafas dalam lalu dihembus. Apakah tindakan dia betul ?

"Saya setuju menikahi Amelia".

Encik Malik mengangguk kecil. Bahu Mikael ditepuk lembut seraya itu dia bergerak mendekati Amelia. Mikael hanya melihat dari jauh.

"Abah, Lia dan dia tak buat apa-apa ! Dia cuma tumpang berehat dekat apartmen Lia. Percayalah ayah. Lia tak nak nikah dengan dia ! Ibu..." Amelia bangun lalu memeluk tubuh Puan Anita.

"Cakap dekat abah, Lia tak nak nikah dengan Mikael. Kami tak buat apa-apa ibu. Percaya cakap Lia ibu". Amelia menggogoi dalam pelukan Puan Anita.

Puan Anita mengalirkan air mata. Dia tahu Amelia tak akan buat benda tak senonoh di belakang dia dan suaminya. Amelia anak dia. Dia tahu Amelia itu bagaimana. Anak yang baik dan mendengar kata. Tapi apabila sudah ditangkap khalwat begini, apa daya Puan Anita untuk membantah kata-kata Encik Malik ? Ini demi untuk menutup aib keluarga dan membersihkan nama baik Amelia sendiri.

Erin dan Husna juga turut bersimpati dengan apa yan berlaku pada rakan baik mereka. Mereka yakin pasti ada orang yang cuba memperdajalkan Amelia sehingga sanggup membuat Amelia begini. Namun, siapa lelaki yang ditangkap khalwat bersama Amelia itu ? Mereka langsung tak kenal. Tapi Amelia kenal pula. Jangan-jangan Amelia berahsia tentang kewujudan lelaki itu dari mereka ?

"Ibu tahu Lia tak salah. Ibu tahu Lia tak buat semua ni. Tapi ibu harap Lia setuju untuk bernikah dengan lelaki itu untuk menutup aib keluarga kita, keluarga lelaki itu dan membersihkan nama baik Lia. Tak apa sayang. Disebalik apa yang berlaku ini ada hikmahnya. Kita kena redha". Teresak-esak Amelia. Hujung baju Puan Anita digenggam kuat.

Sentap hati Mikael mendengar bicara Amelia. Sampai macam tu sekali Amelia tak suka dia ? Tak. Dia bukan hendak menghancurkan masa depan Amelia tapi dia ingin Amelia bahagia bersamanya.

"Assalammualaikum".

Kesemua mata memandang ke arah pintu. Seorang lelaki dan wanita yang dipertengahan usia melangkah masuk. Di belakang pula ada seorang remaja perempuan.

Mikael bangun lalu tangan lelaki dan wanita itu dicium lantas dia membawa mereka duduk.

"Apa yang kamu dah buat Mikael ?"

Datin Haira iaitu ibu kepada Mikael menyoal garang. Matanya tajam menatap wajah anak sulungnya. Ketika dia dan Dato Megat sedang menikmati makan malam, tiba-tiba pembantu rumah bergegas ke arah mereka dan menghulurkan telefon rumah kepada Dato Megat. Katanya ada hal penting. Dan inilah hal penting itu. Hal memalukan keluarga !

"Nanti Mikael jelaskan semuanya. Tapi sekarang Mikael minta pada mama dan papa untuk restu Mikael menikahi Amelia".

Dato Megat dan Datin Haira berkerut kening. Serentak mereka menoleh ke arah keluarga gadis yang ditangkap khalwat bersama Mikael. Mata Datin Haira membulat. Pantas dia memandang kembali wajah Mikael.

"Div-Divya Amelia ? Bekas kekasih Hay..."

"Mama, bukan sekarang. Nanti Mikael jelaskan". Tangan Datin Haira, Mikael genggam.

"Papa tak tahu apa yang ada dalam kepala otak kamu Mikael. Papa dah penat dengan perangai kamu. Memang patut kamu nikahi dia sebab kamu dah conteng arah di muka keluarga kita dan keluarga Amelia. Selepas ini kamu tanggung sendiri risikonya, papa dan mama takkan masuk campur urusan kamu". Keluh Dato Megat. Kecewa dengan Mikael yang tak habis-habis buat masalah.

"Mama ada bawa cincin yang kamu minta dan duit sekali. Sementara ni guna je cincin mama". Datin Haira mengeluarkan satu kotak baldu bewarna merah dari dalam beg tangan.

Mikael tersenyum kelat. Ketika dia sibuk bersama keluarganya, Amelia datang menghampiri mereka. Air mata gadis itu masih tersisa di pipi.

"Awak tak nak jelaskan perkara yang sebenar ? Kenapa awak diam ?! Cakap dekat semua orang yang ada di sini yang kita tak buat apa-apa pun ! Tolong lah Mikael. Saya merayu pada awak. Saya masih ada impian. Saya masih ada keinginan lain. Awak diam umpama awak mengiakan yang kita betul-betul buat benda tak senonoh !" Hambur Amelia. Marah, Kecewa, Sedih.

Takkan Mikael bersetuju untuk bernikah dengan dirinya sedangkan mereka langsung tidak melakukan apa-apa.

Datin Haira berdiri lantas tubuh Amelia dibawa masuk ke dalam pelukan. kepala Amelia diusap lembut. Runtun hatinya melihat gadis yang tidak bersalah ini mengalirkan air mata.

"Mama minta maaf. Tapi mama mohon sangat, tolong nikah dengan Mikael. Mama yakin Mikael dapat jaga Amelia dan jadi suami yang baik untuk Amelia".

Amelia mendongak memandang wanita yang memeluk dirinya. Mama ? Ini mama Mikael ke ? Macam mana mama Mikael boleh tahu nama dia Amelia dan dia juga seperti kenal dengan wanita ini.

"Boleh kita mulakan ?" Pertanyaan seorang lelaki yang berjubah dan berkopiah itu menyentakkan semua orang.

Amelia pandang Mikael. Air matanya masih lagi menuruni pipi. Dia berharap agar Mikael akan batalkan. Mikael pula hanya tersenyum nipis membalas pandangan Amelia. Mikael tahu Amelia sangat berharap dia akan batalkan pernikahan ini tapi dia takkan lepaskan peluang. Biarlah dengan cara kotor sekali pun asalkan Amelia menjadi isternya yang sah.

"Baiklah, kita mulakan". Ujar Encik Malik sekaligus membuatkan Amelia memejam mata rapat. Remuk hati Amelia. Sakit hati Amelia. Tiada seorang pun yang mendengar penjelasannya. Semua meminta dia agar bersetuju. Ya Allah, kuatkanlah hamba-Mu ini.

Puan Anita membawa Amelia duduk di kerusi bersama Erin dan Husna. Manakala Datin Haira dan gadis remaja tadi hanya berdiam diri termasuk Iman Andhika dan Iman Andra, adik kembar Amelia.

Mikael duduk berhadapan dengan Encik Malik. Di sebelah kanan Mikael pula Dato Megat dan sebelah kiri turut serta dua orang lelaki yang bertugas pada malam itu menjadi saksi. Encik Malik menghulurkan tangan kanan lalu disambut oleh Mikael.

"Aayan Mikael bin Megat".

"Saya".

"Aku nikahkan akan dikau dengan anakku Divya Amelia binti Malik dengan mas kahwinnya lapan ratus ringgit tunai".

"Aku terima nikahnya Divya Amelia binti Malik dengan mas kahwinnya lapan ratus ringgit tunai". Lafaz Mikael dengan tenang.

Malam dimana terikatnya sebuah ikatan yang halal dan indah sekaligus menyatukan Mikael dan Amelia sebagai suami isteri yang sah.

Akhirnya, Amelia menjadi milik Mikael.

••••••••••••••••••••••••••••

( Mikael POV )

Puas aku menilik setiap inci wajah Amelia yang sedang tidur lena di atas katil milik aku. Sesekali tangan ku mengusap pipi kemerahannya. Selepas sahaja selesai tadi, Encik Malik menyuruh aku membawa Amelia pulang ke apartment kembali tapi aku tidak mahu kerana sekarang Amelia adalah isteri ku jadi Amelia harus tinggal bersama aku di sini.

Ya, disini di rumah aku sendiri. Tiada keluarga ku, tiada pembantu rumah. Hanya ada aku dan Amelia. Pada mulanya, Amelia menolak tapi apabila dipujuk oleh Puan Anita dan mama akhirnya Amelia bersetuju walaupun ketika dalam kereta tadi dia sempat mengamuk dan memukul ku.

Nasib baik dia tertidur selepas penat menangis dan mengamuk. Badan aku pun dah sakit akibat penumbuk, cubitan dan penampar Amelia. Ingat badan kecil tak kuat ke.

"Aku minta maaf sebab terpaksa guna cara kotor untuk dapatkan kau". Jari manisnya yang tersarung cincin belah rotan milik mama aku usap.

Rambut Amelia cantik, hitam pekat dan panjang. Ini bukan pertama kali aku melihat auratnya. Comforter bewarna kelabu di hujung katil aku tarik menyelimuti tubuh Amelia agar isteri ku tidak kesejukkan.

Baru sahaja aku ingin bangun dari birai katil, satu tangan menarik lembut tangan ku. Aku menoleh ke arah Amelia. Matanya terkebil-kebil memandang ku. Masih mamai lagi tapi comel pada pandangan mata ku.

"Kita dekat mana ?" Soalnya perlahan sambil melilaukan mata melihat ke sekeliling bilik. Mungkin agak asing bagi Amelia kerana ini bukan apartment tempat dia tinggal mahu pun rumah ibu dan ayahnya.

"Rumah kita". Jawabku ringkas.

Amelia pandang aku hairan kemudian tangannya ditarik dari genggaman ku. Kepalanya disentuh dengan wajah yang kelihatan panik.

"Awak buka tudung saya ?!"

"Haah. Takkan dengan suami sendiri pun kau nak tutup aurat ?" Ewah Mikael cakap macam kau tu suami tercinta Amelia. Padahal tak pun.

"Kau sambunglah tidur. Dah lewat. Aku nak mandi sekejap". Aku bergerak ke arah ampaian di sudut bilik. Tuala yang berjemur aku sangkut ke bahu lalu bilik air dituju.

10 minit kemudian, aku keluar dari bilik air. Ketika aku mengangkat kepala, pemandangan di hadapan ku saat ini berjaya membuatkan mata ku membuntang melihat Amelia membuka bajunya membelakangi aku.

"Amelia nak buat apa ?"

Tanpa aku sedar, aku mendekatinya perlahan-lahan. Liur aku telan kesat.

"Kenapa buka baju ?" Soal ku terus.

Amelia pusing menghadap ku dan...

"Arghhhhhh !" Dia menjerit seraya menarik comforter untuk menutup tubuh yang separuh terdedah.

"Apa awak buat dekat sini ?!"

Aku menjongket kening mendengar soalan Amelia.

"Ini bilik aku dan sekarang jadi bilik kita. Suka hati aku nak buat apa dekat dalam ini".

Aku mendekati isteri ku sehingga Amelia jatuh terlentang di atas katil. Mata Amelia membulat besar. Tangannya masih lagi menggenggam kuat comforter agar tidak terlepas.

Lutut kanan aku tekankan pada tilam. Manakala kaki sebelah kiri masih lagi berpijak pada lantai. Aku membongkokkan badan supaya lebih rapat dengan Amelia. Kedua-dua tangan memerangkap tubuh Amelia.

Dengan sekali rentapan, comforter kelabu tadi aku humban ke atas lantai. Cepat-cepat Amelia menyilangkan tangan ke dadanya.

"Aw-awak nak apa ?" Soal Amelia tersekat-sekat. Riak ketakutan terpancar di wajah bersihnya.

"Kalau aku kata aku nak kau ? Kau nak buat apa ?" Aku tersenyum sinis.

"Tak boleh !" Katanya tegas. Mata hazel itu mencerlung tajam ke arahku.

"Aku suami kau. Kau isteri aku. Apa hukumnya kalau isteri menolak ajakan suami ?"

Amelia menelan liur seraya mengalihkan pandangan dari memandangku. Soalan ku langsung tidak dijawab. Aku mendekatkan wajah ku pada Amelia. Tangan ku naik membelai lembut rambutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience