• Isteri Untuk Tuan Mikael •

Romance Series 11664

Suit hitam tersarung kemas di tubuh tegapnya. Kaki yang panjang laju mengorak langkah ke hadapan. Tangan kanan masuk ke dalam poket seluar slack manakala tangan kiri menjinjing beg bimbit.

Maskulin, berkarisma, segak dan kacak.

Wajah yang hanya beriak kosong itu cukup membuatkan seluruh pekerja di syarikat kecut perut dan tunduk menekur lantai. Kecuali pekerja kaum hawa. Banyak mata wanita memandang ke arahnya dengan mulut ternganga dan hati mula berbunga-bunga.

The boss !

Seorang perempuan yang memakai white blouse dan skirt hitam paras peha menghampiri dia bersama senyuman manis.

"Selamat pagi Tuan Mikael." Sapanya lembut.

Lelaki itu berhenti. Kepala ditoleh ke kiri. Kaca mata dibuka. Tajam mata Mikael menikam wajah wanita yang berada di hadapan dia sekarang. Seketika, mata Mikael menilik pakaian wanita itu dari atas ke bawah. Tersungging senyuman sinis di bibir.

"Aku rasa Malaysia ni tak lah panas sangat sampai kau pakai baju serupa nak pergi kelab malam." Sindir Mikael.

Wanita itu bungkam. Wajahnya berona merah apabila disindir oleh lelaki yang dia minati itu.

Usai menuturkan bicara, Mikael kembali melangkah menuju ke lift. Sementara menunggu pintu terbuka, tangan diseluk ke dalam poket baju sebelah kiri. Satu gula-gula getah perisa pudina dikeluarkan lantas dibuka pembalutnya. Tidak menunggu lama, gula-gula getah tersebut selamat masuk ke dalam mulut.

Pembalut tadi dibuang ke dalam tong sampah yang berada di tepi. Rahang mula bergerak-gerak menandakan dia sedang mengunyah.

Pintu lift terbuka. Ramai pekerja berpusu-pusu keluar untuk memberi laluan kepadanya. Mikael melangkah masuk setelah memastikan tiada seorang pun berada dalam lift. Butang nombor 15 ditekan.

Dia tidak suka bersempit di dalam lift seperti sardin. Dia rimas dan tidak selesa. Pekerja di syarikat ini juga sudah tahu apa yang dia suka dan apa yang dia tidak suka ketika berada di syarikat. Kerana itulah, tiada seorang pun pekerja yang berani masuk ke dalam lift bersama dia.

Mikael melihat jam di tangan kiri. Keningnya terjongket. Masih awal lagi untuk dia memulakan kerjayanya sebagai CEO M.O Holdings.

Sampai di tingkat 15, kaki diatur melangkah ke pejabat. Pintu dibuka lalu meja kerja dituju. Beg bimbit yang dijinjing tadi Mikael letakkan atas meja tersebut. Punggung dihenyak atas kerusi lantas badan disandar dan kaki disilang gaya bossy.

"Mawar Amelia"

Mulut menyebut nama gadis pujaannya. Mata dipejam rapat. Hayder tersenyum mengingatkan kembali pertemuan pertama kali bersama Amelia.

Mata dibuka, Iphone 12 pro max dikeluarkan dari poket seluar slack. Dia mencari nama seseorang di senarai nama dalam telefon. Apabila dia sudah menjumpai nama tersebut tanpa teragak-agak dia mendail nombor telefon itu.

Satu saat

Dua saat

Tiga saat

Empat saat

Lima saat

Mikael berkerut kening apabila dia merasa lama panggilannya tidak disambut. Geram pula dia rasa sekarang ini.

Mikael menaip sesuatu di atas skrin. Laju jarinya menaip. Setelah itu, apabila dia melihat whatsapp yang baru dia hantar bertanda bluetick. Lansung saja dia mendail kembali nombor itu.

Dia tersenyum sinis. Kali ini tidak payah menunggu lima saat untuk panggilannya bersambut.

"Hello sayang."

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Kereta Suzuki Swift berwarna biru miliknya diparkir elok di hadapan kedai bunga "The Flower". Beg tangan yang berada di sebelah tempat penumpang diambil lalu pintu kereta dibuka. Gadis itu melangkah keluar dari perut kereta bersama senyuman manis yang mekar di bibir. Pintu ditutup lantas punat kunci kereta ditekan.

Dia mengatur langkah ke kedai bunga. Bunyi loceng bergema di seluruh ruang kedai tersebut apabila dia masuk ke dalam. Semerbak haruman bunga menusuk ke rongga hidung membuatkan dia terbuai sebentar.

"Selamat pagi Amelia ku !"

Amelia melemparkan senyuman ke arah pekerjanya atau lebih tepat lagi kawan baiknya iaitu Erin. Kawan dia yang seorang ini memang selalu datang awal berbanding dia dan...

"Assalammualaikum !"

Amelia dan Erin menoleh ke arah pintu masuk. Kelihatan seseorang yang lengkap berpakaian penunggang motor berkuasa tinggi serba hitam. Di kepalanya masih tersarung helmet full face juga berwarna hitam.

"Waalaikumsalam". Jawab Amelia dan Erin serentak.

"Aku tak lambat lagi kan ?" Dia membuka helmet lantas sengihan terukir di bibir.

Amelia terkebil-kebil. Ini lawan dia ke ? Kenapa nampak...

"Hoi ! Kenapa kau tengok aku macam tu ? Ada apa-apa dekat muka aku ?"

"Kau Husna kan ?" Soal Amelia meminta kepastian.

"Akulah Husna, kawan kau. Asal ?".

Erin sudah terkekek sambil menekan perut. Muka Amelia yang terkejut membuatkan dia geli hati. Kawan sendiri pun tak kenal.

"Handsome !"

Husna tersenyum bangga seraya ibu jari dioles pada hidung. Ini Husna okey !.

"Tapi tak payah nak berlagak sangat. Kau tu perempuan !" Bidas Amelia.

Husna mencebik. Baru hati nak berbunga-bunga sebab kena puji handsome. Eh, tapi jangan salah sangka.
Walaupun Husna berpewatakan seperti lelaki, jiwanya masih tetap feminin sejak azali lagi.

"Dah, jom mula kerja. Aku nak siapkan tempahan bunga harini untuk majlis kahwin anak teruna Datin Liza tu. Nanti malam anak dia datang nak ambil".

"Kau nak aku tolong ?" Erin mengekori Amelia masuk ke dalam bilik staff.

"Tak perlulah. Kau dan Husna tolong kemas dan susun bunga-bunga kat luar tu. Kalau ada tempahan, tolong rekod dekat tab. Aku takut kalau tulis dekat buku, aku terlepas pandang". Ujar Amelia.

Dia duduk bersimpuh di atas karpet berbulu sambil tangan ligat menyusun beberapa jenis bunga calla lily.

"Baiklah boss. Ada apa-apa lagi yang kau nak suruh aku dan Husna buat ?".

"Ermm... tak ada. Korang buatlah apa yang patut. Tapi kalau customer datang, layan elok-elok. Pesan dekat Husna jangan buat muka masam dekat customer. Tak baik".

Erin mengangguk walaupun dia sedang berdiri di belakang Amelia.

"Aku keluar dulu. Kau kalau penat, rehat sekejap. Nanti jatuh sikit risau pulak adik kembar kau yang over protect tu". Kata Erin lalu dia keluar dari bilik staff.

Amelia sengih. Apa lah yang adik kembarnya sedang buat sekarang dekat rumah ibu dan abah ?. Iman Andhika dan Iman Andra, si kembar yang sangat sayangkan dia. Pengubat hati yang luka suatu ketika dulu.

Dahi Amelia berkerut. Beg tangannya yang tidak jauh dari tempat dia duduk diperhatikan seraya telinga diarahkan pada beg tangan untuk mendengar bunyi tadi.

Amelia capai beg tangannya lalu telefon dikeluarkan. Lampu kecil telefon itu berkelip-kelip.

"Sejak bila aku tukar ringtone phone ?".

Beberapa saat, matanya membulat besar melihat nama yang tertera pada skrin telefon.

"Mikael ?" Sebut Amelia perlahan.

Kenapa nama ni dia rasa familiar ? Tiba-tiba nafasnya seperti tersekat. Tangan Amelia juga terketar-ketar memegang telefon. Peristiwa seminggu yang lalu menerjah fikirannya.

Flashback

"Aw-awak siapa ?! Ma-macam mana awak boleh masuk apartment saya ?!" Kerana terlampau takut air mata Amelia mengalir di pipi. Tangan lelaki yang memeluknya itu cuba dirungkaikan.

"Who i am ? I'm your future husband. Nice to meet you, sayang". Ujar lelaki itu perlahan.

Amelia menggeleng laju. Tangan naik menumbuk dada lelaki tersebut.

"Tak, sa-saya tak kenal encik. To-tolong lepaskan saya. Jangan apa-apakan saya". Ya Allah dia rasa sangat berdosa saat ini. Aurat yang selama ini dia jaga dari pandangan ajnabi sudah pun menjadi tatapan pada lelaki ini. Ayah maafkan Amelia.

"Shh, don't be scared" dahi Amelia dikucup lama. Sempat lelaki itu menyeka air mata Amelia.

Menggigil badan Amelia. Pelukan lelaki ini sangat kemas. Dia tidak tahu hendak berbuat apa dan akhirnya dia hanya membatu dalam pelukan lelaki misteri ini. Amelia takut jika dia bertindak agresif, lelaki ini akan menyakitinya.

"My name is Aayan Mikael. And you are officially my girl from now. Please, remember that".

Mikael merenung tajam ke dalam anak mata Amelia lalu pelukan dileraikan.

"Don't you ever to run away from me if you don't want..." Mata Mikael meneroka segenap tubuh Amelia.

End flashback

Mikael pandang tajam skrin telefonnya. Gigi diketap kuat. Sekarang baru dia ingat siapa Mikael ini. Dia lelaki gila ! Lelaki misteri ! Lelaki gatal ! Lelaki psiko ! Yang tiba-tiba datang dalam hidup Amelia. Menceroboh apartmen tempat Amelia tinggal.

Tapi bagaimana lelaki itu tahu nombor telefonnya ? Dan dia tak pernah pun ambil nombor telefon lelaki itu dan disimpan ke dalam telefonnya. Siap bagi nama dan emoji love pula tu. Tak pernah langsung !

Amelia ketuk dagu menggunakan jari telunjuk. Eh apa bodoh sangat kau ini Amelia ?! Dah dia dapat ceroboh apartment kau mestilah telefon kau pun dia ceroboh juga. Jangan-jangan pakaian dalam Amelia pun kena ceroboh juga tak ?.

Amelia pejam mata sambil menggeleng kepala laju. Argh dia tidak dapat bayangkan jika pakaian dalamnya juga diceroboh oleh lelaki gila itu.

Ting !

Amelia celik mata ketika ringtone telefon tadi berhenti dan diganti dengan bunyi notifikasi yang masuk.

"Dia hantar whatsapp pula dah !"

Dengan berat hati, Amelia buka juga whatsapp yang dihantar oleh lelaki gila tersebut. Baru baca ayat pertama pun Amelia rasa nak mati dah. Tersedak dia bukan main lagi sampai kepala hampir menyentuh karpet.

"Jawab panggilan aku atau kau nak aku rogol kau malam ini ? Kau pilih". Tulis Mikael di dalam whatsapp.

"Dasar lelaki gila ! Tak tahu asal-usul dari mana tiba-tiba datang dalam hidup aku". Wajah putih bersih Amelia kemerahan menahan marah.

Sekali lagi bunyi ringtone telefon Amelia berbunyi nyaring minta diangkat. Amelia memandang simbol bewarna hijau dan simbol bewarna merah.

Nak angkat ke tak ? Kalau tak angkat, kang dia rogol aku betul-betul. Ya Allah, astaghfirullahalazim. Nauzubillahiminalzalik. Minta jauh-jauh.

Amelia tarik nafas sedalam-dalamnya sehingga dada terangkat naik lalu dihembus kasar seraya menekan simbol bewarna hijau.

Telefon didekatkan pada telinga sebelah kanan. Belum sempat dia memberi salam, telinganya sudah disapa dengan suara lembut dan serak-serak basah milik lelaki itu.

"Hello sayang".

Amelia telan liur. Cair cik Amelia dibuatnya ! Boleh cair tahi telinga dengar suara itu. Namun, cepat-cepat Amelia tersedar.

Amelia kau kena ingat, lelaki ini lelaki gila, psiko, gatal dan misteri. Kau tak tahu apa pun fasal lelaki ini.

"H-hello ?".

Kedengaran pemanggil disana berdehem lantas tergelak kecil. Amelia mengerutkan kening. Apa yang lucu ? Oh dia lupa. Lelaki ini gila.

"Kenapa suara kau macam takut dengan aku ? Chill and relax sayang. Aku cuma nak dengar suara kau sebelum aku mula bekerja".

Amelia membuat muka meluat. Sah gila ! Patut ke Amelia telefon hospital sakit jiwa dan suruh bawa lelaki ini membuat pemeriksaan mental ?.

"Ke-kenapa encik call s-saya ?".

"Kenapa ? Tak boleh ke aku nak call bakal isteri aku ?".

Sekali lagi terasa sesak dada Amelia. Bakal isteri mende ? Kenal pun tidak, ada hati nak cop aku bakal isteri dia.

"Kau tak nak bagi semangat dekat aku ?".

"Bagi semangat apa ?".

"Aku nak kerjakan, bagi lah semangat sikit".

"Errr..." Amelia buntu. Entah apa yang dia ingin katakan pada lelaki itu.

"Haih kau ni kan. Lagi senang, kau hantar gambar kau. Sekarang. Tak ada gambar kau, aku datang apartment kau malam ni, jangan cabar aku".

Tit. Tit. Tit.

Amelia melihat telefonnya. Mata terkebil-kebil. Si gila itu letak panggilan macam tu je ? Siap ugut-ugut pula.

Nak gambar aku buat apa ? Nanti kalau dia santau aku macam mana ? Ya Allah, Divya Amelia ! Apasal suka sangat fikir negatif ni ?.

Ting !

"Aku kira dalam lima saat" mesej Mikael kepada Amelia.

Amelia hanya pandang kosong mesej yang dihantar oleh Amelia. Telefon diletak atas karpet. Malas dia nak layan orang gila tu. Silap hari bulan dia pun boleh gila.

Ting !

Ting !

Ting !

Tangan dikepal menjadi penumbuk. Amelia mendengus kasar. Bila nak siap kerja dia kalau si gila ni asyik-asyik mengacau dirinya ?! Telefon diambil dan mesej Mikael dibaca dengan perasaan marah dan geram.

Seketika mulutnya melopong. Mata terbeliak.

"Satu, dua, tiga, empat". Mesej Mikael.

"Lima, jangan menyesal sayang." Mesej Mikael sekali lagi.

Cepat-cepat Amelia membuka galeri foto. Salah satu gambar selfie miliknya, Amelia tekan dan hantar pada Amelia. Dia pilih random saja. Kalau boleh nak hantar gambar buruk biar si gila tu tak kacau dia lagi.

••••••••••••••••••••••••••••••

MO Holding

Mikael tersenyum lebar apabila Amelia menghantar satu gambar kepadanya. Apa yang Mikael boleh katakan ialah Divya Amelia sangat cantik.

Setelah puas menilik gambar Amelia, dia menekan simbol setting dan gambar Amelia dijadikan sebagai wallpaper telefonnya. Barulah Mikael rasa semangat hari-hari.

Tak sabar rasanya ingin memiliki Amelia. Dia kena tunggu sedikit masa saja lagi. Sekarang, banyak benda dia nak selesaikan dahulu terutama sekali bagaimana dia ingin membuatkan Amelia senang akan dirinya yang dingin dan tegas ini.

Apa yang paling merunsingkan hati Mikael adalah Amelia bekas kekasih Hayqal Muaz iaitu adik bongsunya. Amelia dan Hayqal menjalinkan hubungan cinta ketika kedua-dua mereka masih lagi menuntut di universiti manakala Mikael ketika itu mula berjinak-jinak dengan dunia arkitek selepas pulang dari Amsterdam.

Dia tahu kisah percintaan Amelia dan Hayqal pun lima tahun lepas ketika Hayqal sendiri yang memberitahu dia tentang Amelia.

Pada mulanya dia hanya buat bodoh sahaja kerana bagi dia cinta itu melalaikan dan tak ada faedah pun. Malah, bagi Mikael seorang wanita sangat menyusahkan hidup seorang lelaki.

Tapi apabila Hayqal menunjukkan gambar Amelia kepada dirinya, entah kenapa dia merasa hatinya mula terpaut pada teman wanita Hayqal. Itu baru gambar belum lagi jumpa depan-depan.

Mikael semakin tertarik dengan Amelia ketika adik lelakinya menceritakan tentang sikap Amelia yang lemah-lembut, sopan santun dan banyak lagi membuatkan Mikael semakin ingin tahu siapa Divya Amelia.

Kebetulan waktu ulang tahun Hayqal yang ke 20 tahun, Amelia datang dan ketika itulah Mikael mengambil peluang untuk memerhati Amelia dari jarak jauh mahu pun dekat. Sehingga Mikael sanggup membayar orang upahan untuk mencari maklumat tentang Amelia.

Kadang-kadang, Mikael juga ada mengekori Amelia secara diam-diam. Dia mahu tahu kemana gadis itu pergi, apa yang gadis itu lakukan dan dengan siapa gadis itu berjalan.

Nasib menyebelahi Mikael apabila Hayqal mengatakan bahawa adik lelakinya itu sudah putus dengan Amelia atas sebab-sebab tertentu.

Tertanya-tanya juga Mikael, apa sebab Hayqal memutuskan perhubungan cinta dengan Amelia sedangkan gadis itu mempunyai rupa paras yang cantik dan sikap yang disenangi oleh orang ramai. Sesuai untuk dijadikan seorang isteri.

Tapi Mikael tidak kisah semua itu. Dalam kesempatan yang ada, selagi Amelia belum dimiliki oleh mana-mana lelaki lain lebih baik Mikael bertindak dahulu sebelum dia putih mata.

Nak kata dia obsesi terhadap Amelia ? Ya, dia akui dia terlalu obsesi terhadap gadis itu dan dia mahukan Divya Amelia untuk mendampingi hidup seorang Aayan Mikael.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience