Chapter 3

Romance Series 1675

Awal pagi lagi Akashi sudah berdiri terpacak seperti tugu di pagar masuk kawasan sekolah. Sambil-sambil itu dia membetulkan rambutnya .Sekejap dia lihat ke kiri , sekejap dia lihat ke kanan .Bibir tak henti menguntum senyuman .

"Handsome nyA!!!!!!!!!!!!!"
"Oh god!! siapa lelaki kacak tu?! tak pernah nampak pun sebelum ni!!"
"Wahh!! kacaknya!! harap-harap dia masih single~~~"

Akashi menjadi tumpuan orang ramai lagi-lagi bagi kelompok wanita .

"Uh..." Sakura terhenti langkah apabila ternampak Akashi di hadapan pagar sekolah .Jantung nya tiba-tiba mengepam dengan laju setiap kali ternampak wajah itu .

"Gosh..Sakura ...wajah kau sumpah tak boleh hide dia punya excited tu" Yuki sudah menepuk dahi melihat sahabatnya sudah berfangirl seorang diri .

"D-d-d-dia tunggu a-a-aku ke Yukiiii" mata Sakura sudah menjadi bentuk hati .Teruja nya tidak dapat diselindungi lagi .Kedua belah tangannya dirapatkan menunjukkan dia terlalu gembira .

"No no no .Kau jangan letak harapan tinggi Sakura .Lelaki kacak macam tu mustahil takda teman wanita " Yuki mengeluh kecil .

"Kau ni Yuki! spoil betul la!" Sakura mencebir bibir .

Haruka berjalan seperti biasa menggunakan laluan harian nya untuk ke sekolah .Sambil itu dia bersiul-siul bagaikan hari ini merupakan hari baik buatnya .Haraplah ...
Tiba-tiba langkahnya terhenti bagai kasutnya dilekatkan dengan gam cap dinasour .

"Heeeh....a-apa dia buat dekat situ" menggigil kaki dibuatnya . "Think positive Haru...dia tunggu orang lain , dia tunggu orang lain .Kau buat-buat biasa je" bisik Haruka sendirian .Dia menarik dalam nafas lalu menghembus perlahan-lahan . Langkahnya diteruskan seperti biasa .Namun semakin lama semakin sesak pula dada nya apabila wajah Akashi hampir bertentangan dengan nya .

"Haru! " panggil Akashi sepontan .

"Huh!!!!!"
"What?!!!"
"Nani?!!!!"
Terperanjat akan panggilan Akashi pada Haruka membuatkan para gadis seperti tidak dipandang langsung oleh Akashi .

"Shh!!! " Haruka cepat-cepat menekup mulut Akashi . "Awak buat apa dekat sini?" soal Haruka. Wajahnya sudah merah padam .Ramai orang melihat ke arahnya bagai dia baru saja melakukan satu jenayah besar .

Akashi tersenyum apabila Haruka menutup mulut nya .Tangan Haruka dipegang lembut .

"Saya tunggu awak" ujar Akashi tanpa mempedulikan keadaan sekitar .

"EHHHH?!! kenapa? buat apa? untuk apa?!! . Apa-apa pun kita masuk dulu! sini tak selamat!" Haruka berjalan dengan laju meninggalkan Akashi sendirian di belakang .
"Pfft" Akashi menahan tawa melihat reaksi yang diberi oleh Haruka .

"Aku fikir harini hidup aku akan aman seketika .Haih..apa nasib aku .Look like bala akan datang lagi" keluh hati Haruka .Dia hanya menunduk wajah .

"Oiii!! Haru!! Ryota!!" panggil Aihara dari belakang .

"Hm? oh..Aihara-san" balas Haruka apabila Aihara suda berdiri di hadapannya dengan keadaan kurang oksigen bagai dikejar anjing saja .

"Aihara?...kenapa Haru panggil Miyuki-san dengan nama depan dia? apa hubungan mereka? ugh! kenapa aku tertanya sangat ni!! takda kaitan dengan aku pun!!" jerit hati Akashi.

"Ryota-san? kenapa awak pandang saya macam tu?" Aihara tersenyum janggal apabila Akashi memandangnya tak berkelip mata .

"Uh? oh!! maaf .Kenapa senpai panggil kitorang ni?" soal Akashi .

"Ah! ano..saya ingat nak buat latihan di gelanggang dewan petang ni .Saya dah book dengan coach Suzuki kemarin .Awak berdua free?" soal Aihara .

"Petang ni? em..." Haruka memikir seketika . Dalam kepalanya pelbagai drama dimainkan . Kalau dia datang , pasti Ryota akan melekap dengan nya lagi . Apa Ryota buat pula petang ni? . Belakang rumah nya juga terdapat satu gelanggang keranjang yang boleh digunakan oleh sesiapa saja .Dia boleh berlatih di situ . "Er..saya-"
"Datang .Kami berdua pasti datang " celah Akashi lalu menepuk bahu Haruka sambil tersenyum .

"Good!! .Kalau awak berdua setuju bermakna semua setuju la!! .Apa-apa nanti saya update dalam group line ye .Bye-bye! saya pergi dulu!" Aihara terus melangkah pergi menuju ke kelasnya .

"Gome..." gumam Akashi perlahan sambil menunduk wajah .
"Eh?" terkejut Haruka apabila wajah Akashi yang ceria tadi tiba-tiba bertukar murung pula.

"Awak taknak pergi sebenarnya kan? .Sebab ada saya .Maaf kalau saya buat awak tak selesa dengan saya .Tapi perlawanan seterusnya nanti penting bagi sekolah kita .Senpai-senpai kita letak harapan tinggi untuk team kita .Kalau awak nak saya jauhi dari aw-"
"Apa maksud awak? " Haruka memotong kata-kata Akashi .

"Awak benci saya kan?" Akashi memandang wajah Haruka .

"Mana ada saya benci awak .Ya..saya janggal je dengan awak .Cara awak layan saya dan lagi-lagi kejadian haritu .Tipu la saya tak janggal " ujar Haruka .Serius saja raut wajah nya .

Sekali lagi Akashi menunduk wajah sambil mengeluh kecil .
"Tapi saya tak benci awak .Saya suka sebab awak sudi berkawan dengan saya .Cuma...mungkin saya tak dapat biasakan diri dengan cara awak lagi .. bagi saya masa untuk kenali awak sebetulnya" sambung Haruka lagi .

Wajah yang muram , yang susut , yang hampir nangis tadi tiba-tiba menjadi ceria .Senyuman kembali terukir hingga ternampak barisan gigi yang tersusun rapi .

"Arigatou! awak boleh tanya saya apa saja ! saya akan jawab dengan jujur!" ujar Akashi bersungguh .

"Saya ada satu syarat je nak kasi kalau awak nak kawan dengan saya" wajah Haruka kembali serious .Dia terdiam seketika sebelum meneruskan kata-kata nya .

"Apa?"

"Saya harap kejadian macam haritu tak berlaku lagi .Awak faham kan maksud saya .. apa-apa pun saya dah maafkan awak dan anggap perkara tu tak ber"
"Saya serius tentang tu..." celah Akashi . "Gomenasai" Akashi langsung pergi meninggalkan Haruka di belakang .

Haruka membeku di tempatnya .Kata-kata Akashi bagaikan satu anak panah menusuk jantungnya .
"A-apa...maksud dia..." bisik Haruka sendirian .

SKIP!!

Jam sudah menunjukkan tepat 4 petang .Seperti dijanjikan , team basketball berkumpul di gelanggang bola keranjang yang terletak di dewan sekolah .Sepanjang tempoh perbincangan Haruka dan Akashi langsung tak bertegur sapa dan hanya melayan diri masing-masing saja .

"Baik! awak semua akan berlawan 5-5 .Dua orang pelajar ni dari pasukan rugby , tapi mereka hebat dalam bermain bola keranjang juga . Team A .Ryota , Genji, Rei , Tamako dan Yamada .Awak semua 1 kumpulan .Team B.Haruka ,Oki, ,Mugi , Christ , dan Wen 1 kumpulan " arah Aihara sambil sambil melukis strategy dalam perlawanan mereka .

"Ehh?! senpai ...kenapa kali ni lain pula? bukan kitorang junior selalu lawan senpai ke?" soal Genji kehairanan .

"Betul , tapi kali ni kita kena tukar aksi lawanan sebab team asuka top 3 terhebat dalam tournament. Kemungkinan besar perlawanan nanti awak-awak yang junior ni pun akan gantikan senior awak pada masa tertentu " balas Aihara .Gusar saja raut wajah nya .

"EHHHHHHHH?!!! kitorang akan main nanti?!!!!!!!!!" bagai nak terkeluar saja bebola mata Mugi.
"WOWW!! COOL!!! it's time to get serious!" celah Christ , pelajar dari London itu .

"So tengok sini .Center team A seperti biasa , Ryota dan center team B , Haruka"
"Ehh?! kejap kejap .Aihara senpai , saya tak pernah jadi center .Dan saya tak rasa game nanti saya akan jadi center .Center tetap Akashi kan?" soal Haruka .Terkejut dibuatnya apabila posisi nya bertukar drastik sekali .

"Perlawanan ni bukan untuk improve kan skill awak je, tapi kita akan fokus kan pada junior juga .Pemain tetap , Haruka , Ryota , Oki , Yamada dan Rei akan bermain seperti biasa .Guna skill korang sendiri .Tapi untuk junior , fokus! .Awak semua kena cari skill sendiri untuk hantar bola pada pasukan .Dont missed any mistake! .Ini perlawanan serius " Aihara mendengus kecil .
Jauh di sudut hatinya , dia berasa risau dengan team nya .Asuka High School juga team yang bermain kasar dan sering mencederakan pihak lawan tanpa diketahui oleh si pengadil .

"Senpai...percaya kitorang >,o " Mugi menepuk bahu Haruka .Dia tahu Haruka kurang setuju akan posisi yang dicadangkan oleh Aihara .Namun hanya Aihara saja tahu apa yang dilakukannya .
"Hai! buat yang terbaik ya" Haruka mengusap lembut kepala Mugi .

"Baik! masuk gelanggang semua!" arah Aihara .

"Tooru! do your best! " Oki menepuk perlahan bahu Haruka .
"Hai senpai!" balas Haruka sambil tersenyum .

"Kenapa Haru...kenapa.. .Awak mudah mesra dengan sesiapa saja tapi dengan saya.. .Takkan la disebabkan tu je awak dah taknak pedulikan saya lagi" bisik hati Akashi .

Haruka dan Akashi berdiri bertentangan sebagai center pasukan .Serius saja wajah nya .

"Haru... dalam permainan saya akan ambil serius walaupun saya suka awak .Jadi..tolong serius juga dengan saya" ujar Akashi dengan tenang .
"Nani?!" tercengang Haruka dibuatnya .

"GAME!!! START!! Aihara melambung bola ke udara sebaik saja dia mengatakan 'Start'. Akashi menepis bola ke team nya dengan pantas .

"Triangle defense!!! " jerit Oki sebagai Point Guard di belakang .
"Tooru senpai !!" jerit Christ yang berjaya merebut bola dari pihak lawan .

"Huh?!" Haruka semakin lama semakin hilang fokus .Kata-kata Akashi benar mengganggu fikirannya .

"Tooru!! fokus!! hantar bola pada Mugi!" jerit Oki lagi .
"Hai!!" Haruka akur .Dia langsung membaling bola ke arah Mugi namun bola sempat ditepis oleh Rei yang bertubuh tinggi itu .

"Yamada!" Rei menghantar bola pada Yamada dan bola dihantar pula pada Akashi .Akashi mengambil langkah sebelum 'shoot' bola ke jaringan .

"One o one defense!" arah Haruka .
"Ehh?!! se-senpai!! saya belum-"

Belum sempat Mugi mengambil tempatnya , Akashi sudah berjaya menjaringkan bola .2 mata diberikan pada team A .
TITTT!!! bunyi screen score yang terletak di sudut kiri gelanggang apabila bola dijaringkan pada minit kedua .

Haruka mengeluh kecil .Gigi nya diketap rapat .
"Su-sumimasen senpai...saya-"
"Tak apa .Saya yang kena minta maaf sebab tiba-tiba bagi arahan tanpa awak bersedia .Tapi take note ye Mugi .Kalau bola di kawasan 3 point , awak dah boleh ambil tindakan screen atau one o one " ujar Haruka sambil tersenyum .
"Baik! terima kasih senpai!" ucap Mugi yang sudah faham .

"Tenang .Banyak masa lagi " sekali lagi Oki cuba menenangkan Haruka . Dia tahu Haruka senang memikirkan sesuatu .

GAME!! SET!!
"Nee Akashi-san ...saya pun selalu serious dalam perlawanan" bisik Haruka .Satu senyuman manis terukir di bibir .
Akashi: EH?! A-akashi?! O.O|
PRITTT!!!
TAP!! Haruka terus menepis bola apabila Akashi masih tertempan dengan kata-kata Haruka sebentar tadi .

"Nice!!" jerit Oki .
TUP! TAP! TUP! TAP gelanggang hanya kedengaran dengan bunyi tepisan dan balingan bola saja .

"Christ!! take it!!" jerit Haruka .
"One o One Screen!" jerit Akashi. Genji segera berdiri di hadapan Tamako , pihak lawan .

"Aku tak boleh shoot 3 point terus...kalau hantar bola pada Mugi , kemungkinan Wen akan tepis dengan tubuhnya yang tinggi .Oki dah disekat Triple defense... macam mana ni..." Haruka masih melantun bola di tempat yang sama ,sambil itu dia memikirkan cara untuk lepasi pihak lawan .

"Haru senpai! jangan lupa saya!!" Tamako selaku pemain sampingan melambai tangan ke arah Haruka .

"Oh! Tamako!! ambil ni!!" baru saja Haruka ingin menghantar bola pada Tamako , tiba-tiba Akashi sekali lagi menahan di hadapan Haruka membuatkan Haruka menggunakan skill 'dribble' untuk melepasi Akashi .

"Kuso! aku hilang fokus!!" bentak hati Akashi .Matanya tidak dipandangkan ke arah bola malah wajah Haruka masih bermain di fikirannya .

TIT!!! bola berjaya dijaringkan oleh Mugi setelah dihantar cantik oleh Tamako .2 mata diberikan pada team B .

"Yey!!!! senpai!!! " Mugi langsung berlari ke arah Haruka dan memeluk erat tubuh Haruka.

"Kuso! kuso!!" Akashi mengetap gigi menahan rasa geram .
"Senpai?...senpai tak apa-apa?" soal Genji lalu menepuk perlahan bahu Akashi .

"Break sekejap! .Haruka! Ryota! sini kejap!" panggil Aihara sambil mencekak pinggang .Ada perkara membuatkan dia tidak puas hati sepanjang perlawanan dilangsungkan .

"Hai"
"Hai!"

Akashi dan Haruka mengatur langkah ke arah Aihara .

"Awak berdua gaduh ke?!" soal Aihara .

"Eh?! tak la" Haruka menggeleng kepala .
"Takda" balas Akashi .

"Ryota ..awak center .Tugas awak beri arahan , fokus dalam pemainan .Game pertama Haruka yang lalai , game kedua , Ryota pula .Saya perasan awak berdua saling berkata-kata sebelum wistel ditiupkan .Dan lepas itu , salah seorang antara awak berdua tiba-tiba hilang fokus .Ingat! .Walaupun awak berdua pihak lawan di sini , tapi di sana nanti awak 1 team! .Saya tak tahu apa masalah awak berdua tapi tolong selesaikan secepatnya ! .Fokus! .Bantu junior awak improve skill mereka .Jangan terbawa dengan emosi awak!" ujar Aihara dengan nada tinggi .Serius saja wajahnya .

"Aihara-san!! relax la .Ni latihan je .Jangan la serius sangat .Mereka mesti terganggu dengan exam yang akan datang tak lama lagi tu" Oki memaut bahu Aihara sambil tersenyum .

"Gomenasai. Saya terbawa dengan emosi saya...duomo gomenasai..." Akashi menunduk wajah .Satu keluhan berat dilepaskan .
"Saya pun minta maaf .Ryota..fokus ok" Haruka menepuk bahu Akashi sambil tersenyum .
"Em" Aksahi mengangguk perlahan .Rasa bersalahnya sedikit demi sedikit terubat apabila melihat senyuman Haruka . "Maaf Haru.. salah saya dari awal ..awak tak perlu minta maaf pun" bisik hati Akashi .

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience