• Isteri Untuk Tuan Mikael •

Romance Series 11664

Kunci Kereta BMW M2 dikeluarkan. Punat ditekan seraya membuka pintu sebelah pemandu. Dia meloloskan diri masuk ke dalam perut kereta. Enjin dihidupkan. Bunyi ngauman kereta itu berjaya menarik perhatian orang yang lalu lalang di sekitar kawasan MO Holding.

Kaca mata hitam dipakai. Tangan memutar stereng kereta keluar dari perkarangan syarikat. Waktu makan tengahari sudah lama habis tetapi dia baru sahaja selesai mengadakan mesyuarat penting bersama orang-orang bawahan.

Kereta meluncur laju di atas jalan raya. Mikael ingin pergi ke suatu tempat dan menjemput seseorang untuk menemani dia makan tengahari bersama.

Tangan kiri memegang kemas stereng kereta manakala tangan kanannya pula sibuk menaip di atas skrin telefon. Pemandu tidak berhemah langsung. Tak patut dicontohi.

25 minit memandu, akhirnya dia sampai di hadapan sebuah kedai bunga. Mikael bersandar pada seat tanpa membuka tali pinggang keledar. Jari-jemari mengetuk stereng kereta sementara menunggu gadis pujaannya keluar. Mata tertumpu pada pintu kedai tersebut.

Tiba-tiba Mikael tersenyum kecil ketika melihat orang yang ditunggu keluar dari kedai bunga dengan langkah tergesa-gesa. Namun, senyuman Mikael mati apabila melihat seorang lelaki memeluk erat tubuh Amelia. Siap laga pipi ! Sakit matanya melihat adegan mesra dua orang manusia itu.

Ditahan dirinya keluar dari kereta. Kalau dia keluar nanti tak fasal-fasal pula ada pembunuhan berlaku di depan kedai bunga.

Tok ! Tok ! Tok !

Tingkap kereta sebelah penumpang diketuk. Mikael menoleh lantas senyuman nipis terukir ketika Amelia cuba mengintai ke dalam kereta.

Manakan tidak, tingkap kereta Mikael bertinted hitam. Tidak mungkin orang di luar boleh nampak keadaan di dalam.

Mikael menggeleng kepala perlahan. Dia masih lagi memerhati Amelia yang kini sedang memperbetulkan rambutnya dengan bergaya. Sempat lagi ! Ingat kereta aku ni cermin dekat apartmen kau ?.

Malas menunggu lama, Mikael menurunkan tingkap kereta sehingga membuatkan Amelia terkejut dan terundur ke belakang.

"Get in" Ujar Mikael tegas.

Cepat-cepat Amelia membuka pintu lalu masuk ke dalam kereta. Nafasnya lanu tidak teratur. Mungkin kerana takut, berdebar dan macam-macam lagi yang dirasakan apabila berhadapan dengan Mikael yang kini berada di sebelah.

"Divya Amelia..." Panggil Mikael meleret. Masih lagi dalam nada yang tegas.

Amelia telan air liur ketika namanya disebut. Perlahan-lahan kepala ditoleh ke arah kanan memandang Mikael.

"Siapa lelaki tadi ?" Mikael menatap tajam wajah Amelia yang terkulat-kulat dengan soalannya.

"Le-lelaki mana ?".

Mikael menghentak stereng kereta membuatkan bahu Amelia ternaik dan mata gadis itu spontan tertutup rapat.

"Kau jangan tipu aku. Siapa lelaki yang peluk kau tadi ?!" Mikael mendekatkan badannya pada Amelia sehingga belakang Amelia tersandar pada pintu kereta.

"Hu-Husna. Dia bukan lelaki. Dia perempuan. E-encik nak buat apa ni ?" Amelia memalingkan muka ketika wajah Mikael dekat dengannya.

Jarak mereka sangat rapat. Hanya seinci sahaja ruang yang tinggal. Jika Amelia bergerak sedikit pasti badan dia dan badan Mikael bersentuhan. Walaupun mereka berdua memakai pakaian tapi rasa tidak selesa itu akan bertandang di hati.

"Betul ?".

Amelia angguk laju. Mata masih tertutup rapat. Tidak sanggup dia melihat wajah tegang Mikael.

"Okay, aku percaya cakap kau. Tapi kalau kau tipu siap kau !".

Mikael kembali pada posisi asal tadi. Kaca mata dibuka dan diletak atas dashboard kereta. Sempat rambutnya dikemaskan depan cermin pandang belakang. Amelia yang berada di sebelah dikerling sekilas.

"Buka lah mata kau. Duduk dalam keadaan selesa. Aku tak buat apa-apa pun dekat kau".

Amelia membuka matanya. Duduk dibetulkan lalu dia memerhati Mikael dari ekor mata. Baju kemas, rambut kemas, gaya macam boss. Kereta pun kereta mahal jika dibandingkan dengan kereta Amelia. Kalau orang gila takkan lah pakai suit kemas macam ni dan ada kereta mahal pula en ? Jadi siapa sebenarnya Mikael ?.

"Dah puas tilik aku ?" Mikael menyoal. Dia kembali memutarkan stereng kereta.

"Ermm... Encik nak bawa saya pergi mana ?" Tanpa menjawab soalan Mikael, Amelia menyoal kembali.

"Makan tengah hari". Ringkas tapi cukup dingin di pendengaran Amelia.

Amelia mencebik. Ikutkan hati memang dia tak nak temankan Mikael tapi disebabkan dia diugut, terpaksalah dia mengikut sahaja kehendak lelaki ini.

"Tengah hari nanti aku ambil kau depan kedai. Tak ada alasan ! Kalau kau tak nak, aku sendiri yang akan masuk kedai kau dan heret kau masuk kereta aku".

Masih lagi terngiang-ngiang di telinga Amelia suara tegas Mikael yang mengugut dia ketika lelaki itu menelefonnya pada jam 11 pagi tadi.

Dah lah Amelia belum habis siapkan tempahan bunga si Datin Liza tu. Entah tanpa diduga bala yang satu ini pun sibuk nak minta temankan makan tengah hari. Makan pun nak berteman. Lain lah kalau aku ni isteri dia. Eh ? Amelia apa yang kau fikir ? Kau pun dah berjangkit penyakit gila si Mikael ni ?.

"Kau mengumpat aku ke ?".

Suara dingin Mikael memecahkan kesunyian antara mereka. Mikael menoleh sekilas ke arah Amelia yang berdiam diri.

"Tak.. tak adalah" Jawab Amelia gugup. Gila tak gugup duduk berduaan dalam satu kereta dengan lelaki yang dia tidak kenal. Hanya kenal nama sahaja. Kau rasa ?.

Mikael mengangguk kecil. Punat radio ditekan. Kedengaran suara dj sedang berceloteh tentang isu semasa dan gosip-gosip hiburan yang hangat. Mikael menurunkan volume agar tidak terlalu kuat.

Hanya suara dj radio dan lagu-lagu diputarkan menjadi peneman ketiga dalam suasana sunyi, kekok dan kejanggalan mereka.

Satu lagi menarik perhatian Mikael. Lagu yang terbaru. Mikael naikkan kembali volume radio. Jari telunjuk kanan mengetuk stereng kereta dan tangan kiri pula memegang kemas pada gear kereta.

Sesekali Amelia menjeling ke arah Mikael. Pelik melihat lelaki itu yang sentiasa berubah perwatakan. Sekejap dingin, sekejap tegas, sekejap marah, sekejap gila, sekejap baik tapi tak lah terlalu baik. Banyak betul perwatakan Mikael. Entah-entah lelaki ini split personality disorder ?

Akal Amelia mula memikirkan fakta-fakta negatif. Hati mula diserang keresahan. Kalau split personality disorder ni bahaya ! Boleh bunuh orang, boleh pukul orang, boleh marah orang tak tentu fasal. Kadang-kadang boleh jadi baik, tutur kata juga lembut dan perbuatannya sangat positif pada pandangan orang lain.

Macam sekarang ini lah !

Mulut Mikael bergerak menyanyikan lagu yang sedang berputar di radio. Sambil itu dia membuang pandang keluar melihat kereta-kereta yang sedang meluncur laju membelah jalan raya di hari isnin ini.

"Pelik". Gumam Amelia.

Tup !

"Kenapa kau tutup ?!" Marah Mikael tidak berpuas hati.

"Lagu dia tak best". Kata Amelia selamba. Padahal hati dia dah berdebar-debar. Berani kau tutup radio tu Amelia. Dibuatnya lelaki ini mengamuk, mampus kau !

"Tak best atau kau dah terbuai dengan suara aku ?" Soal Mikael. Pandangan masih di hadapan. Stereng dibelok kiri menuju ke arah restoran.

"Mana ada ! Perasaan betul". Ayat terakhir sengaja diperlahankan. Nak bagi Mikael dengan ? Cari nahas.

Mikael memarkir kereta di hadapan restoran. Sebelum keluar, sempat Amelia membaca nama restoran tersebut.

"Restoran Sri Ayu ?" Amelia pandang Mikael lalu pandang kembali restoran di depan.

Restoran Sri Ayu ini kan restoran yang sering Amelia kunjungi. Dari zaman universiti sehingga lah dia mula bekerja. Dari umurnya 20 tahun sehinggalah menginjak ke 25 tahun, Amelia masih lagi suka mengunjungi restoran ini kerana nasi ayam madu dia memang memikat hati.

"Nak aku dukung kau keluar ?"

Amelia tersentak apabila merasakan suara husky Mikael sangat dekat dengan deria pendengaran.

Mikael senyum senget. Kini dia berada sangat dekat dengan Amelia. Bau haruman Amelia juga berjaya membuatkan jiwa lelaki Mikael berkocak hebat.

Bergegas Amelia membuka pintu lalu turun dari kereta. Pintu dihempas kasar. Ah dia peduli apa ! Nak rosak, rosaklah. Biar padan dengan muka lelaki gila itu.

Mikael tergelak kecil. Geli hati dia melihat tingkah laku Amelia yang mencuit hati. Baru dekat sikit dah gelabah. Itu baru sedikit, tunggu dah kahwin nanti memang Mikael takkan bagi peluang Amelia jauh dari dia.

Mikael keluar lalu kereta dikunci. Kaki diatur mendekati Amelia yang sedang membeli kuih di gerai sebelah restoran.

"Saya nak donat cheese RM 5, donat nutella RM 5 dan donat blueberry RM 5". Beritahu Amelia sambil menunjuk ke arah donat-donat yang disebutkannya tadi.

Tanpa salam, Mikael terus memaut lengan Amelia yang berlapik. Gadis itu terkejut dan memandang tajam ke arahnya.

"Apa ?" Mikael mengangkat kening.

"Boleh tak encik lepaskan lengan saya ? Saya tak selesa kalau orang pandang kita macam ni. Saya belum kahwin lagi tau. Nanti apa orang fikir kalau nampak saya berkelakuan tak senonoh dengan lelaki yang bukan muhrim". Bisik Amelia tegas.

"Pertama, jangan panggil aku encik. Aku rimas. Kedua, biarlah orang pandang kita macam ni, biar orang tahu yang kau milik aku. Ketiga, memang kau belum kahwin pun sebab bakal suami kau ni sebelah kau sekarang dan aku tak bodoh lagi nak buat benda tak senonoh depan public. Aku cuma paut lengan kau yang berlapik saja. Di sini tiada sentuhan kulit berlaku. Yang kau nak takut sangat kenapa ? Kalau kau tak nak orang pandang serong terhadap kita, apa kata kita kahwin cepat-cepat. Lebih dari paut lengan pun kita boleh buat". Tenang Mikael menjawab kata-kata Amelia.

"Memanglah tak ada sentuhan kulit tapi sekarang kita bukan dalam keadaan darurat ke apa yang sampai encik nak paut-paut lengan saya walaupun ianya berlapik. Saya tak selesa". Amelia menekankan suaranya. Geram.

"Aku dah kata jangan panggil aku encik kan ? Kau nak aku ulang berapa kali ?".

Amelia mengeluh. Adakah dia sudah terperangkap dengan permainan lelaki gila ini ?

"Okey saya takkan panggil encik lagi. Jadi sekarang tolong lepaskan lengan saya".

Mikael melepaskan pautan tangannya pada lengan Amelia.

"Asal kau beli banyak sangat ?" Tanya Mikael.

"Duit saya, suka hati sayalah nak beli banyak ke sikit ke".

"Ewah cantik bahasa kau. Kau nak aku cium kau dekat sini ?".

Amelia menjuihkan bibir lantas beg plastik berisi donatnya. Amelia ambil dari huluran makcik yang berniaga itu.

"Ini dia makcik RM 20. Makcik simpan baki dia. Saya sedekah". Kata Amelia lembut seraya tersenyum nipis.

"Alhamdulillah, terima kasih. Semoga Allah murahkan rezeki puan dan suami puan. Ameen".

Amelia terkedu. Suami ? Sejak bila dia ada suami ? Apabila mengingatkan sesuatu, Amelia menoleh ke arah Mikael. Lelaki itu hanya menayang wajah ketat. Ish tahan betul dia buat muka ketat. Ini mesti guna botox berkilo-kilo.

"Hee, makcik saya belum kah...".

"Terima kasih makcik doakan rezeki saya dan isteri saya. Doakan juga supaya kami dapat zuriat". Sampuk Mikael sambil matanya nakal memandang Amelia.

Rasa nak tercekik Amelia mendengar bicara Mikael. Zuriat ? Tak pernah terfikir dia nak ada zuriat dengan si gila ini.

"Ya, makcik doakan juga kamu berdua dikurniakan zuriat secepat yang mungkin". Balas makcik tersebut.

"Amin. Makcik saya dan isteri saya minta diri dulu. Nak makan tenga hari. Assalammualaikum". Mikael menarik lengan Amelia menuju ke restoran.

Satu meja kosong menjadi sasaran. Mikael menarik kerusi begitu juga dengan Amelia tapi belum sempat Amelia melabuhkan punggung. Kerusi tadi sudah diduduki oleh seorang perempuan seksi.

"Ops sorry, I dah duduk dulu jadi ini tempat i. You pergilah cari tempat kosong yang lain". Ujar perempuan itu. Sungguh biadap.

Amelia angkat bahu. Tidak mahu memulakan pergaduhan. Amelia bergerak ke meja kosong yang lain tanpa melihat ke arah Mikael.

Dia bukan jenis perempuan yang cepat sentap dan cepat koyak. Bagi Amelia itu hanya biasa. Maklumlah zaman sekarang, tak kira perempuan atau lelaki, tua dan muda sama sahaja. Mulut tak reti jaga. Adab ke laut.

"Yang kau halau tu isteri aku !".

Bergema ruang restoran tersebut dengan tengkingan Mikael. Amelia memusingkan badan ke belakang melihat meja yang dihuni oleh Mikael dan perempuan tadi. Orang ramai mula berdiri dan berbisik-bisik. Meja itu juga sudah dikerumuni pengunjung restoran.

Bam !

Bunyi hentakkan yang kuat pada meja membuatkan Amelia tidak sedap hati. Langkahnya laju mendekati meja tadi. Amelia menyusup disebalik orang ramai dan apabila dia sudah berada di hadapan sekali, mulut Amelia melopong. Mata juga membulat.

Perempuan tadi sudah elok terduduk di atas jubin lantai sambil menunduk dan menangis. Segera Amelia merapati perempuan itu untuk membantunya berdiri.

'Cik tak apa-apa ?" Soal Amelia prihatin. Purse dan beg plastik berisi donat diletak atas meja.

Tanpa menjawab soalan Amelia, perempuan tersebut terkocoh-kocoh berlari keluar dari restoran.

Pandangan marah dilempar pada Mikael. Amelia tengok kecil besar kecil besar sahaja Mikael ini. Riak wajah yang kosong itu langsung tak ada rasa bersalah selepas menengking perempuan tadi.

"Awak buat apa dekat dia ?!"

"Tolak" sepatah jawapan Mikael.

Amelia menarik nafas dalam lalu dihembus. Setelah itu, purse dan beg plastik donat yang berada di atas meja diambil kasar. Orang ramai kembali pada tempat duduk masing-masing dan mula membuat kerja sendiri.

"Saya tak nak makan di sini". Beritahu Amelia.

Walaupun dia tak ada kaitan dengan Mikael tapi dia tetap malu kerana tadi dia masuk ke dalam restoran ini bersama Mikael. Malah pekerja restoran ini juga kenal dia.

"Ini kan restoran kegemaran kau. Tempat kau selalu tapau nasi ayam madu. Takkan sebab tadi kau tak nak makan di sini ?" Dingin.

Amelia pandang Mikael dengan wajah yang kehairanan. Bagaimana lelaki ini tahu dia selalu tapau nasi ayam madu di restoran ini ?

"Hah ? Macam mana awak ta..."

"Kita duduk dulu dan makan. Selepas itu aku hantar kau balik dekat kedai kau". Kata Mikael. Punggung dihenyak atas kerusi.

Amelia menurut kata-kata Mikael namun hatinya masih lagi tertanya-tanya.

"Aku salah dengar kut tadi ? Mungkin dia kata restoran ini tempat dia selalu tapau nasi ayam madu. Dia maksudkan dia sendiri bukan aku". Kata Amelia dalam hati.

•••••••••••••••••••••••••••••••

Amelia Pov

Aku melompat ke atas katil selepas selesai menunaikan solat isyak. Badan masih lagi tersarung telekung. Argh seronoknya !

Bantal aku peluk erat. Aku berguling-guling di atas katil dengan mata yang terpejam rapat. Makan malam pun belum masak lagi, ish malas nak buat.

Dekat apartmen aku ni bukan ramai orang. Ada aku seorang saja. Tapi teringin pula nak makan meatball cheese. Tak apa lah, lelap sekejap lepastu baru masak.

Kring ! Kring !

Aku membuka mata yang semakin berat akibat ngantuk. Hantu mana lagi yang kacau aku tidur ni ?! Oh ya, sebelum aku terlupa, aku nak beritahu yang aku dah tukar ringtone phone. Hehehe.

Telefon yang berada di bawah bantal aku ambil lalu panggilan disambut tanpa melihat nama si pemanggil.

"Hello ?"

"Buka pintu. Aku depan apartment kau sekarang".

"Siapa ni ?" Soal ku malas.

"Aku lah Mikael. Buka pintu cepat !"

"Apa ?!" Membuntang mata ku. Skrin telefon aku lihat. Mikael ?!

"Satu, dua, tiga..."

"Okay-okay ! Saya buka, tunggu sekejap !" Tanpa meletakkan telefon, aku bergegas ke pintu.

Pintu aku buka dan terpampanglah sosok Mikael yang berpeluk tubuh. Lelaki itu hanya berpakaian casual. Hoodie bewarna hitam dan seluar denim bewarna hitam.

"Buka pintu grill ni. Aku nak masuk dalam".

Amboi, senang hati dia arah-arah aku. Datang malam-malam depan rumah anak dara orang, sekarang nak masuk pula. Ingat ini di negara barat ?

"Buka lah cepat ! Aku bukan tunggul dekat sini !" Marah Mikael.

"Ma-mana boleh ! Awak lelaki, saya perempuan. Duduk satu rumah mana boleh ! Nanti ada orang ketiga". Ujar ku berani.

"Aku tak buat apa-apa dekat kau. Aku cuma nak rehat di sini". Suara Mikael mengendur. Matanya redup menatap mata ku. Cepat-cepat aku alihkan pandangan.

"Kenapa tak rehat di rumah awak je ?" Tanya ku tidak puas hati.

"Amelia..." Mikael menekankan suaranya.

Dengan berat hati, aku membuka kunci pintu grill. Lalu aku bergerak ke ruang tamu. Ya Allah berdosanya aku. Abah ibu Lia minta maaf sebab tak jaga perbatasan.

Kedengaran pintu ditutup. Aku mengerling Mikael. Lelaki itu mendekati aku. Sofa kosong  disebelah ku menjadi tempat duduknya.

Aku jeling Mikael. Okay masih lagi dalam jarak yang jauh. Alat kawalan televisyen aku capai. Hanya beberapa saat, televisyen terpasang. Aku menukar siaran berita kepada siaran kartun.

Fokus betul aku tengok kartun Cam & Leon ini. Aku tergelak apabila adegan lucu berlaku antara Cam & Leon. Mikael disebelah tidak aku hairankan. Dia tak cakap. Aku pun tak bercakap lah. Hah bagus.

Tapi aku mula merasa lain. Aku kerling sebelah. Mikael mendekatkan jaraknya dengan aku. Aku pun apa lagi, mengesot ke tepi. Tak nak dekat-dekat.

Lelaki itu semakin mendekat dan aku semakin mengesot sampai tiada lagi ruang untuk aku bergerak. Mikael mendekat lagi. Tidak menunggu lama aku berdiri dan berura-ura mahu meninggalkan dia di ruang tamu namun tangan ku direntap kuat oleh Mikael  sehingga aku jatuh dalam dakapannya.

Mata bertentang mata. Tangan kekar Mikael memeluk erat pinggang ku. Semakin lama, wajah Mikael semakin dekat dan...

Tok ! Tok ! Tok !

Aku menoleh ke arah pintu begitu juga dengan Mikael. Segera aku bangun dan membuka pintu. Kelihatan lima orang lelaki yang bersongkok dan berkopiah sedang berdiri di hadapan pintu grill.

Aku mula tidak senang hati. Langkah aku undur setapak dan ketika itu juga bahu ku dipeluk dari tepi. Aku menoleh dan sekali lagi mata ku membuntang melihat Mikael yang sudah tidak berbaju. Yang tersarung hanya seluar denim sahaja.

"Maaf menganggu. Kami menerima laporan bahawa di apartment ini ada perempuan dan lelaki berduaan. Boleh kami tahu apa hubungan cik dan encik ? Kalau betul pasangan suami isteri, sila tunjukkan kad nikah".

Dan aku dah dapat rasa masa depan Divya Amelia hancur. Hidup Divya Amelia menghampiri kegelapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience